Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, September 24, 2009

Kisah Raya

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah Syawwal dah menjengah hari ke-5. Sehari sebelum raya, tiba di kampung belah ayah di Tongkang Pechah, Batu Pahat. Hmmm...dah berapa lama agaknya tidak balik kampung semenjak perjalanan ke Singapura hujung Mei lalu. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan mak atok, sepupu sepapat, makcik pakcik dan orang-orang kampung (haa...tapi bukan satu Batu Pahat ye). Tengah hari Syawwal the 2nd (hehe..mcm tajuk filem pula) bertolak ke kampung belah mama pula di Muar. Syawwal ke-3 baru pulang semula ke Bangi (ke Kajang eh-bak kata Adik).

1- Erti raya:

- kemenangan buat mereka yang berjuang di bulan Ramadhan al- Mubaraq. Ini digambarkan dengan gema takbir yang dilaungkan tanda kemenangan dan kesyukuran. Allahuakbar...Allahuakbar. Teringat masa kecil-kecil dulu, orang selalu kata "orang tak puasa, tak boleh raya". Ha. Ye la. Tak acilah kan?

2- Ziarah pusara:
-Selepas solat raya, ziarah pusara atok Mat yang telah pulang ke rahmatullah pada September 2007 dan juga uncle Yusof yang telah kembali ke pangkuanNYA pada tahun 1994. Al- Fatihah buat mereka. Ingatlah...mati itu datang dengan tiba-tiba. Tidak pasti bilakah waktunya. Bersedialah...

3- Persiapan raya:

a- Baju raya: Tahun ni aku pecah rekod untuk diri sendiri. Kali pertama baju raya ada 4 pasang. 3 beli guna duit sendiri dan 1 cik bagi. Terima kasih byk ('',). Bukan baju raya sebanarnya pun sebab kebetulan aku perlu 'replace wadrobe' yang sudah tiba masanya. Baju-baju yang aku ada, itu lah yang dipakai untuk ke kuliah, itulah yang dipakai untuk pulang ke rumah, itulah yang dipakai nak ke kedai. Selagi masih elok, pakai la. Tak baik membazir kan? Lagi pun, baru nak belajar balik pakai baju kurung. Orang dok challenge aku. Depa kata asyik pakai jubah je. Tak pelah. Asal aku yakin masih dalam batas yang dibenarkan syara'.

b- Kasut raya: Tak ada istilah ini bagi aku. Sebab, aku ni susah nak cari saiz (Mil tak percaya bila aku kata saiz kasut/ selipar aku 3 1/2 atau 4-tau la kaki dia saiz 9). Sekali dah dapat yang selesa, itu la yang aku pakai untuk ke mana-mana. Tahun ni pun, masa petang sebelum raya, mama yang perasan sandal aku dah nak tercabut dan malam lepas Isya pi kejap Parkson untuk cari yang baru.

c- Kuih raya: Tak beli. Buat sendiri lagi jimat. Kalau beli satu balang sekurang-kurangnya harga dia RM 20 untuk 50 biji. Lagipun, buat sendiri lagi 'fresh'. Dapat lah buat chocolate chips cookies & meringue (mama selalunya akan masak kalau ada tetamu yang nak bertandang).

3- Duit raya:
- Alhamdulillah rezeki. Dah besar ni pun ada lagi yang sudi bagi duit raya. Tapi masa nak hulur, depa mesti tanya "belajar lagi kan?''. Pak cik kat Bank Muamalat UIA mesti sengih je kalau aku masuk nak deposit duit. Dah la selalu 'susahkan' depa bila aku nak simpan koleksi duit syiling aku. Ala pakcik...simpanan. Tahun depan pula macam mana ye? Agak nya pelajar Masters level dapat sumbangan duit raya lagi tak? Ke aku kerja dulu dan dah kena beri sumbangan pula? Tak pun....opss.

4- Soalan cepucemas:

- Kak Azra kata " Moga Mahirah cepat-cepat kahwin". Mak cik Enah pula kata "Ha...macam kuat dah angin kata ada orang nak kahwin''.
- Adik sepupu, Muhammad pula kata " Kak Mahirah, tok Utih (atok saudara) dah ada cicit. Kak Mahirah kahwin la cepat bagi tok Badariah cicit"
- Kesimpulannya...
- bagi peluang dulu kat kakak-kakak dan abang-abang sepupu belah ayah 'naik
'pelamin dulu'. Hormat...hehe
- hah. Depa tak sabar nak sponsor apa dok tanya-tanya ni. Penat aku nak jawab
- Calon pun tak jumpa lagi. Allah knows best. Moga dipertemukan dengan insan yang
diredhai Allah S.W.T
- Allah knows best.

