Pertengahan Mac 2012
Suatu hari, di kelas Q.R, lecturer kami mengumumkan ada
konferens yang bakal diadakan di Istanbul bulan Oktober kelak. Siapa yang
hendak pergi, boleh ‘try the luck’ untuk hantar abstract...mana tahu ada
rezeki, diterima untuk membuat pembentangan. Aku, dalam hati “Wah...”. Siapa
tak nak jalan kan. Eh..ini peluang. Cuba dulu la. Balik mahallah (kolej) ,
tanya-tanya kat Encik Google mengenai conference tersebut. Mmm...menarik juga ni.
Di kelas yang berikutnya, aku bersama dua orang lagi kawan
kelas (PhD students) yang berminat dengan conference itu berjumpa dengan
pensyarah. Ahh....kalau lah Firefly ke..AirAsia ada flight pergi Istanbul kan
bagus...kami bergurau. Jimat kos. Pendaftaran (kalau Standard fees)= EURO 430/
RM 1790, flight, hotel, duit belanja..mana nak cari duit ni kalau dapat pi
sana..mahunya semua nak masuk RM 7000/ 8000.
Minggu tersebut, edit abstract yang dah ada (antara 'calon' yang hendak digunak
untuk thesis sebenarnya), selawat, doa, tawakkal..email kepada pihak penganjur.
Selesai langkah satu. Balik rumah, tanpa memberi tahu lagi pada mak/ ayah akan
apa yang sedang aku ‘usahakan’, aku sibuk tanya pada mak “Ma, passport yang ita
buat tahan lima tahun kan...bla..bla..”. Di kelas graphic design pada hari
Ahad, sambil-sambil tunggu, sibuk dok cari maklumat flight. Angan- angan.
Terima atau tidak pun belum pasti lagi.
Akhir Mac 2012.
Kalau diikutkan tentative, penganjur menyatakan bahawa kita
akan mengetahui samada proposal diterima atau tidak dalam tempoh 2-3 hari
selepas di hantar. Cek email..tak ada. Cek email...tak ada. Dalam hati, aku
berkata “Tak mengapalah. Mungkin tidak ada rezeki aku kali ni. Cubaan pertama
kan.”
Namun, aku seperti tidak mahu mengalah. Buka juga email
hari- hari. Satu hari ntah berapa kali aku log-in email. Agaknya ramai orang
hantar dan masih dalam proses untuk meneliti dokumen- dokumen yang mereka
terima. Dan suatu hari yang nyaman...aku menerima email berserta dokumen
berikut:
Header surat/ email
E-mail penganjur
Seperti yang dinyatakan, abstract/ kertas kerja ku diterima untuk dibentangkan di "3rd International Conference on Education and Educational Psychology" di Istanbul, Turkey pada awal Oktober 2012, Insya Allah.
Alhamdulillah. Syukur padaMU Ya ALLAH! Terus aku menghantar
email kepada pensyarah untuk memberi tahu kepada beliau berita baik tersebut...juga
kiriman SMS kepada beberapa insan- insan terdekat.
Entri seterusnya: Aduh..mana nak cari duit ni?
No comments:
Post a Comment