Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 31, 2011

Daging Masak Kicap: Indian Style

Bahan- bahan:

- 1 kg daging (dihiris nipis)
- 1 cawan kicap manis
- 1/4 cawan serbuk cili
- 1 sudu kecil jintan (ditumbuk)
- 1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk)
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- 2 sudu besar tepung jagung/ gandum
- 1 batang serai (dititik)
- 2 cawan air
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 3 biji tomato (potong 'wegdes')
- 2 biji cili hijau (dipotong panjang)
- 1 inci kulit kayu manis
- 1 sudu kecil bunga cengkih
- 1 bunga lawang
- 1 tangkai daun ketumbar
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng

1) Panaskan minyak. Goreng bawang merah, halia, bawang putih hingga kekuningan.
2) Tambah rempah ratus. Kacau
3) Tambah serbuk cili, ketumbar dan jintan. Kacau 1 minit.
4) Tambah 1 cawan air dan kicap. Gaul rata.
5) Tambah daging dan 1 cawan air.
6) Tambah tepung sebagai pemekat kuah.
7) Masukkan tomato, serai, cili hijau. Kacau rata.
8) Masukkan garam dan dengan menggunakan api sederhana, tunggu hingga daging empuk.
9) Hidangkan.

All the Best

Sunday, May 29, 2011

What I've done...as a 'housewife'?!

Bismillahirahmanirahim...

Its already about 1 month and 1 week since I have became a 'housewife'. Some people asked me 'What did you do at home?'. Let me think...what I've done during this period:

1- Gardening:

Alhamdulillah. The seedlings that I sowed earlier this month showed a good progress. Namely: kacang panjang, kacang buncis, kacang botol, timun jepun, daun ketumbar and bayam. The late bloomer... daun ketumbar. The herb that we usually put in tomyam and as garnish in other dishes. I almost gave up when I see that the pot didn't show any progress when other seeds had grown into young plants in the average of 4-5 cm each.

'Maybe its due to the hot scorching days..'. I said to myself. But I still water the pot in the hope to see some green leaves to show some day. Yeay! At last..there's little green leaves sprouting. See? Never give up. Even with plants.

2- Cross -stitch:

Mummy bought me 2 cross- stitch patterns from her trip to Sarawak few month ago and I've already finished working on both of them.

#1 Project: The purple flower.
#2: Buah delima. Masa ni tengah in the making...as I ran out of 2 colours of threads.

La ni, tengah fikir-fikir, apa nak buat dengan kedua-dua hasil jahitan tersebut. Haruskan di 'frame' kan atau dijadikan sebahagian hasil kerja kraftangan yang lain?

3- Bead- it. Errr...beading:

Am now working on my 3rd clothing. The process of 'refurbishing' the clothes that I have with tiny little colourful beads. Nasiblah nampak macam mak datin ke apa kan... =)

Beading # 1: For my favourite black jubah. Hiraukan kain bunga- bunga sebelah tu. Tu skirt...

Beading # 2: Purple jubah that Makcik Norli bought for me during her umrah recently.

Beading # 3: One of my baju kurung. Still working on it.

4- Some sewing projects:

Alang- alang rumah baru ni sepelaung (tak la sangat) dari pekan Nilai 3 yang ada jual banyak kain, maka, saya pun ambil peluang cari kain yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan jahitan.

The stash of materials. Worked on the blue coloured cloth- tote bag and pencil case. The other 3, simpan dulu.

5- Baby sitting.

This week, I had to baby-sit my 6 years old cousin, Sasha in Subang Jaya. My aunt, a Human Resource (HR) Consultant had some work to be done so, I take the responsibility to look after the little girl. Among the things that we've done together are: Watch cartoon (Mr Bean, Tom & Jerry---terpaksalah layan), some drawings and art stuff and puzzles.

*****

This is my first break since finishing my SPM examination in 2004. Why? As after SPM is over, I worked as a teacher at a school here in Bangi. Then, when university's semester break arrived, there's always things that I need to attend to.3 month more before going back to study life, Insya Allah.

I had the chance to get to know my parents better. Well, there are still things that we didn't know/ aware about them and its a wonderful experience. Abah denoted that I am a bit manja, so, this is the moment to cherish. Tagging along the two wonderful people. Thanks ma and abah for taking care of me (and sister) until this moment.

Allah Knows Best


Wednesday, May 4, 2011

This Journey... (edisi B.M)

Bismillahirahmanirahim...

22 April 2011…merupakan hari terakhir aku mencurahkan khidmat di SRIAA setelah memberi notis 2 minggu kepada pihak sekolah. Ya. 2 minggu. Singkat bukan? Masih ku ingat reaksi di wajah tuan pengetua ketika aku menghantar surat tersebut di pejabat beliau. Namun, keputusan ini bukan suatu keputusan yang mudah untuk di buat. Perancangan untuk menghantar surat tersebut pada tanggal 11 April 2011 (Isnin) hanya dapat ditunaikan pada keeseokkan harinya kerana seperti ada sahaja halangan tiap kali diri ini mahu melangkah ke pejabat.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah sebabnya diri ini membuat keputusan tersebut. Diri ini hanya mampu tersenyum. Mungkin ada alasan yang hanya diketahui oleh beberapa pihak, namun, yang awla nya ialah mahu membantu kedua ibubapaku dalam urusan pindah rumah. Memandangkan hanya aku dan dan adik sahaja permata hati mama dan abah, aku mengambil keputusan untuk berkorban demi mereka.

Abah pernah berpesan, berkhidmatlah untuk mak kamu sementara belum bernikah kerana yang pastinya, jika sudah punyai keluarga sendiri, aku harus meminta izin daripada suami untuk menjenguk kedua orang tua ku.
Ketika aku memberitahu anak muridku tentang perkhabaran ini, ada diantara mereka yang berkata padaku “ Muallimah, muallimah nak berhenti sebab nak masak untuk suami dengan anak-anak muallimah kan?”. I wish to… =).

Sembilan bulan berada di bumi Al-Amin…

Memberikan ku pengalaman yang cukup berharga. Dipertemukan dengan rakan-rakan sekerja yang banyak membantu dikala susah dan senang. Berada di bilik guru bersama 40 guru yang lain telah memberikan ku memori yang pastinya akan dipahat di hati.
Aku berasa amat bersyukur kerana temuduga yang ku lalui pada tanggal 28 Julai 2010 memberikan ku peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman di bumi Al- Amin ini. Rasa bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada organisasi yang memberi peluang untuk menutup aurat dengan sempurna dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan baik. Seorang teman baik ku di tempat beliau mencari rezeki hanya dapat menunaikan ibadah solat di sebuah bilik stor yang pastinya kecil. Aku kagum atas semangat yang beliau perolehi. Menjadikan ku lebih bersyukur dengan nikmat yang aku perolehi.

Rutinku setiap hari…

Berjalan kira-kira 100 meter untuk ke pondok perhentian bas di seberang jalan. Jika ada rezeki, aku akan terus menaiki bas yang tiba seiring dengan tibanya aku di pondok tersebut. Namun, biasanya aku harus menunggu kira-kira 10-15 minit untuk mendapatkan sebuah bas. Setibanya di pondok bas paling hampir dengan kompleks sekolah, perjalan sejauh 100 meter lagi ditempuh untuk ku sampai ke pagar sekolah. Segala kepenatan yang dilalui sedikit terubat apabila disambut oleh senyuman anak-anak yang sedang bermain-main di kawasan sekolah.

Mempunyai sedikit masalah di spinal disc L5 tidak menghalangku untuk bergerak bebas. Ada yang berkata, aku seperti tiada apa-apa masalah. Mengikuti perkhemahan di Nur Lembah Pangsun setelah seminggu aku melaporkan diri untuk berkerja antara pengalaman manis bagiku. Walaupun tidak dapat mengkuti ekspedisi ‘jungle trekking’, perkemahan tersebut memberikan ku ruang untuk mengenali rakan-rakan sekerja dan anak-anak murid dengan lebih dekat lagi.

Anak-anak yang dikasihi,

Maaf kerana kadangkala terpaksa mengajar dalam keadaan duduk. Ini adalah kerana muallimah akan merasa tekanan/ pressure pada tulang belakang jika berdiri terlalu lama. Namun, mungkin kerana berasa bahagia dikelilingi kalian membuatkan muallimah melupakan seketika rasa sakit yang ada. Terima kasih kerana ada yang sudi memberikan sedikit ‘shoulder massage’ tika muallimah sedang sibuk melayan karenah anak-anak yang lain di meja guru.

Rakan-rakan guru yang dihormati,

Tahun pertama a.k.a 4 bulan pertama, aku berjiran meja dengan Kak Liza, Kak Huda, Kak Hasma dan Halimah. Bersama-sama mereka, lelah dilepaskan sedikit terutama setelah penat berperang dengan anak-anak dikelas. Kak Huda, terima kasih kerana telah bersama-sama menguruskan hal berkaitan konvokeyen kita tahun lalu di UIAM. Kak Hasma dan Halimah, thanks so much for the laughter shared. Memang tak kering gusi kalau bersama dengan kalian. Kak Liza, yang ku anggap sebagai senior dalam bidang pendidikan ini…terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi serta pengalaman yang dikongsi.

Walaupun tidaklah setiap hari kaki ini ku bawa ke kantin untuk mengisi perut yang berkeroncong, namun saat berada di ruang santapan digunakan sebagai waktu untuk berkongsi cerita tentang perjalan seharian…disekolah dan juga di luar.

Anak- anak yang dirindui,

Apa khabar anaknda sekalian ketika ini? Muallimah hanya sempat membuka dan membaca warkah SELAMAT TINGGAL yang kalian berikan pada hari terakhir di rumah. Dan, air mata ini tanpa dipinta dan tanpa sedar, jatuh berguguran ke bumi. Namun, muallimah cuba sedaya mampu untuk menahanya kerana rasa malu andainya dilihat oleh mak, abah dan adik ketika itu.

Setiap kali membuka dan membaca Al- Qur’an berwarna ungu, ingatan diri pada anak- anak di sekolah makin kuat kerana Qu’ran tersebut yang setia menemani diri tika sesi kelas Al- Qur’an (PAQ) bersama 18 anak-anak comel di kelas 2 Amru. Ku biarkan sahaja andai ada diantara mereka mahu menggunakan Al- Qur’an tersebut kerana hatiku berasa tenang dan bersyukur tiap kali mereka mengalunkan ayat-ayat suci Al- qur’an. Terselit sehelai kertas yang diatasnya tercatat hasil tulisan tangan salah seorang dari mereka yang cuba menyalin salah satu daripada surah- surah Al- Qur’an. Semoga anak tersebut (dan juga anak-anak lain) akan terus berusaha untuk mempelajari ilmu Al- Qura’n dan sentiasa menjadikanya sebagai panduan hidup.

Rakan- rakanku yang diingati,

Perjuangan kita dalam mendidik bukanlah suatu tugasan yang mudah. Bukan sekadar memberi mereka ilmu ABC atau 123 tetapi, dengan sedaya usaha serta kekuatan yang dipinjamkan dariNYA, kita diamanahkan untuk mendidik mereka tentang erti hidup. Tentang erti nafas yang dimiliki sebagai seorang hambaNYA yang mungkin akan dipanggil kembali bila-bila ketika sahaja.

Mungkin, ada kalanya, seperti nafas seakan- akan terhenti, pengorbanan ini harus diteruskan demi melihat mereka menjadi insan yang berguna. Siapa tahu, suatu saat nanti, jika kita berasa kurang sihat, doktor yang merawat diri waktu itu merupakan anak murid yang pernah kita didik berbelas tahun yang dahulu? Mungkin, ketika berurusan di firma arkitek, individu yang bertanggungjawab mereka rumah impian kita merupakan pelajar yang sentiasa kita ‘bersilat’ dengan mereka di dalam kelas?

Acap kali diri ini mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang ibu kepada anak yang ramai. Apabila telah tertulis bahawa diri ini menjadi tenaga pendidik di sini, ku anggap ia sebagai suatu rahmat dan rezeki. Walaupun bukan anak-anak yang lahir dari rahim sendiri, aktiviti seharian bersama anak-anak Al-Amin memberikan ku pengalaman yang tidak ternilai. Kerana anak- anak sendiri nanti pasti akan ada warna- warni personaliti mereka yang unik dan tersendiri.

Marahku di dalam kelas bukan bermakna ku benci namun semuanya kerana rasa kasih padamu anak-anak. Diriku hanya mahu kalian menjadi anak yang soleh dan solehah. Menjadi insan yang berguna pada agama dan masyarakat.

Mr Ibnu Al- Haytham yang tercinta,

Siapa pula ni ya? Ini nama kamera saya. Bukan siapa-siapa. Tetapi objek hitam dengan sedikit belang merah di talinya yang diberi nama sempena tokoh Islam yang mencipta kamera.

Terima kasih kerana setiasa menemaniku menjadi ‘papparazi’ dalam mengabadikan saat-saat indah di Al- Amin. Membelek folder gambar di dalam laptop ini akan sentiasa membuat diri tersenyum memerhatikan langkah-langkah yang pernah di lalui.

Empat bulan pertama di tahun 2011,

Merupakan empat bulan terakhir perjalan di bumi bertuah ini. Diri ini telah diberi amanah sebagai Guru Kanan Jabatan Penilaian dan Peperiksaan. Terima kasih ku ucapkan kepada mentorku Kak Halawiyah dan Kak Suraya yang telah banyak memberi tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sepanjang menjalankan tugas di dalam bilik ‘kebal’ itu.

Err…agaknya pokok kacang (baki eksperimen dengan anak-anak darjah 1) ada lagi tak kat dalam pasu depan pejabat kita tu?

4 April 2011,

12 hari setelah langkah ini kubawa pergi meninggalkan sekolah, akan sentiasa berdoa agar diri kita semua sentiasa dilindungi di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Anak-anak dan rakan-rakan seperjuangan sekalian,

Maafkan diri atas kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan. Diharap agar ukhuwwah yang terjalin ini akan berkekalan dan di rahmati Ar- Rahman.