Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, December 12, 2008

Memoirs in 2008

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah. Hari ini diberi peluang meng'update' blog yang direhatkan hampir sebulan lamanya...Lebih kurang 2 minggu lagi, tahun 2008 akan melabuhkan tirainya yang penuh dengan suka, duka, drama, monolog seperti tahun2 yang sebelumya... Aku, juga turut menghadapi beberapa peristiwa yang membina diri, perasaan, jiwa dan hati...come, follow the trails with me...:

JANUARY

Alhamdulillah.Aku diterima sebagai ahli Guidance Group, Counselling Department. Satu tugas & amanah yang berat. Sebanyak hampir 8 siri Emotional Wellbeings, 8 siri Sharing Moment, 3 induction, dan 2 retreat yang telah dilalui bersama 25 rakan ahli yang lain. Kami perlu menghabiskan sebanyak 30 credit hours of trainings untuk menamatkan latihan.Terima kasih diucapkan kepada kak Dina yang telah memberikan banyak bimbingan sepanjang perjalanan ini. Bulan ini juga aku mula menjinakkan diri dengan department dan mengenali staf2 CSD yang ceria dan baik hati (",). Kak Syikin yang setia melayan celoteh ku tiap kali kunjunganku ke Mini Resource Center, Kak Syila, Kak Ijan, dan tak dilupakan Kak Esmi yang setia membantu tugas2an GG.

FEBRUARY-MARCH

Semester & trainings goes on...

APRIL

Untuk mengisi masa cuti semester panjang, aku mengambil keputusan untuk mengajar di alma mater ku SRI Al-Ummah, Kampung Pandan. Kian lama aku meninggalkan daerah ini ( 1999-tahun 6 ), aku kembali untuk berbakti dan membalas budi guru2ku yang dikasihi. Tanpa mereka, aku tak mungkin dapat melangkah ke dunia yang ku alami sekarang. Paling sweet sebab aku ditugaskan untuk menggantikan tempat Teacher Yusnariah, teacher BI ku dahulu yang sedang berpantang. Happy sangat juga kerna dapat bertemu kembali dengan Ustazah Mahfuzah. Teringat dulu kadang kena cik cubit, rotan kalau gagal menghafal nahu sorof. Hehe. Nakal aku dulu...tulah. Orang suh mengaji tak mau. Kan dah kena.

Hari pertama report diri, aku dah dihantar untuk out-station (yela tu) ke...Janda Baik untuk Kursus Kepimpinan Pelajar dengan kerjasama EYNO IKS NETWORK. 11-13 April. Best2. Paling best slot burung hantu. Huaaa...jenuh kejut budak2 suh bangun. Dah tu, dok tarik sorang2 ke tengah padang. Mcm 'Malam Keinsafan' la. Paling kelakarnya, habis camping je, aku kena demam panas. MC dua hari. Dahlah patutnya hari aku mula mengajar. Cuti pulak dah...apa ni. Ish...Ish. Bersyukur dapat menerokai alam Tahun 6 Ibnu Batuttah & Ibnu Sina, 5 Inbu Hazim, Tahun 2. Banyak pengajaran dan ilmu hidup yang aku perolehi.

MAY

Aku terus berkongsi apa yang aku ada dengan murid2 yang di kasihi. Gelak tawa, sakit kepala sudah menjadi lumrah & rencah medan ini. Aku teringat, suatu malam jam kira-kira 2pagi, tika insan sedang lena dibuai mimpi, aku tidak dapat melelapkan mata. Allah...gastriku menyerang lagi. Sampai aku tidak boleh bangun. Aku berusaha untuk melapkan mata supaya kesakitan ini sedikit lega, namun...makin menyucuk-cucuk rasanya. Aku terpaksa mengejutkan ibubapaku. Terus aku dikejarkan ke Hospital Pusrawi. Namun, kerna terkenangan esok paginya ada sambutan hari guru, aku kuatkan semangat. Walaupun hanya dapat memerhatikan students dan guru lain involve dalam aktiviti, aku bahagia. Syukur padaMU Ya Allah. Sedih bila mengenangkan akan ku tinggalkan jua bumi ini. Namun, aku teringat pada kata2 yang berbunyi ''UKHUWWAH ITU INDAH PABILA BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH".

Langkah diteruskan lagi dengan Retreat 2 GG di Agrotek Resort Hulu Langat. Know what? Setiap kumpulan diberi sebiji tembikai sebagai barang amanah. Pi mana2 kena bawa. Even masa jungle-trekking. Kalau 'diculik' habislah... Paling dingati kaki aku tiba2 cramp masa pendakian. Walhal dah wat warm-up masa sebelum perjalanan. Lama jugalah aku berpegang pada sebatang pohon untuk mengelakkan diri dari jatuh (nauzubillahminzalik) sebelum aku dapat kumpulkan tenaga kembali. Handphone aku juga tamat hayatnya kerna termasuk dalam sungai. Hmm..dah penat sangat berkelana sampai terlupa akan gadjet itu dalam bag. Terpaksa cari ganti...

