Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 27, 2009

Sahabat karibku....



Gambar di atas ialah aku bersama sahabat karib ku @partners-in-crime- Una masa jalan2 kat Alamanda Putrajaya Selasa lepas. Syukran Una kerana telah menjadi sahabatku dikala susah dan senang. Kami mula- mula kenal & menjadi sahabat ketika di Tingkatan 4 Al-Amin. Bila kau pindah Bangi ni, lagi senang nak jumpa & tanya2 cerita. Selisih faham tu, biasalah. Kadangkala, dengan perselisihan, kita dapat memahami teman kita. Apa yang dia suka, apa yang dia tidak suka.Barakallahufih ya sadiqati...ukhuwwahfillah abadan Insya Allah.

Kahwin kerana nafsu, jahil ilmu rumah tangga punca retak

-dipetik dari akhbar Berita Harian 27/April/ 2009 (isnin)-

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda.

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu perkahwinan.

“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin).

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.

Tengku Asmadi berkata, sikap berterus terang, termasuk menjelaskan sejarah cinta lama masing-masing sebelum bersatu dengan pasangan yang dinikahi menjadi faktor penting dalam mengukuhkan hubungan suami isteri.

“Dalam kehidupan sekarang, kita tidak nafikan sebelum berkahwin masing-masing bercinta dengan orang lain. Ada kes, ketika bersatu sebagai suami isteri barulah rahsia sebelum ini terbuka.

“Ada suami berasa tertipu apabila mendapati isteri yang disangka suci sudah tiada dara lagi pada malam pertama dan apabila suami tidak boleh menerima kenyataan, tercetuslah pergaduhan sehingga membawa kepada perceraian,” katanya.

Berselindung di sebalik perbuatan baik ketika di alam percintaan juga boleh menjadi punca perceraian di kalangan pasangan baru berkahwin.

“Ramai pasangan bercinta berlagak baik demi menarik perhatian si kekasih. Apabila berkahwin dan duduk serumah, perkara negatif yang sebelum ini tidak pernah ditunjukkan tiba-tiba kelihatan, menyebabkan timbul rasa jelik atau benci.

“Ketika ini perlu ada kesediaan menerima pasangan seadanya kerana sebelum berkahwin kita melihat nilai positif di dalam diri pasangan, jadi kenapa selepas berkahwin kita tidak boleh menerima keburukan pasangan. Hargai kekurangan yang ada dan pada masa sama berseronoklah dengan persamaan yang wujud,” katanya.

Tengku Asmadi berkata, ketika awal pernikahan, cara berkomunikasi memainkan peranan utama dalam menentukan kerukunan rumah tangga berkekalan.

“Perlu diingat, setiap orang tidak suka jika sentiasa dipersalahkan dalam apa jua perkara. Justeru, amat penting pasangan yang baru berkahwin bersama-sama mengubah kekurangan diri dan berjanji untuk menjadi yang terbaik. Berilah masa kepada pasangan untuk mencari titik pertemuan dan persefahaman.

“Bagaimanapun, ada pasangan yang tidak dapat menerima kekurangan ketara pada pasangan sehingga membawa kepada perceraian pada awal usia perkahwinan. Misalnya, suami yang selama ini dirasakan mampu membimbing ke arah kebaikan berubah sikap tidak seperti diharapkan atau ada suami yang langsung tidak memberi nafkah.

“Ketika itu, pasangan perlu bersikap rasional demi mengelakkan perceraian kerana kita tidak boleh berputus asa terhadap mahligai yang dibina kerana perceraian adalah perkara halal paling tidak disukai Allah,” katanya.

Selain itu, pasangan muda sering dikaitkan dengan darah muda atau tidak sabar sehinggakan perkataan cerai mudah dilafazkan tatkala berlaku perselisihan faham kecil.

“Pesan saya, perkataan pertama yang perlu dipadamkan terus daripada fikiran seorang suami ialah cerai kerana ia menandakan anda sememangnya ingin memberikan komitmen penuh untuk menjayakan sesebuah perkahwinan.

“Pasangan muda sekarang tidak nampak impak perceraian kerana mereka tidak memikirkan soal tanggungjawab, selain tidak mendalami ilmu pernikahan sehinggakan mereka berani mempermainkan perkataan cerai itu sendiri,” katanya

Tengku Asmadi berkata, modul kursus praperkahwinan yang ada untuk bakal pengantin diteliti semula dengan menekankan pelbagai elemen baru terutama yang membabitkan ilmu rumah tangga.

