Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 26, 2009

Dunia yang ku rindui...

Bismillahirrahmanirrahim…UIA kini di ambang peperiksaan.Yes…next week. Ready? Kemudian…cuti…cuti…cuti. Suka sangat.(Kata hati: Uitt…exam dulu la…budak ni pun) Nak buat apa yea?Susah gak nak buat rancangan ni. Firstly, pergi Book Fair kat PWTC la. 17th-26th April. Ingat nak ajak member2 G4 konvoi. Haa…reunion pun lama tak buat. Secondly, sambung kembali driving class yang dah lama tertangguh. Don’t ever ask why.
Actually, nak jugak mengajar seperti cuti-cuti sebelum ni tapi tak pe la. Test mood cuti kat rumah pula. Waa…rindunya pada dunia itu….

*****
December 2004/ Jan 2005-April 2005

Yang aku ingat, masa itu, kami akan menghadapi paper Matematik SPM. Pengerusi sekolah tanya/offer kat aku ‘nak tak mengajar kat Al- Amin?’. Tak jawab terus tapi excited gak ni. Telefon mama tanya pendapat& minta izin. Alhamdulillah keinginan direstui. Habis semua paper SPM, masih dalam bulan Syawwal, aku hanya sempat ikut konvoi ke 2-3 rumah aja kerana perlu menghadiri mesyuarat kat sekolah. Plan & etc untuk tahun mengajar 2005. Aku diberi amanah untuk mengajar kelas2 tahap 1 Science, English, Qiraati & Seni. Baru aku rasa betapa beratnya tugas cikgu2 aku mendidik ku selama ni. Banyak2 songeh dan perangai. Student 1-Jihad. Paling kuat menangis masa orientasi darjah 1. Tapi,bila dah lama…paling berani & pot-pet,pot-pet. Student 2- Hajar. Sampai ke sudah susah nak pisah dengan mak dia pagi2. Aku jugak la yang dia nak suh pujuk. Tak kurang juga yang aktif sampai penat aku kejar…Apa2 pun, aku tetap sayang kat depa semua.

Aku ingat, ada suatu ketika aku diserang gastrik tapi aku tetap gagahkan diri untuk menghadirkan diri ke kelas walau terpaksa mengajar dalam keadaan duduk. Aku ingat, sampai kena solat 3 waktu dalm keadaan duduk-Asar,Maghrib, Isyak kerana terlalu sakit. Asalkan aku dapat melihat wajah suci anak-anak itu. Asal aku dapat melihat mereka khusuyk menulis dan mewarna dalam buku kerja. Ha. Pasal buku ni pun satu. Ada yang terlalu rajin sampai tak sempat disruh, dah dibuat satu workbook tu. Harap2 semangat depa ni berpanjangan. Cikgu bagi homework buat…

*****
April- Jun 2008

Peluang mengajar di alma mater ku- SRI Al- Ummah. Bahagia rasanya dapat kembali di bumi bertuah ini. Paling terharu aku diamanahkan untuk menggantikan tempat cikgu English aku, Teacher Yusnariah, yang sedang berpantang. Subjek English untuk darjah 2 & 5, Science darjah 2&6. Tak sangka dapat tulis dalam buku rancangan miliknya. Tapi aku tahu. Tanpa beliau, tiadalah aku yang kini berdiri di sini. Seronok sangat dapat jumpa kembali Ustazah Mahfuzah. Cikgu Arab aku. Haha. Teringat kadang kena rotan sebab tak hafal Nahu/ Sorof.


Kat sini, lagi bagi cabaranya sebab aku mengajar sekali pelajar2 tahap 2 yang tentunya perkembangan kognitif mereka berbeza dari anak-anak tahap 1. Lagi banyak songeh & 1001 animasi dunia kanak2. Macam aku dulu2 gak lah kot… Time jaga depa solat, depa makan, tengok masa balik. Masa depa exam lagi best. Aku ingat lagi ada student tanya (time tu depa exam math tak silap) “ Teacher. Macam mana nak buat soalan ni?’” Haduih. Depa ni. Soalan tak baca abis lagi nak tanya aku.Haa… aku pun dengan selumbernya jawab “Macam ni. Kamu ambil tepung. Campur dengan gula, telur…”. Aik. Macam nak buat kuih pula. Tapi ye la.Tak kan nak bagi tau formula math kot. Ish…Ish…

Paling best masa 1st day report kerja (11-13 April) aku dah kena hantar pi out-station. Ha. Jaga pengawas2 sekolah menghadiri kem kepimpinan di Janda Baik. Dapat aku kenal sebahagian pelajar2 sebelum aku memulakan pengajaran kelak. Balik kem aku kena demam. 2 hari tak mengajar (psst…1st day patut mengajar pula tu). Hati aku berkata2 lagi: Apa daa cikgu ni..

Hari Guru 2008. Owh. Kalau boleh aku tak mahu hari tu tiba. Sebab aku tahu aku akan berpisah dengan mereka. Sekolah buat sambutan lambat sedikit lepas depa exam. 24 Mei. Macam dpt2. Tapi itu semua tak penting. Asal aku dapat melihat sinaran dari mata mereka…Bahagia sekali bila dapat hadiah buku masa tukar2 hadiah antara guru.

****

Fakta2 penting:

1) Buku rancangan mengajar:
- Paling jenuh & penat untuk diisi dan perlu di periksa oleh guru besar tiap Jumaat. Tapi berat jugak sebab kena plan betul2 apa ilmu yang perlu & akan dikongsi bersama pelajar

2) Mesyuarat
- Sebulan sekali. Kalau ada benda penting, macam lawatan & dsb, almost everyday sampai hari acara. Kena tahan telinga dengar Ahli Lembaga & Pengetua pesan etc…peringatan…peringatan..

3) Makanan
- Especially masa lunch. Best sebab free. Hehe. Jimat gaji.

4) Kawan2 kerja
- Terima kasih2 banyak2 sebab bayak beri tunjuk ajar pada aku cikgu muda ni. Selok-belok, asam garam dunia pendidikan…

5) Peperiksaan
- Peringkat pertama: Buat dan compile soalan2. Peringkat kedua: Jaga exam & tengok ragam mereka dalam dewan. Peringkat ketiga: Pening baca jawapan yg warna- warni & marking. Peringkat keempat: Key-in markah & bagi kat guru kelas. Peringkat kelima: Bagi report card pelajar kat pengetua utk di sign. Peringkat keenam: Jumpa parents masa report card day. Penat kan?

6) Gaji
- Masa yang dinanti-nanti. Ada lah dapat rezeki sikit. Tak kisah sgt pun. Hehe. Saja nak feel macam mana rasa orang dapat gaji.

Jika diizinkanNYA, aku ingin kembali semula berkhidmat setelah tamat pengajian kelak. Semoga ilmu yang dikongsi bersama mendapat rahmat & berkat dari Yang Maha Esa...Ameen.

No comments: