Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 28, 2009

You Raise Me Up

Utk someone...('',)

YOU RAISE ME UP


When I am down
And hold my soul so weary
When troubles come
And my heart burdened me
Then I am still, waiting in silences
Until you come and stay awhile with me

Chorus:
You raise me up
So I can stand on mountain
You raise me up
To walk on stormy seas
I am strong when I am on your shoulder
You raise me up
To more than I can be
(repeat 4x)

Dialog hati

-a short dialogue happen between Miss Zainab & her heart at room 4.1 Asiah….


Hati: Assalamualaikum Cik Xai. Apa khabar?
Xai: Wa’alaikum salam. Khabar baik, Alhamdulillah.
Hati:Terima kasih kerna beri peluang untuk di temuramah pada hari ini.
Xai: Sama2. Uit. Ko bukan hari2 ada dgn aku ke? Hari2 ko tahu apa yg aku buat. Nak interview apa lg nye…
Hati: Saja nak borak2 tanya pendapat…
Xai: Ok2. Jgn lama2 tau. I busy ni. Exam around the corner je…
Hati: Tau…muka ko pun dah nampak tensen semacam pun…
Xai: Tumpu perhatian la…
Hati: Eleh… Tak nak mengaku lah tu….


Hati: Apa perasaan cik setelah 3 tahun berada di bumi UIA ni?
Xai: Alhamdulillah…rasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk meneruskan perjalanan di Garden of Knowledge & Virtue walau menghadapi pelbagai jenis cabaran dan dugaan.

Hati: Seperti?
Xai: Cabaran utama bermula di matrix masa ketika hendak memilih bidang Human Science@ Psyc sebagai bidang pengajian. Ditentang dan disoal songeh oleh kwn sekolah. Mereka kata dgn keputusan SPM yg selesa & baik patut pilih bidang2 seperti Ekonomi, Undang2, etc…Tapi aku tak peduli. Dah aku yang minat & suka. Mama dan papa pun dah beri kebebasan utuk pilih bidang…

Hati: Owh…lagi?
Xai: Kuliah. Kena disiplin tinggi untuk menghadirkan diri ke tiap2 kelas walaupun kadangkala rasa berat & sedikit malas. Kena kuatkan hati. Hehe. Hujan atau panas, akan ku redah jua. Assignment. Perlu komitmen & disiplin yang tinggi dari semua ahli kumpulan. Test & exam…perlukah aku komen? Tidaakkk!

Hati: Tenang2. Kawan2?
Xai: Kawan2 Alhamdulillah. Best sangat dapat rakan seperjuangan yang banyak menyokong & sporting. Sekalung budi dihadiakan buat member2 ku Yeni, Amni, Chah, Mieza, Mira, Alynn, Aimi, Shima, Diana…

Hati:So, how did you deal & overcome with all the conflicts & problem (alah…BI la pula)?
Xai: The main thing as a muslim is pray to Allah for strength & courage. Smile (‘’,). Kemudian, cari kucing kat mahallah ni to cakap2 *even depa tak paham pun*.

Hati: Ish2…tempat yang paling best di UIA ni?
Xai: My room at the mahallah of course. Tempat untuk melepaskan lelah & penat setelah seharian memerah tenaga.

Hati: Perancangan kerjaya?
Xai: Minat nak sambung balik kerjaya dalam bidang perguruan & pendidikan. Atau karier yang boleh aku bahagi masa dengan baik untuk family. Ngeri baca berita ada hantar anak pergi pengasuh then kena dera &terjadi macam2…nauzubillah… Lagipun aku sangat suka dgn budak2.

Hati: Your most memorable moment?
Xai: Hmm…masa head department tika itu, Prof Noraini approve permohonan aku untuk major dalam psyc. Lagi…bila kelas hari sabtu (CCAC Subjects) baru je tamat. Lalala….balik rumah awal la best… Dan juga baru2 ni berpeluang untuk mewawancara deputy rector, Dato’ Hamidon untuk project HR tentang “Qualities of A Leader”.
Hati: Ahemm…adeh. Sakit pula tekak aku ni…

Xai: Apa dia? Ada la tu nk korek rahsia.
Hati: Kan aku dah kata. Walau hari2 ada dgn cik, ada perkara yang mungkin tidak aku ketahui…
Xai: Owh…pada bintang itu yang aku malu menyatakan…Uih. Rahsia la.

Hati: Yela…yelah. Ok. Maaf kerana telah mengambil masa cik. Terima kasih sekali lagi pihak kami ucapkan kerna sudi meluangkan masa.
Xai: Sama2. Haa…aku buat Sharing Moment pun soalan tak banyak macam ko tanya ni.Tu pun untuk 2 ahli panel tau tak.
Hati: Maaf cik…

Thursday, March 26, 2009

Words for exam...

Exam is comming in less than a week time! It's coming...it's coming..2/4:Lab-based stats. 3/4:Cross-cultural.6/4: Psychometric. 13/4: HR and finally...16/4: Cognitive. Strategy bermula...mari2. Jom buka buku sama kawan2.

To Mama, papa, adik. Thanks for all the support & courage. Maafkan akak andai masih belum mampu jadi anak & kakak yg baik (kata hati:be a good girl lah...)

Buat kawan2... geng2 G4 , UIA'ans, others... Sama2 kita teruskan langkah yang masih jauh ini.

Not to forget...CSD staffs & counselors. Terima kasih izinkan diri ini melepaskan lelah sebentar di office yg cosy itu. Afwan 'ala kullu haal andainya ada silap & salah. Apa yang dipelajari...directly & indirectly byk membuka mata utk melihat dunia dengan lebih luas lagi...dan terbang lebih jauh..lalalala

Lastly...my hamster Hamilton. Sorry kdg aku tak t'layan karenah kamu. Tapi cukup utk release tension sebentar...

Okay. Superwoman nak kembali memerah keringat menelaah. Have to be strong no matter what comes along the way. Allahumma najihna imtihan fi dunya wa akhirah...Ya Allah. Kurniakanlah kami kejayaan ujian dunia & akhirat...

Dunia yang ku rindui...

Bismillahirrahmanirrahim…UIA kini di ambang peperiksaan.Yes…next week. Ready? Kemudian…cuti…cuti…cuti. Suka sangat.(Kata hati: Uitt…exam dulu la…budak ni pun) Nak buat apa yea?Susah gak nak buat rancangan ni. Firstly, pergi Book Fair kat PWTC la. 17th-26th April. Ingat nak ajak member2 G4 konvoi. Haa…reunion pun lama tak buat. Secondly, sambung kembali driving class yang dah lama tertangguh. Don’t ever ask why.
Actually, nak jugak mengajar seperti cuti-cuti sebelum ni tapi tak pe la. Test mood cuti kat rumah pula. Waa…rindunya pada dunia itu….

*****
December 2004/ Jan 2005-April 2005

Yang aku ingat, masa itu, kami akan menghadapi paper Matematik SPM. Pengerusi sekolah tanya/offer kat aku ‘nak tak mengajar kat Al- Amin?’. Tak jawab terus tapi excited gak ni. Telefon mama tanya pendapat& minta izin. Alhamdulillah keinginan direstui. Habis semua paper SPM, masih dalam bulan Syawwal, aku hanya sempat ikut konvoi ke 2-3 rumah aja kerana perlu menghadiri mesyuarat kat sekolah. Plan & etc untuk tahun mengajar 2005. Aku diberi amanah untuk mengajar kelas2 tahap 1 Science, English, Qiraati & Seni. Baru aku rasa betapa beratnya tugas cikgu2 aku mendidik ku selama ni. Banyak2 songeh dan perangai. Student 1-Jihad. Paling kuat menangis masa orientasi darjah 1. Tapi,bila dah lama…paling berani & pot-pet,pot-pet. Student 2- Hajar. Sampai ke sudah susah nak pisah dengan mak dia pagi2. Aku jugak la yang dia nak suh pujuk. Tak kurang juga yang aktif sampai penat aku kejar…Apa2 pun, aku tetap sayang kat depa semua.

Aku ingat, ada suatu ketika aku diserang gastrik tapi aku tetap gagahkan diri untuk menghadirkan diri ke kelas walau terpaksa mengajar dalam keadaan duduk. Aku ingat, sampai kena solat 3 waktu dalm keadaan duduk-Asar,Maghrib, Isyak kerana terlalu sakit. Asalkan aku dapat melihat wajah suci anak-anak itu. Asal aku dapat melihat mereka khusuyk menulis dan mewarna dalam buku kerja. Ha. Pasal buku ni pun satu. Ada yang terlalu rajin sampai tak sempat disruh, dah dibuat satu workbook tu. Harap2 semangat depa ni berpanjangan. Cikgu bagi homework buat…

*****
April- Jun 2008

Peluang mengajar di alma mater ku- SRI Al- Ummah. Bahagia rasanya dapat kembali di bumi bertuah ini. Paling terharu aku diamanahkan untuk menggantikan tempat cikgu English aku, Teacher Yusnariah, yang sedang berpantang. Subjek English untuk darjah 2 & 5, Science darjah 2&6. Tak sangka dapat tulis dalam buku rancangan miliknya. Tapi aku tahu. Tanpa beliau, tiadalah aku yang kini berdiri di sini. Seronok sangat dapat jumpa kembali Ustazah Mahfuzah. Cikgu Arab aku. Haha. Teringat kadang kena rotan sebab tak hafal Nahu/ Sorof.


Kat sini, lagi bagi cabaranya sebab aku mengajar sekali pelajar2 tahap 2 yang tentunya perkembangan kognitif mereka berbeza dari anak-anak tahap 1. Lagi banyak songeh & 1001 animasi dunia kanak2. Macam aku dulu2 gak lah kot… Time jaga depa solat, depa makan, tengok masa balik. Masa depa exam lagi best. Aku ingat lagi ada student tanya (time tu depa exam math tak silap) “ Teacher. Macam mana nak buat soalan ni?’” Haduih. Depa ni. Soalan tak baca abis lagi nak tanya aku.Haa… aku pun dengan selumbernya jawab “Macam ni. Kamu ambil tepung. Campur dengan gula, telur…”. Aik. Macam nak buat kuih pula. Tapi ye la.Tak kan nak bagi tau formula math kot. Ish…Ish…

Paling best masa 1st day report kerja (11-13 April) aku dah kena hantar pi out-station. Ha. Jaga pengawas2 sekolah menghadiri kem kepimpinan di Janda Baik. Dapat aku kenal sebahagian pelajar2 sebelum aku memulakan pengajaran kelak. Balik kem aku kena demam. 2 hari tak mengajar (psst…1st day patut mengajar pula tu). Hati aku berkata2 lagi: Apa daa cikgu ni..

Hari Guru 2008. Owh. Kalau boleh aku tak mahu hari tu tiba. Sebab aku tahu aku akan berpisah dengan mereka. Sekolah buat sambutan lambat sedikit lepas depa exam. 24 Mei. Macam dpt2. Tapi itu semua tak penting. Asal aku dapat melihat sinaran dari mata mereka…Bahagia sekali bila dapat hadiah buku masa tukar2 hadiah antara guru.

****

Fakta2 penting:

1) Buku rancangan mengajar:
- Paling jenuh & penat untuk diisi dan perlu di periksa oleh guru besar tiap Jumaat. Tapi berat jugak sebab kena plan betul2 apa ilmu yang perlu & akan dikongsi bersama pelajar

2) Mesyuarat
- Sebulan sekali. Kalau ada benda penting, macam lawatan & dsb, almost everyday sampai hari acara. Kena tahan telinga dengar Ahli Lembaga & Pengetua pesan etc…peringatan…peringatan..

3) Makanan
- Especially masa lunch. Best sebab free. Hehe. Jimat gaji.

4) Kawan2 kerja
- Terima kasih2 banyak2 sebab bayak beri tunjuk ajar pada aku cikgu muda ni. Selok-belok, asam garam dunia pendidikan…

5) Peperiksaan
- Peringkat pertama: Buat dan compile soalan2. Peringkat kedua: Jaga exam & tengok ragam mereka dalam dewan. Peringkat ketiga: Pening baca jawapan yg warna- warni & marking. Peringkat keempat: Key-in markah & bagi kat guru kelas. Peringkat kelima: Bagi report card pelajar kat pengetua utk di sign. Peringkat keenam: Jumpa parents masa report card day. Penat kan?

6) Gaji
- Masa yang dinanti-nanti. Ada lah dapat rezeki sikit. Tak kisah sgt pun. Hehe. Saja nak feel macam mana rasa orang dapat gaji.

Jika diizinkanNYA, aku ingin kembali semula berkhidmat setelah tamat pengajian kelak. Semoga ilmu yang dikongsi bersama mendapat rahmat & berkat dari Yang Maha Esa...Ameen.

Saturday, March 21, 2009

Educational Trip part 2: tamatlah sudah...

Educational trip yg lalu menandakan hari Sabtu ku sudah...Merdeka!!!Alhamdulillah. Masa yg dinanti2 sudah tiba. Since matrix lg agak payah untuk pulang ke rumah lama2 as ada je program, hal, KELAS pada hari Sabtu...walau rumah sejengkal cuma jaraknya. Yesss...I'm home mama & papa. Boleh balik lepas kelas hari Sabtu (sem depan lepas pukul 6 coz kelas health psyc). Lambat sikit pun, lambatlah. Janji balik, kan?

Lepas ni, akan ku jadi orang yang hilang peta semula (roomate bg gelaran) sebab akan menghilang every weekend. Home Sweet Home... but shall miss LEADTRAIN masa matrix, Halaqah, Leadership, Parenting, Khat Skills... Psst: Menandakan usiaku di UIA jua bertambah..huahaha. ('',)

Tuesday, March 17, 2009

Sekitar Education Trip Skills:Part 1


Sepenuhnya diperbuat dari mancis & kotaknya...


arca -Aku menang!!!


Comel kan?

something creepy bout this piece of art...
kat Yayasan Restu, Shah Alam

Di sekitar educational trip kelas skill khat 14/ March yang lalu ke Yaysan Restu Shah Alam & Natioanl Arts Gallery KL

Halt...


Ni gambar kartun kucing nama "Chi" dalam cerita jepun "Chi Sweet Home". Okay. Halt. Stop. My attention now is for my final exam approaching in about 2 weeks time. Ma'a salamah

Friday, March 13, 2009

Love &marriage

Soalan ni diajukan oleh lecturer kelas Cross-cultural-Sir zaki- pada kelas dua minggu lalu...
" YOU MARRY SOMEONE THAT YOU LOVE OR YOU LOVE SOMEONE THAT YOU MARRY?"

Sunday, March 8, 2009

Apa yang insan impikan tetapi...

car (hmm...wishing for 1 like this though...hehe). Tapi, sekali accident, rosak. Kena curi, hilang...bkn takat tayar je...
house...belum campur perabut yg bagai2 macam. Tetapi, kalau terbakar, hilang sekelip mata walau dibina oleh sejuta bata.

job/career (have been warned bout the stress etc). Part best bila dapat gaji kan? Tapi, cukai etc...*sigh*. Time ekonomi gawat, pasti ada yang diberhentikan...

family...Keluarga yang bahagia dimula atas doa kpd Yang Maha Kuasa.

money...money.



Ni antara apa yg manusia impikan. Namun, ianya tidak akan berkekalan. Ingat tu (to myself too).


Crushed...crashed...

(gambaran perasaan ku kini..atas frame khat yg pecah)

Bismillahirahmanirahim...Sedihnya dapat tahu yang frame khat aku masa exhibition Student Carnival hari tu t'jatuh & pecah. Depa ikat tali tak betul. Huhu...I'm crushed...Owh...Sad..sad. So sad.....Hopefully my final project yg hantar kat instructor td ok ( sebab ada coiling paper tampal2)...

Thursday, March 5, 2009

Sleeping cats

kat blok mahalah. Suka kejar & ikut aku nak mintak makan


Sangat la rileks kucing ni. Kat HS Cafe sebelah aku time makan ABC. Tak yah fikir assignment, masuk-keluar kelas...



Student Carnival 2009





























Ni antara aktiviti yang kelas skill khat aku telah buat sempena Student Carnival 12-15 Febuari lepas...