“Lebih elok jika tempoh kursus dilanjutkan supaya bakal suami dan isteri dapat belajar banyak perkara dan ilmu yang diajar benar-benar berkesan di hati,” katanya.

INFO: Punca perceraian pasangan muda

# Jahil ilmu rumah tangga

# Gaya hidup moden yang banyak menjurus kepada masalah sosial

# Belum bersedia menjadi suami isteri

# Gagal memahami dan menghargai pasangan

# Menyembunyikan sejarah silam

# Masalah komunikasi

# Kurang pemantauan daripada keluarga dan orang tua

# Kurang masa berkualiti bersama-sama

# Gagal memenuhi tuntutan batin pasangan

Recipes done so far

Recipes done so far:

1- Nasi Beriyani
2- Coffee Cream Frosted Cake
3- Kuih Bahulu
4- Kek Pisang

Nyum2...more to come & lots more to learn...Insya Allah ('',)

Friday, April 24, 2009

Aku...10 tahun lagi?

1. Siapakah anda dalam masa 10 tahun akan datang?

- Pada masa 10 tahun yang akan datang, iaitu ketika saya berusia 32 tahun (fuh...dewasa benar ni), saya adalah seorang pendidik yang berdedikasi & komited terhadap kerjaya di temani suami & anak- anak tersayang...

2. Kerjaya anda/ sumber pendapatan anda?

- Seperti yang saya katakan di awal bicara tadi, saya menjadikan karier perguruan yang sememangnya saya minati sebagai sumber pendapatan utama saya disamping mengusahan pembuatan cookies & cakes secara sambilan. Apa yang pasti, saya berharap agar kerjaya saya nanti tidak akan mengangu tumpuan dan tanggungjawab saya terhadap keluarga.

3. Kelayakan akademik yang anda miliki.

- Pada ketika itu, saya telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Psiklogi dan mungkin akan menyamung pelajaran dalam bidang Kaunseling Keluarga/ Pendidikan...Insya Allah.

4. Siapakah yang berada di bawah tanggungan anda?

- Walaupun pada ketika itu suami saya yang akan menaggung kami sekeluarga, saya masih bertanggungjawab untuk membantu beliau (siapakah dia..) serta ingat-mengingatkan antara satu sama lain (sesunnguhnya manusia itu dlm kerugian kecuali yg ingat-mengingatkan serta yang berpesan-pesanan) dan cuba untuk memberikan didikan dan tarbiyyah yang terbaik untuk anak-anak.

5. Kenderaan jenis apa yang anda miliki/guna?

- Hmmm...saya amat mengidam-idamkan untuk memandu sebuah kereta sports atau kereta yg boleh dipandu laju (F1 ke kan).

6. Aset-aset yang anda miliki?

- Keluarga tercinta, rumah, beberapa bidang tanah, kereta, buku-buku...

7. Cara hidup anda? Jadual harian di kehidupan yang dah stabil. (mewah ke,ade driver,ade P.A., ade bodyguard ke, mcm org biase ke sibuk spjg masa atau ape2 lah)?

- Pagi2, selapas solat Subuh, akan menyediakan sarapan untuk keluarga. Kemudian, siapkan anak-anak untuk mereka ke sekolah baru saya akan ke tempat kerja untuk mengajar dsb. Kehidupan, impikan yang sederhana tetapi, jika ada rezeki, Alhamdullilah. P.A, bodyguard, Insya Allah tak diperlukan. Cukup suami & anak-anak sebagi pendorong semangat & Allah Yang Maha Kuasa sebagai pelindung.

9. Dalam keadaan anda pada waktu tu, apa yang anda boleh sumbangkan pada masyarakat, agama dan negara?

- Berharap dapat berkongsi sedikit ilmu & pengetahuan yang ada dengan masyarakat agar dapat menjadi panduan dalam meniti kehidupan dunia & akhirat...Insya Allah.

10. Dan lain-lain…?

- Beramal lah seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kamu akan mati esok hari...renung2kan...

(soalan2 dipinjam dari adik yg tgh edit majalah)

Diari 'utlah: Minggu 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ni genap 1 minggu saya bercuti...untuk kembara cuti panjang 3 bulan. Huh..lama tu. Agenda pertama bermula Ahad lalu (19/4) percutian 2 hari 1 malam di Air Panas Sungai Kelah, Sungkai, Perak.Dok kat Felda Residence Resort. Petang Ahad, selepas solat Asar, pi ke SPA Village dgn Mama utk Body Scrub & Urut. Relaks & 'release' sikit lepas penat imtihan.Esok harinya, lepas sarapan kat kafe, pi kat kolam air panas bahagian Family Superior Package RM 75 / bilik. Takpe la...papa kata. Asal tertutup & aurat tak terdedah. Sebab tempat yang kami amik tu macam bilik yang dah siap ada kolam air panas kecik. Bertolak ke KL kira2 jam 12:3Opm. Singgah makan sat kat gerai. Sedap sangat dapat makan laksa assam & air kelapa muda ('',).

Hari Selasa, Mama bawa aku & adik untuk buat pasport di Jabatan Imigresen Kajang. Mama kata, mana la tau nak ke mana. Alhamduliah proses daftar, siap agak cepat. Dalam masa hanya 2 jam sahaja. Teringat zaman dulu2 kala (aih..berapa lama tu?), nak buat IC punya la lama nak tunggu siap...

Rabu, visit nenek kat rumah cik di Shah Alam. Syukran tok for the ring...

Semalam, jalan2 dgn kawan baik ku Husna di Alamanda. Walaupun hampir tiap2 minggu teman mama ke situ nak cari barang dapur, jalan2 dengan member ni lain. Haha.Lama tak jumpa... yang lain2? Jom la kita reunion....

Ma'asalamah...

Happy 48th Birthday to Papa

Happy 48th Birthday to my beloved Papa, En. Ismail Ahmed. Barakallahu Fih...baked a coffee- cream frosted cake...thanks papa for being a great hero for mama, me & adik...

Wednesday, April 22, 2009

masak & makan...

Bismillahirrahmanirrahim...

La ni tgh menaip sambil2 tunggu cookies siap dibakar (",). Hmmm...lama tak buat biskut. Selalu kek je. Senang. Sukat2 bahan, kacau, tuang & bakar. Kalau cookies, leceh sikit. Sukat2 bahan, kacau, kena buat saiz kecik2, banyak2 batch, bakar sedulang- sedulang..suhu pun lagi sensitif. Tapi seronok tgk bila dia tgh dibakar & bila masuk dalam mulut...

Cuti 3 bulan, 4 minggu, 120 hari ni, diri ini berharap & berazam untuk menajamkan lagi kemahiran memasak (walau tak sehabat chef2 di Asian Food Channel). Resipi asas & masakan Melayu & apa2 yang halalan toyyiba Insya Allah. Akan aku cuba sedaya mampu. Kemahiran asas yang perlu ada dalam diri tiap insan yang bergelar wanita. Masih percaya dgn kata2 ini. Aku pernah terbaca dalam sebuah artikel dalam majalah ANIS yg mengatakan air tangan seorang ibu dan isteri itu amat berkat. Tak percaya? Cuba kita ingat balik. Walau ibu kita hanya masak lauk yang rigkas seperti telur masak kicap atau ikan goreng atau hanya beri kita air kosong, rasa sangat sedap. Tak terkata. Kalah Western Food yang mahal2 ada di restoran2 terkemuka. Satu lagi tanda ialah bila kat kolej atau asrama, kita mula berkata "tak sabar nak balik...lama tak makan kari mak buat". Faktor utama yang menyumbang ialah keikhlasn, selawat, dan doa yang mengiringi proses pentediaan makanan itu (petua kalau nak makanan sedap, Insya Allah)...pengikat hati dan kasih sayang keluarga...

Apa yg aku suka masak & makan?. Tak banyak. Ikan siakap stim, ikan kari, sup ikan, spagetti & makaroni. Huh. Ikan saje. Ayam dalam sebulan ada 1 atau 2 kali je masuk perut aku ni. Kesian suami & anak2 aku nanti..hehe.Kenapa? 1- Sebab ikan lagi sedap & rasa macam2 (bawal, cencaru, siakap, kembung, ikan merah dll rasa lain2). Tak macam ayam. 2- Lebih selamat ( ayam-aku baca ada yang kena cucuk dari kena sembelih, kena buh ubat ). Ayam, pernah sekali saja aku belajar sembelih. Kem utk adik2 junior sekolah 2005 tak silap.

