Bismillahirahmanirahim...
by: ummu ziyad
Duhai hati yang ku kasihi
Apa khabar dikau di hening malam ini?
Adakah kau sedang bahagia meridui kasih Yang Maha Esa?
Atau...
Alpa memikirkan tentang dunia yang tiada akhirnya?
Duhai hati...
Mengapa dikau merasa sedih di saat ini?
Engkau risau akan sebuah perpisahan yang bakal tiba nanti?
Meninggalkan insan-insan yang telah banyak membantu kala jatuh & berdiri
Untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang tiada henti?
Duhai hati...
Bersabarlah engkau walau ku tahu pahitnya rasa
Lumrah dunia ada mula jua akhirnya
Tiada kudrat untuk kita menghentikan
Atau...
Mengulang kembali saat-saat dahulu
Duhai hati...
Ingatlah bahawa Allah sentiasa menemani diri hambaNYA
Sentiasa menanti doa dari jiwa
Milik insan yang di rahmati
No comments:
Post a Comment