Kelmarin, Rabu, 16 September 2009, appoinment ku ke sekian kalinya dengan pakar orthopaedic di KPJ Kajang Specialist. Seperti biasa, mama yang sudah mula cuti Raya setia menemani aku. Syukran ya Ummi.
***
Jam 10:15, Setelah menyerahkan kad temujanji di kaunter pendaftaran, dengan sabarnya seperti selalu duduk di dapan bilik no.10. Sambil menanti, mataku cuba memahami cerita yang sedang ditayangkan di skrin televisyen (seperti selalu, tiada suara. Namun cuba juga aku memahami jalan cerita melalui sari kata yang diber). Sekejap jua mataku beralih pada buku crossword puzzle yg aku bawa (hehe..seperti biasa, mama juga yg bantu sudahkannya-baru nak berjinak2 ok).
***
10:30am giliranku untuk berjumpa Dr. Mazlan. Seperti selalu, kehadiran disambut dengan salam dan senyuman. Setelah berbincang mengenai keadaan semasa diri, nasihat, preskripsi, aku meminta izin untuk keluar. Appoinment seterusnya dalam jangka masa 2 minggu/ bila perlu. Syukran ya tobib...
***
Sakit yang aku alami akibat daripada jatuh dari tangga ketika berada di tingkatan 5 dahulu namun, baru kini terasa sakitnya. Pernah semasa berada di tahun pertama pengajian UIA, aku dirujuk kepada Neurosurgeon, Dr Abu Salim di Hospital PUSRAWI kerna tika itu aku mengalami kekebasan di bahagian tangan dan kaki. Tiada sebarang syak langsung ianya ada kaitan dengan kemalangan yang pernah aku alami itu. Hati ku hanya terbuka dan tergerak untuk betemu dengan pakar Orthopaedic/ tulang pada tahun ini. Ya. Setelah 5 tahun. Pabila kesakitan mula menunjukkan 'muka'.
***
Sejujurnya aku katakan, kadangkala aku seperti putus harapan setelah pelbagai jenis rawatan telah dicuba namun belum satu pun yang benar-benar menampakkan kesannya. Ubat hospital, akupuntur, bekam, homopati,herba. Jika ada dengar rawatan baru yang boleh membantu, pasti mama akan membawa aku untuk cuba berubat. Terima kasih Ya Allah ats kurniaan seorang ibu yang tabah dan penyanyang dan sabar melayani karenah anaknya ini.
Aku teringat bulan Mei lalu, sehari setelah keluar dari wad dan dalam perjalan ke Singapura, aku tiba-tiba merasa kesakitan yang amat pada tulang belakang ku ini hingga menitis air mata. Namun, aku yang menjadi 'co-pilot' mama tika itu tidak mampu menoleh pada mama untuk menunjukkan muka. Tidak mahu mama susah. Namun, hati ibu. Mama memberhentikan kereta seketika dan mengurut untuk meredakan kesakitan ku ini.
***
Namun, aku tetap bersyukkur padaNYA Yang Maha Esa kerana, dalam kesakitan yang ku alami, aku masih di beri kekuatan untuk menunaikan ibadah (walau kadangkala terpaksa menunaikan sembahyang dalam keadaan duduk). Ya Allah! Terima lah ibadah hambaMU yang lemah ini...
Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dari pakar & hospital yang selesa & terbaik. Walau terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar bil doktor, ubatan, wad, aku sangat berpuas hati atas perkhidmatan baik yang diberi. Saban hari, jika membuka surat khabar, pasti ada insan yang kurang bernasib baik menagih simpati dan bantuan masyarakat untuk rawatan anak/ ahli keluarga. Ya Allah! Kurniakanlah mereka kekuatan & ketabahan untuk menjalani hidup di bumi MU. Murahkanlah rezeki mereka agar dapat mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahu apa yang terbaik buat hamba-hambaMU Ya Allah....
Aku sangat2 bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sugguh penyabar dalam melayan anak nya ini. Aku tahu mama sering dihambat dengan tugasan di pejabat. Tetapi, kadangkala aku rasa bersalah kerana kadangkala mama terpaksa keluar sebentar pada waktu pejabat untuk membawaku 'check-up' di hospital.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan nikmat hidup ini Ya Allah.. (",).
Aku benar-benar rasa tenang dan bahagia melihat keluarga saadahku...
P/S: Teringat Dr Abu cakap dulu..."haih kamu ni. Sakit selalu. Kawin je la." Aik. Macam orang dulu2 pula. Opss...
-Kak Mus pernah kata, lepas dia kahwin je, athma di kurang. So?
No comments:
Post a Comment