Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 31, 2010

Bila dia menghadapi tekanan....

Bismillahirahmanirrahim…

Semalam Kak Yah (bukan nama sebenar rasanya) stress. Sehingga menitis air mata. Keliru apa yang sedang berlaku pada dirinya. Ya Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Kau ampunkanlah dosa-dosa hambaMU ini… Sehingga ditutup semua lampu didalam biliknya. Dan berbaring diatas katil tanpa bergerak. Nasibnya agak baik kerana kedua-dua rakan sebiliknya keluar. Kalau tak, tak dapat nak bergelap semua. Rasa sedikit tenang. Namun dirinya terus menangis. Jam menunjukkan waktu sekitar 8pm.

Lalu dicapainya telefon bimbit dan mengantar mesej kepada seorang kaunselor. Lalu Kak Yah pun mengajukan soalan “Normal tak kalau menagis sebab penat?’’. Lalu beliau menjawab “Org penat fizikal tak nanges. Kalau penat mental normal kalau nanges. Consider stress tu…”. Lalu watak utama cerita ini pun bertanya lagi “Even kita tak realize?”. Kaunselor membalas “ Yup. Kalau tak realize lagi senang menangis. Kalau kita realize lagi bagus sebab kita akan do something untuk release…”. Alhamdulillah. Dapat satu pandangan profesional. Allah masih sayang dan memberi peluang padaku untuk meminta ‘bantuan’ disaat-saat genting tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Sangat sukar rasanya bagi seseorang yang jarang menangis untuk menangis. Sakit dada dan bertambah penat menahan sedu.

Kemudian Kak Yah menghantar mesej kepada seorang rakan karibnya. Jauh di sudut hati, masih memerlukan bantuan dari rakan sebaya. Walau hanya untuk bercakap. Lantas beliau berkata “Ok. Lepas Isya’ aku datang Asiah. Kita minum-minum ok?”. (‘’,). Terharu dan sangat berterima kasih kerana beliau sanggup berjalan dari Asma’. Maaf kerana merumitkan diri kamu…Hampir jam 4 pagi baru dapat melelapkan mata.

Suatu hari yang panjang bagi watak ini. Suatu saat genting yang mungkin dihadapi oleh oleh semua orang. Stress atau tekanan. Kerana hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti cerita yang ditonton di bilik TV semasa aku dan kawan karibku berbual “ Shortcut to Happiness’’. Walau ditanya “ Cuba bagi tahu kenapa menagis?”. “Aku tak tahu”. Mungkin faktor hormon. Atau tidak sedar sebenarnya sedang berusaha yang terbaik untuk peperiksaan akhir di akhir usia di bumi bertuah ini. Serta lebih banyak tugasan yang beratur menanti.

Namun, perkara utama yang perlu dilakukan ketika menghadapi tekanan ialah memohon ampun dan bantuan dari Allah (s.w.t). Tiada diuji tahap keimanan seorang hamba melainkan dengan dugaan. Seseorang yang tidak kuat mungkin akan melakukan perkara diluar jangkauan akal dan kewarasan. Semoga diriku dijauhkan daripada melakukan perkara yang dimurkai olehNYA…

Perkara yang seterusnya ialah meminta bantuan atau pendapat dari yang pakar dan berpengalaman. Kerana mereka mempunyai pengalaman dalam menghadapi karenah serta rencah kehidupan, sebagai seorang kaunselor dan lebih lama mengutip mutiara , membezakan kaca di muka bumi ini.

Seorang sahabat yang boleh membantu juga sangat penting. Ini kerana, mereka adalah sebaya (atau lebih kurang umurnya) dan berada di fasa kehidupan yang serupa dengan kita. Mereka memahami apa yang kita sedang hadapi. Namun disini kita perlu bijak untuk memilih rakan. Biarlah rakan yang mampu membawa kita ke jalan yang benar. Tidak ada ada salahnya untuk berkawan dengan rakan dari pelbagai latar belakang. Kerana kita juga mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama membimbing mereka serta saling ingat-mengingatkan. Kerana mereka juga mempunyai ilmu yang mungkin kita tidak ketahui dan juga pengalaman yang beguna untuk masa hidup.

P/S: Banyak tugasan yang menanti (‘’,).

Monday, March 29, 2010

Jadi...apa rancangan selepas ini?

Suatu hari seorang kaunselor bertanya padaku..." Kamu nak buat apa selepas ini". Tadi seorang kawan pula tanya..." Apa plan selepas ini?". Apabila kedua-dua ayat tadi digabung, maksudnya...Apa yang aku nak buat selepas tamat pembelajaran di bumi UIAM ini (Insya Allah 3 haribulan April 2010 ini, dengan kata yang lebih tepat kira-kira jam 5pm).

Semasa isi borang UPU dulu, ayah pernah cadang supaya aku bubuh IRK sebagai antara pilihan bidang yang bakal diceburi. Tetapi tidah. Aku tahu aku tidak mampu. Yang aku bubuh, (1) Human Sciences (2) BEN (3) Law IIUM (4) TESL UITM (5) LAW UITM (6)LAW KPT (7)Tak ingat (8) ECONS IIUM.... Dan rezeki ku, aku dipilih untuk mengikuti pilihan yang pertama, Human Sciences di UIAM. Minat ku semenjak berada di tingkatan 1. Kaunseling/ Psikololgi khususnya. Alhamdulillah tiada halangan dari kedua-dua pihak mama dan ayah. Malah mereka sangat menyokong ku secara langsung dan tidak.

Beberapa hari lalu, aku ada belek-belek maklumat mengenai pengajian Masters/ Postgraduate. Family Counselling, Human Development ataupun Special Education. Impian-impian. Sangat mengimpikan itu. Untuk melanjutkan pengaian ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi, harus di pertimbangkan beberapa perkara. Pertamanya, ingin merehatkan dahulu fikiran.Namun, ini tidak bermakna pencarian ilmu akan terhenti seketika. Kan? Kedua, harus dintai dahulu andainya ada izin masa dan ketika. Dan juga izin dari seorang yang bergelar pemimpin ku nanti. Kalau sebelah tangan layan anak sambil buka buku pun apa salahnya kan? Teman ibu belajar sekali (^^,).

Kerja? Semoga aku mendapat kerja yang membolehkan ku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan sebaiknya. Kerana rezeki yang bakal diterima akan digunakan untuk menyara keluarga dan diri.

2 tahun yang lalu, ketika Induction 3 Guidance Group, Counselling,kami para peserta ditanya mengenai perancangan 5 tahun akan datang (kalau itu tahun 2008, tempohnya hingga 2012 kan?). Opss... 2 tahun lagi. Manusia merancang tetapi perancangan dariNYA yang terbaik dan Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita kan? Antara perancangan aku ketika itu ialah:

1) I want to be family counselor.
2) Have my own family
3) Have a MA in Counseling.

Yang perkara yang nombor 2 tu...setiap manusia pasti inginkan yang terbaik. Namun, ada kajian, di alam realiti, manusia pasti mencari yang serupa dengan dirinya (hmmm...kufu?). Doaku saban waktu agar ditemukan insan yang dapat memimpinku dan saling ingat mengingatkan. Orang selalu ucap pada pengantin "Semoga berkekalan ke anak cucu"...Moga dirku dan dirinya "Bahagia berkekalan hingga ke akhirat sana, Ameen". Sebuah tazkirah yang pernah aku dengar berbunyi begini "bagaimana hendak membina keluarga yang bahagia jika pasaknya maksiat dan dusta. Bagaimana hendak impikan keluarga yang harmoni jika tedunya dosa''. Seorang pakar motivasi berkata, diantara punca utama keruntuhan rumahtangga ialah salah satu daripada pasangan tidak mendirikan solat...nauzubillah min zalik.\

Baru-baru ini, tika berborak dengan mama (sabarnya hati mama melayan aku bercakap kan?), aku menyampaikan hasrat untuk mendalami ilmu chef/ culinari. Mama membalas dengan rileknya "Pergilah belajar lagi Masakkan Melayu/ menu hidangan utama. Awak tu dah nak kahwin". Ngee (mama gurau je tu...). Aku faham yang maksud mama bahawa ilmu masakkan adalah sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Orang kata...air tangan ibu/ isteri berkat. Walaupun sekadar segelas air atau lauk yang mudah dan ringkas. Cuba bandingkan dengan menu mahal yang dijamah di restoran dan ikan goreng yang di sedikan oleh ibu anda. Lebih lagi dengan isu makanan yang terdapat dipasaran yang diragui keselamatan dan status halalnya...(depan bilik kat mahallah aku dan roomate ada tanam pokok cili padi. Halia dah hantar rumah. Tak muat pasu. Kesian pokok tu Latih tanam sayur sendiri).

Allah Knows Best (",)

Saturday, March 27, 2010

IBU…AYAH… SAYA RINDU: Sebuah pandangan terhadap kes pembuangan bayi.

• 10 Februari 2010: Mayat seorang bayi perempuan dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka.
• 8 Februari 2010: Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
• 8 Januari 2010: Seorang bayi lelaki seberat 3kg dijumpai di dalam sebuah kotak sayur di kebun sayur, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.