Aku & Kak Mus dah secara rasminya jadi chef untuk kem anjuran alma mater kami. Pengalaman 2 tahun. Haha. Kali pertama di Rabutia Gombak & kali ke-2 di Laman Bestari. Penat yang amat. Bayangkan. 2 orang je nak sediakan sarapan, makan tengahari, makan malm utk kira 40 orang. Dah tu...kena sediakan menu & etc. Kat Laman Bestari ok sikit sebab dapat beberapa 'junior chef'. Kak Mus...jom kita sahut cabaran lagi nak?

'Ala kullu haal, kena berazam utuk melakukan yang terbaik walaupun dimulakan dari langkah yang kecil. Pastikan makanan yang masuk ke dalam mulut kita, yang melalui esofagus, berehat sebantar dalam perut adalah dari sumber yang halal & diberkati kerana ia akan memberi kesan pada hati dan ibadah seharian...wallahu'alam...

Friday, April 17, 2009

Cuti...cuti...

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilah imtihan aakhir dah berlalu. Lega den. Opss..kena tunggu result pula..hehe.. Dan...bermulalah cuti ku selama 3 bulan yg pertama. Yep. 1 st time. Lepas abis SPM dulu, aku tak sempat cuti. Kena mengajar kat sekolah. 1ST&2ND year amik short sem. Tahun lepas, mengajar lagi. Ni pun sebenarnya sekolah panggil lagi tapi nak merasa jugalah mcm mana cuti panjaaaaang....some of the things yg telah di rancang (moga diberi kekuatan utk buat..hehe):

1- Ahad ni Insya Allah nak pi holiday 2 hari 1 malam ke Sungai Kelah, Perak. Suka suki je suh mama amik cuti...
2- Projek khat: Siapkan 'order' from syieda, practice drawing etc & plan to buy technical board & acrylic paint yg baru.
3- Photo montage& video utk kak dina (GG 2nd Gen in memory)
4- Amik lesen keta...huhu..mama dah lama bising..
5- Hope dpt konvoi dgn member2 G4 lagi. Lama dah rasanya dah berjumpa...
6- Book fair kat PWTC (today- 26th April).

3 bulan ni, pasti aku rindu kat member baik aku kat UIA. Amni, Cha, Mieza, Alin, Yeni, Aimi, Di, Shima...pemberi semangat since hari pertama di matrik...thanks buddies...

Berdoa juga pada Yang Maha Kuasa agar diberi kesihatan..tak mau suasahkan mama &papa kena bawak aku pi emergency room pukul 3 pagi due to gastrik. Haha. Dapat ubat spital pun bukanya aku jamah pun. Ish...abisla kalau mama buka handbag aku. Migrain pun aku cuba tahan and dok dalam bilik gelap with no sound as my own therapy& treatment. Dalam awal bulan ni, ada owang suh aku try makan a herbal capsule. Alhamduliilah ok ('',). Blood pressure yg agak rendah dah naik sikit. Tapi aku still kena pi massage untuk betulkan apa yang patul kat backbone aku. (Tu la. Time jatuh dulu tak mau terus pi treatment). Mama nak bwk jumpa chripractor(ntah betul ke tak ejaan) tapi tak nak la..Neway. Thanks again pada yang introduce kan aku pada the cute little pills. Barakallahu fih. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa...wallahu'alam...Here I come my cuti!!!

Mama...

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk....mak

(as a thought of sharing)

Thursday, April 9, 2009

Jenis syaitan...

Jenis Syaitan yang goda manusia:

1. Zaalitun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan
apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan ini yang tambahan.....

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah
Klang, Singapore, Beijing &..... Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan
masak lemak.

(sebagai peringatan untuk diri sendiri & teman2 )

Monday, April 6, 2009

Kata2 semangat dari mereka...

" Good luck in your exam.Study smart"- Mama.

" E Best of luck 4 yourexam. berusahalah.."-Kak Dina.

" Ustazah sentiasa doakan kejayaan Zainab"- Ustzh Mahfuzah.

" Allah doesn't require u to BE THE BEST. He just want u to do your best & He will take care of the rest! So, all the best forthis exam..Ma'attaufiq wannajah"- Nemo.

" May Allah bless ur effort & grant u success.Tq for your cooperation. Take care & study well"-Mdm Intan (cognitive).

exam.exam.exam.imtihan.imtihan.imtihan.periksa.periksa.periksa.best tu...