Bismillahirahmanirahim...
Siapa yang kenal diri saya, tahu bahawa saya ialah pencinta kucing. Nampak kucing tepi jalan, eksaited macam tak pernah jumpa kucing (mak saya kata la. memang pun). Dari kecik membesar nampak kucing...nak buat macam mana. Sampai nama-nama kucing pun saya dah lupa.
Di blok asrama saya ni ada 4-5 ekor kucing. 2 budak kucing, 2 mak kucing. Dan saya selalu keliru "anak siapa ni? Atau...mak diorang mana satu eh?''. Tapi tak kisah la. Yang penting kucing-kucing tu nampak sangat penayang dan gilir-gilir jaga bila seorang ''have other busssines to attend''. Yang jantan, biasa lah. Come and go as they like. Malam-malam, cari satu port/ tempat tidur sama-sama. See? Kucing pun tahu sayang anak kan?
Si kecik putih tompok itu sangat 'pembuli' sampai orang lain terpaksa mengalah masa makan. Siap sebelah tangan pukul-pukul kau tak nak bagi orang dekat. Si hitam kurus pun terpaksa mengalah mengundur diri. Pasrah. "Aku kan kecik...nak buat macam mana". Tapi hidup mereka tetap harmoni. Suka aku tengok.
Tapi malam semalam...
Habis kelas Practice of Teaching 8:30pm. Gitu gini, selamat tiba di mahallah jam 8:40pm. Kot. Dalam berkejar-kejar nak sampai bilik sebelum hujan makin lebat, tertinggal kunci bilik dalam dashboard kereta. Letak bag depan pintu, patah balik. Macam biasa, cari la kucing-kucing tu sebagai penyembuh penat. Cari-cari, si hitam kecik tak ada. Cari- cari lagi, beliau terbaring lesu nyawa-nyawa ikan tak dapat air bawah tangga. Owh. Lupa sebentar hasrat mahu ambil kunci bilik.
Aku sentuh. Berkuit sedikit sahaja. Sentuh lagi. Tiada perubahan. "Taamm...bangun". Masih aku beri harapan walau pada realitinya, hanya menuggu masa untuk menghembus nafas terakhir. Bila aku toleh, dua-dua ekor ibu kucing sedang ralit memerhatikan segala perbuatan ku. Dari mata mereka, juga memberi harapan. Si putih kecik melompat girang. Budak- budak mana nak faham. Mungkin kerana perubahan cuaca yang tidak menentu maka mengakibatkan beliau jatuh sakit lalu...
No comments:
Post a Comment