Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, February 2, 2010

Pesan ayah...

Bismillahirahmanirahim...

Ayah aku merupakan insan yang banyak memberikan didikan dari segi jiwa@ tarbiyyah diri. Walaupun dia agak tegas namun sebenarnya dia seorang bapa yang happy go lucky & sporting. Banyak peasanan santai yang diberikan buat bekalan di kemudian hari. Antaranya dalam soal pendidikan anak2 (tarbiyyatul aulad) dan keluarga (sebab dia merupakan seorang guru syariah STPM-khusus dlm area ini).

1- Tang kursus kahwin. Ayah kata, apa yang diperoleh selama 2 hari kursus tidak cukup untuk kehidupan berkeluarga yang akan dibawa hingga ke syurga (Insya Allah). Aku dah pergi pada Jun 2006 tika semster pertama di UIA. oK (Sijil tersebut tersimpan rapi dalam fail sijil2-senang. Sibuk nanti kan susah). Jadi, peluang yang ada ini sementara menuju 'alam itu' digunakan untuk mengutip permata-permata ilmu sebanyak mungkin.

2- Diam pabila marah. Itulah cara ayah apabila saya dan adik melakukan kesalahan. Singat aku, cuma 2-3 sebatan rotan je pernah singgah kat badan. Selepas itu, rotan tersebut hanya menjadi perhiasan di dinding. Ayah hanya akan tegur sekali kemudian beliau akan diam. Mungkin, aku seperti terikut-ikut akan cara ayah ini. Disaat lahir ke dunia, ayah kata aku hanya tersenyum-tiada tangisan. Dan sekarang, aku hanya diam apabila sesuatu perkara ku takuti bakal mengundang sesuatu yang lebih mudarat. Jadi, buat bakal anak-anakku nanti, faham2 lah jiakalau ibumu ini hanya diam 1000 bahasa...Mungkin akan tegur & sebut nama penuh mereka tulus dari hati ('',).

3- Merancang dari saat masih sendiri (single). Perkara ini, beliau berkata, rancanglah apa yang dinginkan dari anak-anak mu di masa hadapan tika masih sendirian. Seperti mahu memberikan didikan agama dengan sebaiknya (jenis sekolah etc), nama dsb kerana Insya Allah jalan akan dibuka untuk tuju pada destinasi jika kita buat kernaNYA.

4- 'Peneman' di sepanjang jalan. Yang ini, beliau berkata: Kenalkan dgn ayah dulu. Macam SIRIM la tu. No dating sebab ayah bawa mama keluar jalan-jalan only after sudah nikah( kalau tgh studi pun, mungkin blh tlg sikit2 asalkan I don't break the record). Kehendak yang perfect, tidak mungkin & tidak layak tetapi bukankah sesuatu yg unik itu adalah pelengkap ('',)?.

4- Lastly...beliau seperti mahu cucu yang ramai. Opss. Sebab dia pernah cakap: nanti nak buat rumah yang luas-untuk cucu2 ayah bermain2. Ok ayah...doakan akan kehadiran Ziyad, Umair, Nu'man, Naurah (yang lain biar lah abah depa cari)sebagai penyeri & pewaris ilmu.

Terima kasih buat ayah ku yang tercinta,
Ismail bin Ahmed.

No comments: