Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 28, 2009

Dialog hati

-a short dialogue happen between Miss Zainab & her heart at room 4.1 Asiah….


Hati: Assalamualaikum Cik Xai. Apa khabar?
Xai: Wa’alaikum salam. Khabar baik, Alhamdulillah.
Hati:Terima kasih kerna beri peluang untuk di temuramah pada hari ini.
Xai: Sama2. Uit. Ko bukan hari2 ada dgn aku ke? Hari2 ko tahu apa yg aku buat. Nak interview apa lg nye…
Hati: Saja nak borak2 tanya pendapat…
Xai: Ok2. Jgn lama2 tau. I busy ni. Exam around the corner je…
Hati: Tau…muka ko pun dah nampak tensen semacam pun…
Xai: Tumpu perhatian la…
Hati: Eleh… Tak nak mengaku lah tu….


Hati: Apa perasaan cik setelah 3 tahun berada di bumi UIA ni?
Xai: Alhamdulillah…rasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjalanan di Garden of Knowledge & Virtue walau menghadapi pelbagai jenis cabaran dan dugaan.

Hati: Seperti?
Xai: Cabaran utama bermula di matrix masa ketika hendak memilih bidang Human Science@ Psyc sebagai bidang pengajian. Ditentang dan disoal songeh oleh kwn sekolah. Mereka kata dgn keputusan SPM yg selesa & baik patut pilih bidang2 seperti Ekonomi, Undang2, etc…Tapi aku tak peduli. Dah aku yang minat & suka. Mama dan papa pun dah beri kebebasan utuk pilih bidang…

Hati: Owh…lagi?
Xai: Kuliah. Kena disiplin tinggi untuk menghadirkan diri ke tiap2 kelas walaupun kadangkala rasa berat & sedikit malas. Kena kuatkan hati. Hehe. Hujan atau panas, akan ku redah jua. Assignment. Perlu komitmen & disiplin yang tinggi dari semua ahli kumpulan. Test & exam…perlukah aku komen? Tidaakkk!

Hati: Tenang2. Kawan2?
Xai: Kawan2 Alhamdulillah. Best sangat dapat rakan seperjuangan yang banyak menyokong & sporting. Sekalung budi dihadiakan buat member2 ku Yeni, Amni, Chah, Mieza, Mira, Alynn, Aimi, Shima, Diana…

Hati:So, how did you deal & overcome with all the conflicts & problem (alah…BI la pula)?
Xai: The main thing as a muslim is pray to Allah for strength & courage. Smile (‘’,). Kemudian, cari kucing kat mahallah ni to cakap2 *even depa tak paham pun*.

Hati: Ish2…tempat yang paling best di UIA ni?
Xai: My room at the mahallah of course. Tempat untuk melepaskan lelah & penat setelah seharian memerah tenaga.

Hati: Perancangan kerjaya?
Xai: Minat nak sambung balik kerjaya dalam bidang perguruan & pendidikan. Atau karier yang boleh aku bahagi masa dengan baik untuk family. Ngeri baca berita ada hantar anak pergi pengasuh then kena dera &terjadi macam2…nauzubillah… Lagipun aku sangat suka dgn budak2.

Hati: Your most memorable moment?
Xai: Hmm…masa head department tika itu, Prof Noraini approve permohonan aku untuk major dalam psyc. Lagi…bila kelas hari sabtu (CCAC Subjects) baru je tamat. Lalala….balik rumah awal la best… Dan juga baru2 ni berpeluang untuk mewawancara deputy rector, Dato’ Hamidon untuk project HR tentang “Qualities of A Leader”.
Hati: Ahemm…adeh. Sakit pula tekak aku ni…

Xai: Apa dia? Ada la tu nk korek rahsia.
Hati: Kan aku dah kata. Walau hari2 ada dgn cik, ada perkara yang mungkin tidak aku ketahui…
Xai: Owh…pada bintang itu yang aku malu menyatakan…Uih. Rahsia la.

Hati: Yela…yelah. Ok. Maaf kerana telah mengambil masa cik. Terima kasih sekali lagi pihak kami ucapkan kerna sudi meluangkan masa.
Xai: Sama2. Haa…aku buat Sharing Moment pun soalan tak banyak macam ko tanya ni.Tu pun untuk 2 ahli panel tau tak.
Hati: Maaf cik…

No comments: