Bismillahirrahmanirahim...
Hampir 2 minggu rasanya tidak 'update' blog ni. Semalam seharian ada ceramah KPP 5 JAM untuk driving class. Penat. Kuliah kat UIA yg satu jam pun dah tidak boleh duduk diam, ni kan pula 5 jam. Campur lagi masa yang depa amik untuk key-in data etc... Walau penat macam mana pun, terima kasih pada 2 penceramah yang aku tahu cuba untuk 'keep the class alive'- Cikgu Zakuan & Tuan Arshad. Selain dapat ilmu tentang memandu ni, Tuan Arshad juga menyelitkan sedikit 'tazkirah' masa kami diberi masa untuk rehat Solat Zohor dan makan tengahari. Ini dia...peringatan untuk diri & semua..
5 Jenis manusia dalam menunaikan sembahyang:
1- Yang menunaikan solatnya 5 WAKTU SEHARI. Alhamdulillah..
2- Yang menunaikan sembahyang hanya apabila ada WAKTU KELAPANGAN. Subuh? Huhh..mengantuklah. Zohor? Tak nampak ke tengah sibuk ni...
3- Yang menunaikan sembahyang hanya SEMINGGU SEKALI iaitu pada waktu solat Jumaat. Nanti apa pula 'office mates' kata aku tak keluar ke...
4- Yang menunaikan sembahyang hanya SETAHUN SEKALI iaitu pada Hari Raya. Dialah yang paling 'smart & handsome'. Baju raya baru dll..
5- Yang TIDAK PERNAH menunaikan sembahyang langsung sepanjang hayatnya....
Renung- renungkan...
No comments:
Post a Comment