Akhirul kalam, Eid Mubaraq ilaikum...('',)

Eid 2009@ Batu Pahat


paparazis

mamarazis

cucu-cucu puan hajah salmah

sebahagian daripada kaum bapa & anak-anak teruna

mama, tok salmah, ayah, me, and adik

Tuesday, September 22, 2009

Manusia & Persoalan

dari:mujahidahsafya@al-hamra
Bismillahirrahmanirahim...

Manusia
Tidak pernah lepas dari persoalan
Menanyakan soalan
Atau menjawab pertanyaan
Tentang hidup
Jiwa dan dunia
Tentang nafas
Hati dan alam sana

Tika masih bayi
Orang pasti tertanya-tanya
Bilakah si kecil ini akan mula meniarap
Merangkak dan seterusnya mengorak langkah

Pabila sudah mula bertatih
Manusia akan bertanya pula
Bilakah anak itu akan mula menutur butir katanya yang pertama
Bilakah anak itu akan menyebut 'ibu' dan 'ayah'
Bilakah anak itu akan pintar membaca

Melangah ke alam sekolah
Pasti si anak akan ditanya
Apakah yang diajar oleh guru
Siapakah rakan-rakan sepermainanya
Berapa kedudukan di ujian dan jua peperiksaan

Tika si anak di alam menengah
Pasti dia akan ditanya
Aliran apa yang akan di ambil
Tentang impian dan cita-cita

Di dunia IPT
Si anak akan ditanya lagi
Apakah bidang yang diceburi
Namun...
Kadangkala tiada siapa yang endah
Akan cita-cita yang sebenar di sanubari

Tiba saat segulung ijazah sudah dimiliki
Si anak akan ditanya
Sudahkah dia mendapat pekerjaan
Sebagai saraan diri dan keluarga

Saat di rasakan anak itu sudah matang
Ditanya pula akan berumah tangga

Bila sudah menikah
Ditanya pula bilakah akan menimang cahaya mata
Sebagai penyeri hidup berkeluarga

Namun
Pabila si anak sudah menginjak usia senja
Dia hanya ditanya
Berapakah harta yang dimilikinya

Jarang dia ditanya (jua pada dirinya sendiri)
Sudah cukupkah amalan yang dilakukanya
Sudah sempurnakah ibadah yang diamalkan sepanjang nafasnya

Dia hanya menyedari
Dia lupa untuk bertanya
Pabila dua malaikat mengunjungi
Di alam kubur kemudian hari
Tentang amalan buat bekalan
Di akhirat nanti

Friday, September 18, 2009

Pabila diri merasa sakit...panjatkan jua syukur padaNYA

Kelmarin, Rabu, 16 September 2009, appoinment ku ke sekian kalinya dengan pakar orthopaedic di KPJ Kajang Specialist. Seperti biasa, mama yang sudah mula cuti Raya setia menemani aku. Syukran ya Ummi.
***

Jam 10:15, Setelah menyerahkan kad temujanji di kaunter pendaftaran, dengan sabarnya seperti selalu duduk di dapan bilik no.10. Sambil menanti, mataku cuba memahami cerita yang sedang ditayangkan di skrin televisyen (seperti selalu, tiada suara. Namun cuba juga aku memahami jalan cerita melalui sari kata yang diber). Sekejap jua mataku beralih pada buku crossword puzzle yg aku bawa (hehe..seperti biasa, mama juga yg bantu sudahkannya-baru nak berjinak2 ok).
***

10:30am giliranku untuk berjumpa Dr. Mazlan. Seperti selalu, kehadiran disambut dengan salam dan senyuman. Setelah berbincang mengenai keadaan semasa diri, nasihat, preskripsi, aku meminta izin untuk keluar. Appoinment seterusnya dalam jangka masa 2 minggu/ bila perlu. Syukran ya tobib...
***

Sakit yang aku alami akibat daripada jatuh dari tangga ketika berada di tingkatan 5 dahulu namun, baru kini terasa sakitnya. Pernah semasa berada di tahun pertama pengajian UIA, aku dirujuk kepada Neurosurgeon, Dr Abu Salim di Hospital PUSRAWI kerna tika itu aku mengalami kekebasan di bahagian tangan dan kaki. Tiada sebarang syak langsung ianya ada kaitan dengan kemalangan yang pernah aku alami itu. Hati ku hanya terbuka dan tergerak untuk betemu dengan pakar Orthopaedic/ tulang pada tahun ini. Ya. Setelah 5 tahun. Pabila kesakitan mula menunjukkan 'muka'.
***

Sejujurnya aku katakan, kadangkala aku seperti putus harapan setelah pelbagai jenis rawatan telah dicuba namun belum satu pun yang benar-benar menampakkan kesannya. Ubat hospital, akupuntur, bekam, homopati,herba. Jika ada dengar rawatan baru yang boleh membantu, pasti mama akan membawa aku untuk cuba berubat. Terima kasih Ya Allah ats kurniaan seorang ibu yang tabah dan penyanyang dan sabar melayani karenah anaknya ini.

Aku teringat bulan Mei lalu, sehari setelah keluar dari wad dan dalam perjalan ke Singapura, aku tiba-tiba merasa kesakitan yang amat pada tulang belakang ku ini hingga menitis air mata. Namun, aku yang menjadi 'co-pilot' mama tika itu tidak mampu menoleh pada mama untuk menunjukkan muka. Tidak mahu mama susah. Namun, hati ibu. Mama memberhentikan kereta seketika dan mengurut untuk meredakan kesakitan ku ini.
***

Namun, aku tetap bersyukkur padaNYA Yang Maha Esa kerana, dalam kesakitan yang ku alami, aku masih di beri kekuatan untuk menunaikan ibadah (walau kadangkala terpaksa menunaikan sembahyang dalam keadaan duduk). Ya Allah! Terima lah ibadah hambaMU yang lemah ini...

Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mendapatkan rawatan dari pakar & hospital yang selesa & terbaik. Walau terpaksa mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar bil doktor, ubatan, wad, aku sangat berpuas hati atas perkhidmatan baik yang diberi. Saban hari, jika membuka surat khabar, pasti ada insan yang kurang bernasib baik menagih simpati dan bantuan masyarakat untuk rawatan anak/ ahli keluarga. Ya Allah! Kurniakanlah mereka kekuatan & ketabahan untuk menjalani hidup di bumi MU. Murahkanlah rezeki mereka agar dapat mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahu apa yang terbaik buat hamba-hambaMU Ya Allah....

Aku sangat2 bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sugguh penyabar dalam melayan anak nya ini. Aku tahu mama sering dihambat dengan tugasan di pejabat. Tetapi, kadangkala aku rasa bersalah kerana kadangkala mama terpaksa keluar sebentar pada waktu pejabat untuk membawaku 'check-up' di hospital.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan nikmat hidup ini Ya Allah.. (",).

Aku benar-benar rasa tenang dan bahagia melihat keluarga saadahku...

P/S: Teringat Dr Abu cakap dulu..."haih kamu ni. Sakit selalu. Kawin je la." Aik. Macam orang dulu2 pula. Opss...
-Kak Mus pernah kata, lepas dia kahwin je, athma di kurang. So?

Friday, September 4, 2009

Hectic

Bismillahirrahmanirrahim...

Eh...dah minggu ke berapa ya ni? Dah lost track. Tak sempat kira. Kalender kat meja studi pun tak sempat di flip-walau September menjengah wajahnya. Mata ni pun separuh terbuka je. Mana taknya. Semalam hanya berksempatan untuk melelapkan mata untuk 2 jam sahaja. Hari ini pula, ada 2 fasa eksperimen 2 yang perlu di jalankan. 9:50am dan juga pada 6:30 pm. Ya Allah....bantulah hambaMU yang lemah ini. Kurniakanlah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan yang berduyun tiba. Moga tiada suatu saat yang berlalu tanpa aku mengingatiMU. Namun, sesibuk mana pun mengusruskan urusan dunia ini, aku tetap bersyukur. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bukan semua insan berpeluang untuk menadah ilmu di bumi UIA yang bertuah ini. Alhamdulillah.

Antara tugasan yang perlu di selesaikan sebelum cuti raya:

1- Jewish Influence on Frued's theory utk Undergraduate Seminar
2- Role play untuk Counseling
3- Presentation Slides untuk L.O.P
4- Motivation in wearing and maintaining the hijab untuk Qualitative
5- Experimental Report 5
6- Memory of Al- Huffaz untuk Cognitive.

(p/s: tak termasuk kerja 'kecik2' dan yang sewaktu dengannya)

Semua perlu dihantar seminggu selepas seminggu pulang dari cuti raya. Aku nak raya. Tak nak pegang buku. Tidak mahu jadi seperti SPM dahulu. Seminggu sebelum raya 1 part, lepas Raya sambung lagi. Gambar raya pun muka tension je.

Sabar2. Ada hikmahnya...

Rabbi Yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bikhair.

Amin...