JUNE

Seingat aku, 3 Jun adalah hari yang paling tak dapat dilupakan. Aku beri rawatan/ check-up endoskopi untuk check gastrik aku. Berdebar namun aku berdoa agar semuanya selamat. Tahan sakit juga lah tika camera dimasukkan melalui mulutku. Doktor beberapa kali mencuba untuk memberi bius kepada aku sebelum itu namun gagal kerna katanya uratku terlalu halus/kecik sampai x dpt ditembusi jarum. Namun, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pakar Bedah Am Hospital Pusrawi, Dr Razipah dan nurse2 yang baik hati. Syukran ilaikum...

JULY

Aku mula menjadi tuan kepada beberapa ekor ikan yang comel dan agak nakal. 2 pasang guppy ( Bella & Anastasi ), 1 angel fish( tak semapat bagi nama coz hari ke-2 dah mati.tak tau nape) & 1 jenis lily @ si Oren. Bermulalah rutin mingguanku mencuci tank, hari2 bagi makan. Seronok setiap hari dapat memerhatikan gelagat mereka. Si Oren yang lebih pendiam, Bella & Anastasi yang suka bermain2. Opss...minggu kedua, selepas aku mencuci 'rumah' mereka, aku terkejut kerna mendapati ada kira2 10 ekor baby guppy @ fry. Tapi yela, amatur lagi, ada yang kena makan oleh yang lagi dewasa, mati & etc, sampai sekarang hanya tinggal 2 baby guppy yang makin membesardan si Oren.

Oh ya...kalau semester lepas, aku berpelaung untuk sekelas dengan senior SMIP, kak Syikin Husin dalam kelas Creative& Critical Thinking, semester ni, aku berpeluang untuk sekelas dengan Kak Mus@ Puan Muslihah, senior Al-Amin ku dalam kelas Abnormal Psychology. Seronok...buku teks yang amat berat kami gelarkan 'batu'. Hehe. Gurau aja. Tapi memang berat pun. Jalan-jalan dengan kereta. Pi pasar malam, convest, pasar Ramadhan, exam & test yang sir suka wat pukul 8 malam, presentation. Pastu, pernah tersesat sampai hampir ke Sentul mencari stesen minyak, berlari pi exam final sebab ter parking kereta jauh (Alhamdulillah sempat).. Thanx a million kak Mus. Nanti kita jalan2 lagi...lalalala.

AUGUST

Pi persembahan nasyid kat C.A.C dengan kak Mus. Ntah apa namanya, aku tak ingat sangat. Malam Simfoni something...ada Rabbani, Raihan, Hijjaz, Mirwana, Saujana, Far Easr & Syifa'. Aku memang meminati irama nasyid especially Raihan. Pernah jumpa depa masa darjah 4 dulu. Time tu, depa baru nak lancarkan album yang ke-2. Sekarang, dah mengembara jauh hampir ke sekeliling dunia. Paling aku suka lagu depa 'Kasih Sayang'. Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan itu yang sejati, sayang Tuhan janjinya pasti...

SEPTEMBER

Kembara ibadah dibulan Ramadhan...puasa, qiam, tarawikh...

OCTOBER

27 October. Alhamdulillah. Selamat menginjaki umur 21tahun. Dah dewasa rupanya aku. Makin berat tugas, amanah aku sebagai khalifah NYA. Selamat hari lahir jua untuk untuk sahabatku Una, Syieda, Chah & Zue..pstt...anyone missed out?. Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk rakan sepermainanku dari tadika-sek. rendah-menengah-uia, Nihlah bersama pasanaganya Saudara Wan Abdullah Mujahid.

NOVEMBER

Retreat 2 GG di Morib ( ada diceritakan sedikit dalam previous posting ). Ni juga lah inter-semester (bukan yang 3 bulan ) terpanjang dalam sejarah UIA. 5 minggu tu...biasanya dalam 2/ 3 minggu je. So, jalan ke Petrosains untuk ke sekian kalinya, pi Kinokuniya Bookstore, pi umah Cik kat Shah Alam...dan ntah apa2 aktiviti yang berfaedah dan tidak berfaedah yang dilakukan to fill the time. Bulan ni juga, kak Muslihah menamatkan zaman solonya bersama pasangannya Encik Mohd Faisal. Beseri-seri tengok kak Mus. Barakallahu fih...

DISEMBER

Akan datang, Insya Allah program i-Fresh untuk pelajar lepasan SPM Al-Amin di Laman Bestari pada 15-16 Disember. Moga Allah permudahkan perjalanan & urusan...Ameen.

No comments: