Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 24, 2009

Kisah Raya

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah Syawwal dah menjengah hari ke-5. Sehari sebelum raya, tiba di kampung belah ayah di Tongkang Pechah, Batu Pahat. Hmmm...dah berapa lama agaknya tidak balik kampung semenjak perjalanan ke Singapura hujung Mei lalu. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan mak atok, sepupu sepapat, makcik pakcik dan orang-orang kampung (haa...tapi bukan satu Batu Pahat ye). Tengah hari Syawwal the 2nd (hehe..mcm tajuk filem pula) bertolak ke kampung belah mama pula di Muar. Syawwal ke-3 baru pulang semula ke Bangi (ke Kajang eh-bak kata Adik).

1- Erti raya:

- kemenangan buat mereka yang berjuang di bulan Ramadhan al- Mubaraq. Ini digambarkan dengan gema takbir yang dilaungkan tanda kemenangan dan kesyukuran. Allahuakbar...Allahuakbar. Teringat masa kecil-kecil dulu, orang selalu kata "orang tak puasa, tak boleh raya". Ha. Ye la. Tak acilah kan?

2- Ziarah pusara:
-Selepas solat raya, ziarah pusara atok Mat yang telah pulang ke rahmatullah pada September 2007 dan juga uncle Yusof yang telah kembali ke pangkuanNYA pada tahun 1994. Al- Fatihah buat mereka. Ingatlah...mati itu datang dengan tiba-tiba. Tidak pasti bilakah waktunya. Bersedialah...

3- Persiapan raya:

a- Baju raya: Tahun ni aku pecah rekod untuk diri sendiri. Kali pertama baju raya ada 4 pasang. 3 beli guna duit sendiri dan 1 cik bagi. Terima kasih byk ('',). Bukan baju raya sebanarnya pun sebab kebetulan aku perlu 'replace wadrobe' yang sudah tiba masanya. Baju-baju yang aku ada, itu lah yang dipakai untuk ke kuliah, itulah yang dipakai untuk pulang ke rumah, itulah yang dipakai nak ke kedai. Selagi masih elok, pakai la. Tak baik membazir kan? Lagi pun, baru nak belajar balik pakai baju kurung. Orang dok challenge aku. Depa kata asyik pakai jubah je. Tak pelah. Asal aku yakin masih dalam batas yang dibenarkan syara'.

b- Kasut raya: Tak ada istilah ini bagi aku. Sebab, aku ni susah nak cari saiz (Mil tak percaya bila aku kata saiz kasut/ selipar aku 3 1/2 atau 4-tau la kaki dia saiz 9). Sekali dah dapat yang selesa, itu la yang aku pakai untuk ke mana-mana. Tahun ni pun, masa petang sebelum raya, mama yang perasan sandal aku dah nak tercabut dan malam lepas Isya pi kejap Parkson untuk cari yang baru.

c- Kuih raya: Tak beli. Buat sendiri lagi jimat. Kalau beli satu balang sekurang-kurangnya harga dia RM 20 untuk 50 biji. Lagipun, buat sendiri lagi 'fresh'. Dapat lah buat chocolate chips cookies & meringue (mama selalunya akan masak kalau ada tetamu yang nak bertandang).

3- Duit raya:
- Alhamdulillah rezeki. Dah besar ni pun ada lagi yang sudi bagi duit raya. Tapi masa nak hulur, depa mesti tanya "belajar lagi kan?''. Pak cik kat Bank Muamalat UIA mesti sengih je kalau aku masuk nak deposit duit. Dah la selalu 'susahkan' depa bila aku nak simpan koleksi duit syiling aku. Ala pakcik...simpanan. Tahun depan pula macam mana ye? Agak nya pelajar Masters level dapat sumbangan duit raya lagi tak? Ke aku kerja dulu dan dah kena beri sumbangan pula? Tak pun....opss.

4- Soalan cepucemas:

- Kak Azra kata " Moga Mahirah cepat-cepat kahwin". Mak cik Enah pula kata "Ha...macam kuat dah angin kata ada orang nak kahwin''.
- Adik sepupu, Muhammad pula kata " Kak Mahirah, tok Utih (atok saudara) dah ada cicit. Kak Mahirah kahwin la cepat bagi tok Badariah cicit"
- Kesimpulannya...
- bagi peluang dulu kat kakak-kakak dan abang-abang sepupu belah ayah 'naik
'pelamin dulu'. Hormat...hehe
- hah. Depa tak sabar nak sponsor apa dok tanya-tanya ni. Penat aku nak jawab
- Calon pun tak jumpa lagi. Allah knows best. Moga dipertemukan dengan insan yang
diredhai Allah S.W.T
- Allah knows best.

Akhirul kalam, Eid Mubaraq ilaikum...('',)

No comments: