Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 5, 2010

Buat mama...

Bismillahrahmanirahim...

Tak sabar rasanya untuk menanti kepulangan mama & ayah dari Makkah esok. Especially mama...sebab mama je yang rajin layan bila aku cakap.Hehe. Unlike ayah yang agak sporting dan happy go lucky, mama merupakan seorang ibu dan wanita yang tegas namun penuh kasih sayang...

1- Mengajar ilmu masak memasak. Terutama sekali dalam pembuatan kek & biskut. Nyum2. Chocolate moist cake& chocolate chip cookies. Dan dari situ, aku mula explore untuk mencuba resipi2 bakery yang lain dan automatically ceduk bahan2 tak ikut sukatan sangat. Jikalau ke kedai bakery supplies pula, sambil memerhati bahan-bahan yang dijual, kepala aku sudah mula memikirkan apa yang boleh di buat dengan bahan tersebut. Pernah sekali, buat 'baking' kelas dengan member melalui YM untuk butter cream.

Dalam masakkan harian, aku mengakui aku lebih prefer lauk ikan dan seafoods (seperti lala &ketam). Kalau tidak ada pilihan, nasi dgn sayur dan sedikit kuah pun dah memadai. Hampir setiap kali pabila aku pulang ke rumah, mama akan memastikan ikan siakap ada didalam freezer. Terpulang padaku untuk membuat resipi apa. Selalunya black pepper steamed fish. Antara masakkan lain yang aku suka ialah spagetti dan fish & chips.Masak-memasak lauk ni pun aku mesti lari dari resipi asal. Suka hati je tambah bahan sendiri.

Sekarang, aku mula mengumpul resipi-resipi dan menanti hari untuk di ubah oleh ku. Dan, yang peting, memasak mestilah dari hati dan dimulakan dengan bismillah dan selawat. Tak payah bubuh ajinamoto/MSG. Untuk family nanti, air tangan seorang ibu kan lebih berkat ('',).

2. Money planning. Aku akui aku sudah mula jejak mama dlm berbelanja. Agk berkira. Hingga kadang, pabila membeli belah, aku tidak tahu untuk membeli apa selagi barang-barang keperluan masih ada. KECUALI KALAU NAMPAK KEDAI BUKU...ni aku tidak boleh lari.

3. Training & teaching. Sebagai seorang Training Manager di PERTONAS, tugas utama mama ialah untuk 'conduct' training kepada staf dan juga penerima biasiswa. Hampir tiap kali bercuti panjang, aku akan menjadi P.A mama ke program-progam (selalunyaTerengganu). Waktu lain, hujung minggu, selalunya aku ikut mememerhati latihan yang diberkan kepada pekerja- pekerja baru(Petronas Induction Programme for new Executive-PIPE). Paling seronok bila diberi peluang untuk mengikut beliau ke program BAKTI (coaching untuk pelajar sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran) di Bangsar.

4. Seorang wanita yang sangat penyabar & penyayang. Akan aku cuba untuk menjadi ibu seperti beliau suatu hari nanti walaupun sibuk dengan tugas seharian di pejabat.

Buat mama yang tercinta,

Puan Sharifah Muznirah Syed Mustafar,

I love you very much!

Tuesday, February 2, 2010

Pesan ayah...

Bismillahirahmanirahim...

Ayah aku merupakan insan yang banyak memberikan didikan dari segi jiwa@ tarbiyyah diri. Walaupun dia agak tegas namun sebenarnya dia seorang bapa yang happy go lucky & sporting. Banyak peasanan santai yang diberikan buat bekalan di kemudian hari. Antaranya dalam soal pendidikan anak2 (tarbiyyatul aulad) dan keluarga (sebab dia merupakan seorang guru syariah STPM-khusus dlm area ini).

1- Tang kursus kahwin. Ayah kata, apa yang diperoleh selama 2 hari kursus tidak cukup untuk kehidupan berkeluarga yang akan dibawa hingga ke syurga (Insya Allah). Aku dah pergi pada Jun 2006 tika semster pertama di UIA. oK (Sijil tersebut tersimpan rapi dalam fail sijil2-senang. Sibuk nanti kan susah). Jadi, peluang yang ada ini sementara menuju 'alam itu' digunakan untuk mengutip permata-permata ilmu sebanyak mungkin.

2- Diam pabila marah. Itulah cara ayah apabila saya dan adik melakukan kesalahan. Singat aku, cuma 2-3 sebatan rotan je pernah singgah kat badan. Selepas itu, rotan tersebut hanya menjadi perhiasan di dinding. Ayah hanya akan tegur sekali kemudian beliau akan diam. Mungkin, aku seperti terikut-ikut akan cara ayah ini. Disaat lahir ke dunia, ayah kata aku hanya tersenyum-tiada tangisan. Dan sekarang, aku hanya diam apabila sesuatu perkara ku takuti bakal mengundang sesuatu yang lebih mudarat. Jadi, buat bakal anak-anakku nanti, faham2 lah jiakalau ibumu ini hanya diam 1000 bahasa...Mungkin akan tegur & sebut nama penuh mereka tulus dari hati ('',).

3- Merancang dari saat masih sendiri (single). Perkara ini, beliau berkata, rancanglah apa yang dinginkan dari anak-anak mu di masa hadapan tika masih sendirian. Seperti mahu memberikan didikan agama dengan sebaiknya (jenis sekolah etc), nama dsb kerana Insya Allah jalan akan dibuka untuk tuju pada destinasi jika kita buat kernaNYA.

4- 'Peneman' di sepanjang jalan. Yang ini, beliau berkata: Kenalkan dgn ayah dulu. Macam SIRIM la tu. No dating sebab ayah bawa mama keluar jalan-jalan only after sudah nikah( kalau tgh studi pun, mungkin blh tlg sikit2 asalkan I don't break the record). Kehendak yang perfect, tidak mungkin & tidak layak tetapi bukankah sesuatu yg unik itu adalah pelengkap ('',)?.

4- Lastly...beliau seperti mahu cucu yang ramai. Opss. Sebab dia pernah cakap: nanti nak buat rumah yang luas-untuk cucu2 ayah bermain2. Ok ayah...doakan akan kehadiran Ziyad, Umair, Nu'man, Naurah (yang lain biar lah abah depa cari)sebagai penyeri & pewaris ilmu.

Terima kasih buat ayah ku yang tercinta,
Ismail bin Ahmed.

Monday, February 1, 2010

Puisi Buat Hati

Bismillahirahmanirahim...
by: ummu ziyad

Duhai hati yang ku kasihi
Apa khabar dikau di hening malam ini?
Adakah kau sedang bahagia meridui kasih Yang Maha Esa?
Atau...
Alpa memikirkan tentang dunia yang tiada akhirnya?

Duhai hati...
Mengapa dikau merasa sedih di saat ini?
Engkau risau akan sebuah perpisahan yang bakal tiba nanti?
Meninggalkan insan-insan yang telah banyak membantu kala jatuh & berdiri
Untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang tiada henti?

Duhai hati...
Bersabarlah engkau walau ku tahu pahitnya rasa
Lumrah dunia ada mula jua akhirnya
Tiada kudrat untuk kita menghentikan
Atau...
Mengulang kembali saat-saat dahulu

Duhai hati...
Ingatlah bahawa Allah sentiasa menemani diri hambaNYA
Sentiasa menanti doa dari jiwa
Milik insan yang di rahmati