Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, February 20, 2009

MUNAJAT DI BAWAH QAMAR

MUNAJAT DI BAWAH QAMAR
BY: MUJAHIDAH SAFYA

Di bawah sinar qamar yang indah
Aku menadah tangan memohon doa
Pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Aku terkenagkan segala perbuatanku di masa silam...
Langkah-langkah yang telah aku aturkan sejak aku dilahirkan
Ke manakah hala tujuan?

Kata- kata yang pernah aku tuturkan
Mungkinkah ada hati yang pernah aku guriskan?

Akal fikiran yang telah dikurniakan
Adakah sesuatu yang aku angankan tanpa tujuan?

Hati dan perasaan yang setia meneman
Pernahkah sesaat aku lupakan Tuhan?

Ibu dan bapaku yang tidak pernah jemu mecurah kasih
Selalu sahaja aku melawan kata-kata mereka
Selalu sahaja aku mengingkari suruhan
Ya Allah...
Ampunkan segala dosaku pada mereka
Peliharalah diri mereka dalam berkat dan kasih sayang-Mu
Tidak ku mampu untuk membalas segala jasa
Walaupun seisi dunia telah aku miliki

Guru- guruku semua
Tiap kata mereka mengandungi hikmah
Tiap pesan mereka agar aku menjadi murid soleh
Tetapi aku...
Selalu sahaja membuat karenah
Membuat bising di dalam darjah
Ya Illahi...
Kurniakanlah pada mereka segenap kekuatan
Untuk terus menyalakan obor kebenaran
Memimpin manusia menjadi insan berguna

Ku sedar...
Apa yang Engkau kurniakan tidak pernah ku rasa mencukupi
Aku juga selalu meminta- minta apa yang belum ku miliki...

Ya Allah Ya Rabb ’Izzati...

Aku memohon pada mu lagi dengan segala keikhlasan
Agar segala dosaku diampunkan...

Aku meminta pada mu lagi dengan segala pengharapan
Agar Engkau kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi dugaan...

No comments: