Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 19, 2009

Syukur...syukurlah...

Bersyukurlah kepada Allah jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami...kerana itu bererti dia tidur di rumah, di sebelah anda, bukanya dengan orang lain.

Panjatlah kesyuluran kepada Allah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur...kerana itu bermaksud dia kini berada dirumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan.

Berterima kasihlah kepada Allah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori setiap langkah anda...kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.

Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah jika banyak pakaian anda yang sudah sempit...kerana ini bermakna anda cukup makan, tidak hidup dalam kedaifan.

Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta membuang habuk yang melekap di dinding... kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.

Berterima kasihlah kepada Allah kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan...kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pekerjaan.

Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah andainya terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh di suatu sudut...kerana itu bereti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakanNYA kudrat untuk berjalan.

Berterima kasihlah kepada Allah apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang...kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.

Bersyukurlah juga kepada Allah apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keraian...kerana itu bermaksud anda masih dikelilingi sahabat handai.

Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbunan pakaian setiap hari...kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.

Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari...kerana ini bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuagt demi keluarga tercinta.

Bersyukurlah kepada Allah apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunti bising deringan jam loceng...kerana ia bererti anda masih bernyawa, dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan nikmat yang diberikanNYA...ALHAMDULILLAH!!!

No comments: