Tuesday, May 19, 2009
Syukur...syukurlah...
Bersyukurlah kepada Allah jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami...kerana itu bererti dia tidur di rumah, di sebelah anda, bukanya dengan orang lain.
Panjatlah kesyuluran kepada Allah apabila anak gadis anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur...kerana itu bermaksud dia kini berada dirumah, bukan berpeleseran dengan kawan-kawan.
Berterima kasihlah kepada Allah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori setiap langkah anda...kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.
Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah jika banyak pakaian anda yang sudah sempit...kerana ini bermakna anda cukup makan, tidak hidup dalam kedaifan.
Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta membuang habuk yang melekap di dinding... kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.
Berterima kasihlah kepada Allah kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan...kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pekerjaan.
Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah andainya terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh di suatu sudut...kerana itu bereti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakanNYA kudrat untuk berjalan.
Berterima kasihlah kepada Allah apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang...kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.
Bersyukurlah juga kepada Allah apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keraian...kerana itu bermaksud anda masih dikelilingi sahabat handai.
Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membasuh dan menggosok setimbunan pakaian setiap hari...kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pakaian untuk dipakai.
Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah setiap kali berasa penat dan letih pada penghujung hari...kerana ini bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuagt demi keluarga tercinta.
Bersyukurlah kepada Allah apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunti bising deringan jam loceng...kerana ia bererti anda masih bernyawa, dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan nikmat yang diberikanNYA...ALHAMDULILLAH!!!

Thursday, May 14, 2009
Jika hati mengalunkan rindu...
BY: Mujahidah Safya
Dikala hati merasakan cinta
Naluri mula membisikkan kata
"Aku rindu padaNYA..."
Pabila norma dunia mencari diri...
Jiwa resah tiada henti
Mahu ku lari..
Tapi...
Ke manakah destinasi pasti?
Jika jiwa membisikkan namaNYA...
Itu tandanya masih ada kasihNYA pada hambaNYA
Usah dinanti esok hari
Kerana...
Kita tak pasti
Adakah mentari kan muncul kembali...

Friday, May 8, 2009
Dedikasi buat anak2 Palestin
By: Mujahidah Safya
Lihatlah pada wajah dunia kini…
Penuh luka,dendam dan benci
Angkara tangan yang tidak mengenal erti kasih
Jua hati yang kabur dari melihat erti sayang
Disana…
Kanak-kanak menangis…Ibu! Ayah!
Aku rindu pada kalian!
Aku belum puas menatap wajah yang membesarkan diri!
Aku belum berpeluang untuk membalas jasa & budi…
Oh…seringkali…
Tangan-tangan yang rakus mengambil nyawa mereka tanpa hak,
Tanpa menghiraukan sinaran dalam mata mereka yang bakal mengangkat dunia…
Dan…hari-hari yang berlalu masih menghitung peluru-peluru yang menembusi jiwa yang tidak berdosa itu…
Darah terus mengalir
Air mata terus menitis
Hati terus merintih
Jiwa terus berdoa
Agar…
Dikurniakan ketenagan pada diri
Dikurniakan kekuatan pada jasadi
Untuk meneruskan sebuah perjuangan
Untuk melakukan sebuah pengorbanan
Moga terlakar dalam sejarah
Suatu saat nanti
Bumi ini kembali aman
Hati ini kembali tenang

Thursday, May 7, 2009
Chocolate Chip Cookies
Here's a recipe for Chocolate Chip Cookies to share (",)
Prep: 25 minutes. Bake: 8 minutes per batch. Makes: about 60 cookies.
Ingredients needed:
1/2 cup shortening
1/2 cup butter, softened
1 cup packed brown sugar
1/2 cup granulated sugar
1/2 baking soda
2 eggs
1 teaspoon vanilla
2 1/2 cup all-purpose flour
2 cups chocolate chips
1 1/2 cups chopped walnuts/pecans/ hazelnuts (optional)
Step 1
In a large mixing bowl, beat shortening & butter with an electric mixer on medium to high speed for 30 seconds.
Step 2
Add brown sugar, granulated sugar, and baking soda. Beat until mixture is combined, scraping sides of bowl occasionally.
Step 3
Beat in eggs & vanilla until combined.
Step 4
Beat in as much of the flour as you can with the mixer. Stir in any remaining flour. Stir in chocolate chips & if desired, nuts.
Step 5
Drop dough by rounded teaspoons 2 inches apart onto an un-greased cookie sheet.
Step 6
Bake in a 180 degree cel microwave oven (375 for oven) for 8-10 minutes or until edges are browned. Transfer to a wire rack & let cool.
Mabruq Semua...
Tahniah. Mabruq di ucapkan kepada..:
Mama tersayang..
1- Anugerah Perkhidmatan Lama atas 25tahun perkhidmatan dalam PETRONAS. Aku selalu tanya kat mama "Ma. Macam mana (macam apa rahsia pula) ma boleh 'stay' kat PETRONAS''?
2- Selamat Hari Ibu Mama...
Pasangan pengantin baru:
1- Kak Husna Zamani & Saudara Ibrahim Hasan.
2- Saudara Muhd Aiman Salmi & pasangan.
Kelahiran Insan baru:
1- Kak Marhamah atas kelahiran Tuan Ilham.
2- Kak Muslihah yang sedang menanti kelahiran anak sulung Insya Allah Ogos ini.
3- Kak Liya yang juga sedang menanti kehadiran anak sulung Insya Allah November ini.

5 Jenis manusia dalam menunaikan sembahyang
Bismillahirrahmanirahim...
Hampir 2 minggu rasanya tidak 'update' blog ni. Semalam seharian ada ceramah KPP 5 JAM untuk driving class. Penat. Kuliah kat UIA yg satu jam pun dah tidak boleh duduk diam, ni kan pula 5 jam. Campur lagi masa yang depa amik untuk key-in data etc... Walau penat macam mana pun, terima kasih pada 2 penceramah yang aku tahu cuba untuk 'keep the class alive'- Cikgu Zakuan & Tuan Arshad. Selain dapat ilmu tentang memandu ni, Tuan Arshad juga menyelitkan sedikit 'tazkirah' masa kami diberi masa untuk rehat Solat Zohor dan makan tengahari. Ini dia...peringatan untuk diri & semua..
5 Jenis manusia dalam menunaikan sembahyang:
1- Yang menunaikan solatnya 5 WAKTU SEHARI. Alhamdulillah..
2- Yang menunaikan sembahyang hanya apabila ada WAKTU KELAPANGAN. Subuh? Huhh..mengantuklah. Zohor? Tak nampak ke tengah sibuk ni...
3- Yang menunaikan sembahyang hanya SEMINGGU SEKALI iaitu pada waktu solat Jumaat. Nanti apa pula 'office mates' kata aku tak keluar ke...
4- Yang menunaikan sembahyang hanya SETAHUN SEKALI iaitu pada Hari Raya. Dialah yang paling 'smart & handsome'. Baju raya baru dll..
5- Yang TIDAK PERNAH menunaikan sembahyang langsung sepanjang hayatnya....
Renung- renungkan...

Subscribe to:
Posts (Atom)