Tiga berita di atas hanya beberapa cebisan daripada kes pembuangan bayi yang makin kritikal ketika ini. Akhbar Kosmo 27 Mac pula memaparkan kisah penemuan mayat seorang bayi yang di gongong anjing. Aku pasti, lebih banyak kes yang ditidak laporkan. Dan, ada juga mayat yang ditidak akan ditemukan hingga bila-bila. Bila di fikir, apa salah bayi-bayi tersebut di perlakukan sedemikian rupa? Apa yang menyebabkan runcingnya akhlak belia dan masyarakat kini?

Aku ada menegenali beberapa individu yang menanti kehadiran seorang zuriat setelah bertahun mendirikan rumahtangga. Aku tahu mereka menangis. Ada yang saban hari mengadu padaku akan kerinduan pada tangisan seorang anak. Ada yang kuat. Menahan sabar tetapi aku pasti, jiwa mereka resah dan sedih. Tahniah kepada Kak Liya dan Abg Ahmad atas kehadiran Nur Zatinnuha. Aku juga pasti rakan sekelasku, Kak Pija dan suaminya sedang mengitung hari menantikan kehadiran zuriat sulung pada Jun nanti, Insya Allah.

Walaupun aku belum berumah tangga dan menyandang gelaran seorang ibu, naluri ku sebagi seorang anak, wanita, dan manusia meruntun pabila membaca ‘headline’ seperti di atas di akhbar. Sebagai seorang anak yang sangat manja dengan ayah dan mama, setiap hari aku menanti hari untuk pulang kerumah dan jika mampu, sudahku berulang-alik dari teratak kami di Bangi untuk ke UIAM semata-mata untuk bersama mereka (bagi aku, berkepit ). Aku bahagia kini kerana tidak lama lagi, sireh akan pulang ke gagang kembali. Pengajian aku selama 4 tahun (+1 tahun di bumi matrkulasi) tamat dan akan menumpukan khidmat untuk mereka, Insya Allah. Aku pasti, anak-anak tersebut merindui belaian kasih dan sayang dari kedua ibubapa mereka. Bagi yang dapat diselamatkan dan dihantar ke pusat kebajaikan atau diserahkan kepada keluarga angkat, layanan dan perhatian- dari segi mental, fizikal, psikologi tidak akan sama seperti yang diterima oleh keluarga sendiri.

Tanggungjawab yang ku galas sebagai guru di dua buah institusi pendikan rendah membolehkan aku memerhatikan gelagat anak- anak yang baru hendak mengenal dunia. Walaupun kadangkala terpaksa jadi garang sebentar, kebanyakkan masa aku tertawa dan tersenyum sendirian memerhatikan kelatah mereka. Tidak kah manusia yang membuang anak- anak mereka mahu melihat anak- anak yang comel membesar di depan mata dan menjadi pengubat dan penghibur jiwa setelah seharian penat bekerja?
Seorang pensyarah IRK ku pernah berkata, didikan anak-anak bermula dari kali pertama kita melihat pasangan. Apatah lagi pabila benih sudah membesar di dalam rahim. Adab seorang ibu dan bapa juga perlu dijaga kerana akan memberi kesan kepada sahsiah anak itu nanti. Bagaimana jika seorang wanita yang telah disahkan hamil terus melakukan maksiat? Terus mengunjungi pusat- pusat hiburan dan meneruskan ‘kerjaya’ di tempat tersebut? Ku pasti kebanyakkan diantara mereka juga tidak memberikan perhatian dari aspek kesihatan terhadap bayi yang di kandung. Ada yang tanpa jemu terus berusaha untuk menggugurkan kandung dan mengulangi kesilapan silam.

Antara punca yang menyumbang terhadap gejala ini ialah pegangan terhadap nilai dan maruah diri. Walau setinggi mana didikan agama yang diterima, jika pegangan tidak kuat, akan rebah jika ditiup angin dunia. Padaku, seorang lelaki yang baik juga tidak akan menyentuh dan mengajak seorang wanita yang dikasihi yang belum dinikahi untuk melakukan dosa kerana tidak mahu wanita tersebut menjadi hamba yang tidak diredhai-NYA.

Media dan masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam perkara ini. Alangkah baiknya jika anak-anak kecil di anjurkan untuk mereka pertandingan berbahasa, dan mengaji. Pada ibubapa yang ada mengesan bakat kinestetik dalam diri anak-anak mereka, boleh galakkan mereka untuk menyertai pertandingan reka cipta. Bagaimana untuk mengharapkan anak-anak untuk menjadi manusia yang berguna jika sedari kecil lagi sudah berbangga jika anak-anak menjadi juara pertandingan nyayian yang bergaul bebas dengan jantina berlawanan serta pemakaian yang tidak lengkap syarat?

Tidakkah manusia dikurniakan akal yang hebat untuk berfikir? YA Allah...kuatkanlah imn\an, teguhkan lah diri dalam mengharungi dunia.