Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 16, 2008

Duniaku buku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Duniaku buku.Hmm.Macam nama slot kat IKIM.fm pula. Namun, frasa itu membayangkan kehidupanku, duniaku. Books. I love 'em. Oleh kerana rumah kami tidak mempunyai set televisyen, buku lah yang menjadi peneman kami sekeluarga. Jikalau ada masa yang terluang, pasti kami akan melangkah ke kedai2 buku untuk menjenguk what's new on the shelf. Ada yang berkenan, akan menjadi 'ahli baru' atas rak buku kat rumah. Popular Bookstore, MPH, Kinokuniya KLCC...haa. Time kecik2 dulu teringat kat kedai buku namaya The Big Bookstore di Petaling Street.

Antara jenis2 buku yang aku minat is self-help books from writers like Daro' Dr Mohd Fadzillah Kamsah & some other great, potential writers. Novel? Kurang sikit. Tapi aku suka stail penulisan thriller by Ramlee Awang Murshid & yang ada unsur ilmiah/ dpt membina minda. Buku2 fikrah/ agama. Kadang takda kerja, beli buku puzzles. Wordsearch puzzles, brain teasers. Paling best, bila dapat hadiah buku masa sambutan hari guru bulan 5 lalu (^-^). Tenkiu pemberi....

Bila ada masa terluang, especially lepas lunch hour @ tak da kuliah, tempat yang akan aku tuju ialah mini resource centre CSD. Baca newspaper nak tahu perkembangan, belek2 majalah, jenguk2 buku. Library...pi juga tapi aku tak tahan nak dok situ lama2. Aircond sejuk benar.

Namun, budaya membaca masih kurang dalam masyarakat kita. Jadi, mari kita mulakan hobi yang penuh manfaat (but make sure ianya buku2, majalah, media yang ada manfaatnya & bukan hanya sia2@ lagho ). Dalam Surah Al-A'la jua ada di perintahkan kepada kita: IQRA'. Bacalah...wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W berkaitan dengan ilmu/ membaca. Jom2...ayuh kawan-kawan.

No comments: