Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 24, 2008

aL-Kisah di IPT:phase 1

Ahlan Wa Sahlan new semester!!! Seronoknya...hehe.Yeke? Ye la. Dapat jumpa balik member2, pegang buku..(tak tau la ada batu baru ke tak). Aku senyum je perhatikan gelagat2 new students. Teringat time dulu2. Sesat tak tau kelas kat mana, muka innocent je...Training dgn CSD Insya Allah ada lg sikit. Tadi time lunch hour meeting. 30/December ni ada 2 programme sekali gus-EWB & Sharing Moment. 18/Jan/2009-LAP untuk new batch. 30th January...GRADUATION NITE.Yahooo...errr...theme 'pink&black'?!! Venue di KAED Gallery.

Ni my 3rd year 2nd Semester. Insya Allah next sem dah 4th year. Cepatnya masa berlalu. Matrix dalam 1 year(July 2005-April 2006), main campus ni Insya Allah 4 thn (by early april 2009)...dah tu, kerja pula. Hurmmm...teringat masa ada 1 sharing moment programme dgn newscaster TV3, brother Izwan Azir. Dia kata, lebih baik stress time belajar ni. Ye la. Belajar ni stress kena ngulang buku, stadi etc je. Time dah keje, stress dari pelbagi sumber. Task kita, majikan, co-workers, meetings, outstation, gaji, kalu dah ada family-kena fikirkan family gak...endless. Tu la...time tengah belajar ni, mesti kita fikirkan " bestnya kalau dah kerja nanti. tak yah susah2 baca buku(huhu)". Experienced that twice masa mengajar part time. Handle students lagi, kena wat report tiap2 minggu...Alhamdulillah ngam & tak da problem ngan co-workers wal boss. But the main point is, bila dah kerja nanti, lakukanlah dengan sepenuh hati & ikhlas kerna Allah SWT. Insya Allah akan terasa hasilnya..('',)

Pengalaman2 yang masih terpahat di memori sepanjang di IPT? First phase di matrix...dapat 5 other roomates yang se kepala. Atif, Sarah, Nooriz, Zura & Nurul. Hehe. Our room ntah kenapa terselit di antara bilik2 senior. Haha. Tapi kitorang tak pernah kisah pun kadang kena marah if buat bising...lalala. Kelas in matrix sangatlah packed & hectic for me. Oleh kerna aku hanya wat 2 semester, terpaksa di mampatkan subjek2 yang banyak dalam jadual. First semester, dari kul 8-6 kelas (rehat kul 1-2 jer utk lunch & zohor). Lepas maghrib, kelas english sampai kul 10pm. Balik bilik, lepas solat, kena studi & prepare apa2 yang patut pulak. Paling awal boleh tidur around 3 am. Then bangun semula around 6am utk Subuh & the cycle continues...

Second semester, kelas malam dah tak da tapi still penat gak. Ingat lagi, selalu gak ter 'zzzz' masa kelas critical thinking dengan Sir Abbas kat meeting room dia. Tapi best sangat sebab kelas tu ada 5 orang je (graduating for that particular semester)-Ala', Aziza, Rezza, Harris. Kadang, time break, sir belanja tea break-goreng pisang & tea like that. Yang kurang best sikit, boleh dikatakan hampir tiap2 bulan aku menjadi pengunjung setia klinik. Sibuk sampai tak ingat nak look after myself. Anyway, thanks buat semua lecturer matrix. Thanks sebab bersabar dengan karenah kami semua grup 11 & 15....

p/s:akan bersambung fasa ke-2-kisah di main main camp...Insya Allah.

Saturday, December 20, 2008

Did I really know myself?

The list continue...kadang, ada jua facts tentang diri yang tak kita sedari atau kenali. Bila tengok soalan2 ni, termangu gak la...but everyone is unique (",).Life, full of wonders...

1.Does anyone know your password?
- x kot. except for my phone code yg diketahui oleh Qila.
2.What was the last thing you ordered at MC D?
-Fillet O Fish Mc Value Meal
3. Are you an emotional person?
-Na'am
4. Do you like your name
-Na'am.
5.Do you believe in love at first sight?
(mumkin.Dr Maziah pernah bg tau that mcm mana kali pertama kita nampak pasangan blh m'beri kesan pada generasi masa depan..kalau caranya baik, Insya Allah baik.If not...)
6.Ever felt jealous of your friend?
-Na'am
7. What was the last thing you did?
-Bagi ikan makan (kesian kena tinggal 3 hari)
8. Who is right next tou you?
-Nobody
9. Who were the last person you ate with?
- Mama & Auntie Normala
10. What song are you listening to right now?
- Bunyi kerusi berkeriut & keypad laptop tap...tap...tap
11. How's the weather right now?
- Nyaman &dingin
12. Last person who called you today?
- Mama.Suh bersiap nak check out dari hotel
13.Last song you sang?
- Ntah...
14. Do you like anyone?
-Yup.
15. Lost a friendship over something?
-Yes.
16. Last beverage you drank?
- Nestlo special
17. Last food you ate?
- Laksa assam
18. What did you do last night?
- Habiskan buah salak yang Auntie Normala bawak bekal
19. Faked being sick to miss school?
-Never. Seronok apa sekolah.
20. Last person you talked to?
-Mama
21. Last person you made fun of?
- Junior2 masa i-FRESH CAMP hari tu
22.What are you wearing right now?
- T-shirt lengan panjang+seluar panjang+ my specs la
23. Are you too quiet to ask anyone out?
-Dunno. Tak da experience lg.
24. What is the first thing you notice about the opposite/same gender?
- Different personality
25. Where are you right now?
- Living room
26. What date& day is it?
- 20/12/2008 (Saturday)...huaaa...esok dah kena balik UIA.
27. Did you go anywhere today?
- Ipoh.
28. What did you do there?
- Teman mak for a 3 days & 2 night course (balik dh pun)
29. Where else are you going today?
- Maybe cari barang kat Carrefour kot
30. Are you wathching TV?
- Mana ada tv la kat rumah...
31. Are you mature/ immature?
- Ikut keadaan
32. Are you closer to your mom/ dad?
-Mum
33. What school do you go to?
- Tadika An Nadhir;SRI Al-Amin KL; IIC;SRI Al- Ummah; SMI Darul Muttaqin; SMI Puchong; SMI Al-Amin Bangi; Matrix UIA PJ; UIAM Gombak.
34. What is the most annoying thing people say to you?
- Orang panggil diriku 'kak' even I know dia lg berusia dari aku...(muda lagi la)
35. Do you like music?
-Na'a,
36. Do you want to get married?
-YESS!
37. To whom?
- Mmmm.....

Tagging me, tagging you...

Alhamdulillah.Selamat sampai dari Perak (teman ma ada training) around 11:pm tadi.Penat gak lah walaupun aku tak drive (ntah bila la nak ada lesen ni...lalala). Ahad ni dah kena balik UIA semula (hmmm...).So, rasa nak release tension jap. Macam best je taging2 ni...have fun!

MY TOP 10 FAVOURITE FOODS:
1- Spagetti & macaroni (wah...x sbr nk pi Mama Mia UIA)
2- Steamed siakap fish
3- Sup ikan merah
4- Ikan bakar (terubuk,cencaru,pari...)+cicah air asam
5- Chocolates-cadbury,ferrero,toblerone
6- A.B.C (tp slalu tak reti2 nk ngabiskan isi2 yg byk)
7- Fillet o Fish
8- Bubur lambuk
9- Kuih penderam
10- Keropok lekor
(kesimpulanya...ikan)

TOP 10 THINGS I LOVE DOING:
1- Buat wordsearch puzzles
2- Pi kedai buku
3- Usik2 kucing
4- Stare at my pet fish
5- Sakat kawan-kawan
6- Round2 UIA dengan Kak Mus
7- Handicrafts
8- Baking (^-^)-cookies & cakes
9- Teaching
10- Balik rumah (home sweet home)

5 THINGS I LOVE DOING WHEN I'M EMO:
1- Senyap
2- Tak tegur orang lain
3- Cry
4- Membebel @komplen kat my best friend
5- Termenung

5 THINGS I LOVE DOING WHEN I'M HAPPY:
1-Ucap 'ALHAMDULILLAH'
2- Senyum sampai ke telinga
3- Lihat pemandangan yang indah
4- Berdoa agar kebahagiaan dirahmati
5- Berdoa agar menjadi hambaNYA yg bersyukur selalu...

TOP 10 MOST ADDICTED SONGS:
1- Kasih Sayang by Raihan
2- Inni Akhafullah by Mirwana
3- Cinta Hakiki by Raihan
4- Ridha Walidain by Hijjaz
5- Kehidupan by InTeam & Nazrey Raihan
6- Laskar Pelangi by Nidji
7- Albi Nadak by Fares
8-Sebuah Pertemuan by UNIC
9- My Love ( remix version )
10- Lakaran Minda by Saujana

Tuesday, December 16, 2008

Duniaku buku...

Bismillahirrahmanirrahim...

Duniaku buku.Hmm.Macam nama slot kat IKIM.fm pula. Namun, frasa itu membayangkan kehidupanku, duniaku. Books. I love 'em. Oleh kerana rumah kami tidak mempunyai set televisyen, buku lah yang menjadi peneman kami sekeluarga. Jikalau ada masa yang terluang, pasti kami akan melangkah ke kedai2 buku untuk menjenguk what's new on the shelf. Ada yang berkenan, akan menjadi 'ahli baru' atas rak buku kat rumah. Popular Bookstore, MPH, Kinokuniya KLCC...haa. Time kecik2 dulu teringat kat kedai buku namaya The Big Bookstore di Petaling Street.

Antara jenis2 buku yang aku minat is self-help books from writers like Daro' Dr Mohd Fadzillah Kamsah & some other great, potential writers. Novel? Kurang sikit. Tapi aku suka stail penulisan thriller by Ramlee Awang Murshid & yang ada unsur ilmiah/ dpt membina minda. Buku2 fikrah/ agama. Kadang takda kerja, beli buku puzzles. Wordsearch puzzles, brain teasers. Paling best, bila dapat hadiah buku masa sambutan hari guru bulan 5 lalu (^-^). Tenkiu pemberi....

Bila ada masa terluang, especially lepas lunch hour @ tak da kuliah, tempat yang akan aku tuju ialah mini resource centre CSD. Baca newspaper nak tahu perkembangan, belek2 majalah, jenguk2 buku. Library...pi juga tapi aku tak tahan nak dok situ lama2. Aircond sejuk benar.

Namun, budaya membaca masih kurang dalam masyarakat kita. Jadi, mari kita mulakan hobi yang penuh manfaat (but make sure ianya buku2, majalah, media yang ada manfaatnya & bukan hanya sia2@ lagho ). Dalam Surah Al-A'la jua ada di perintahkan kepada kita: IQRA'. Bacalah...wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W berkaitan dengan ilmu/ membaca. Jom2...ayuh kawan-kawan.

Friday, December 12, 2008

Memoirs in 2008

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulillah. Hari ini diberi peluang meng'update' blog yang direhatkan hampir sebulan lamanya...Lebih kurang 2 minggu lagi, tahun 2008 akan melabuhkan tirainya yang penuh dengan suka, duka, drama, monolog seperti tahun2 yang sebelumya... Aku, juga turut menghadapi beberapa peristiwa yang membina diri, perasaan, jiwa dan hati...come, follow the trails with me...:

JANUARY

Alhamdulillah.Aku diterima sebagai ahli Guidance Group, Counselling Department. Satu tugas & amanah yang berat. Sebanyak hampir 8 siri Emotional Wellbeings, 8 siri Sharing Moment, 3 induction, dan 2 retreat yang telah dilalui bersama 25 rakan ahli yang lain. Kami perlu menghabiskan sebanyak 30 credit hours of trainings untuk menamatkan latihan.Terima kasih diucapkan kepada kak Dina yang telah memberikan banyak bimbingan sepanjang perjalanan ini. Bulan ini juga aku mula menjinakkan diri dengan department dan mengenali staf2 CSD yang ceria dan baik hati (",). Kak Syikin yang setia melayan celoteh ku tiap kali kunjunganku ke Mini Resource Center, Kak Syila, Kak Ijan, dan tak dilupakan Kak Esmi yang setia membantu tugas2an GG.

FEBRUARY-MARCH

Semester & trainings goes on...

APRIL

Untuk mengisi masa cuti semester panjang, aku mengambil keputusan untuk mengajar di alma mater ku SRI Al-Ummah, Kampung Pandan. Kian lama aku meninggalkan daerah ini ( 1999-tahun 6 ), aku kembali untuk berbakti dan membalas budi guru2ku yang dikasihi. Tanpa mereka, aku tak mungkin dapat melangkah ke dunia yang ku alami sekarang. Paling sweet sebab aku ditugaskan untuk menggantikan tempat Teacher Yusnariah, teacher BI ku dahulu yang sedang berpantang. Happy sangat juga kerna dapat bertemu kembali dengan Ustazah Mahfuzah. Teringat dulu kadang kena cik cubit, rotan kalau gagal menghafal nahu sorof. Hehe. Nakal aku dulu...tulah. Orang suh mengaji tak mau. Kan dah kena.

Hari pertama report diri, aku dah dihantar untuk out-station (yela tu) ke...Janda Baik untuk Kursus Kepimpinan Pelajar dengan kerjasama EYNO IKS NETWORK. 11-13 April. Best2. Paling best slot burung hantu. Huaaa...jenuh kejut budak2 suh bangun. Dah tu, dok tarik sorang2 ke tengah padang. Mcm 'Malam Keinsafan' la. Paling kelakarnya, habis camping je, aku kena demam panas. MC dua hari. Dahlah patutnya hari aku mula mengajar. Cuti pulak dah...apa ni. Ish...Ish. Bersyukur dapat menerokai alam Tahun 6 Ibnu Batuttah & Ibnu Sina, 5 Inbu Hazim, Tahun 2. Banyak pengajaran dan ilmu hidup yang aku perolehi.

MAY

Aku terus berkongsi apa yang aku ada dengan murid2 yang di kasihi. Gelak tawa, sakit kepala sudah menjadi lumrah & rencah medan ini. Aku teringat, suatu malam jam kira-kira 2pagi, tika insan sedang lena dibuai mimpi, aku tidak dapat melelapkan mata. Allah...gastriku menyerang lagi. Sampai aku tidak boleh bangun. Aku berusaha untuk melapkan mata supaya kesakitan ini sedikit lega, namun...makin menyucuk-cucuk rasanya. Aku terpaksa mengejutkan ibubapaku. Terus aku dikejarkan ke Hospital Pusrawi. Namun, kerna terkenangan esok paginya ada sambutan hari guru, aku kuatkan semangat. Walaupun hanya dapat memerhatikan students dan guru lain involve dalam aktiviti, aku bahagia. Syukur padaMU Ya Allah. Sedih bila mengenangkan akan ku tinggalkan jua bumi ini. Namun, aku teringat pada kata2 yang berbunyi ''UKHUWWAH ITU INDAH PABILA BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH".

Langkah diteruskan lagi dengan Retreat 2 GG di Agrotek Resort Hulu Langat. Know what? Setiap kumpulan diberi sebiji tembikai sebagai barang amanah. Pi mana2 kena bawa. Even masa jungle-trekking. Kalau 'diculik' habislah... Paling dingati kaki aku tiba2 cramp masa pendakian. Walhal dah wat warm-up masa sebelum perjalanan. Lama jugalah aku berpegang pada sebatang pohon untuk mengelakkan diri dari jatuh (nauzubillahminzalik) sebelum aku dapat kumpulkan tenaga kembali. Handphone aku juga tamat hayatnya kerna termasuk dalam sungai. Hmm..dah penat sangat berkelana sampai terlupa akan gadjet itu dalam bag. Terpaksa cari ganti...

JUNE

Seingat aku, 3 Jun adalah hari yang paling tak dapat dilupakan. Aku beri rawatan/ check-up endoskopi untuk check gastrik aku. Berdebar namun aku berdoa agar semuanya selamat. Tahan sakit juga lah tika camera dimasukkan melalui mulutku. Doktor beberapa kali mencuba untuk memberi bius kepada aku sebelum itu namun gagal kerna katanya uratku terlalu halus/kecik sampai x dpt ditembusi jarum. Namun, jutaan terima kasih aku ucapkan kepada Pakar Bedah Am Hospital Pusrawi, Dr Razipah dan nurse2 yang baik hati. Syukran ilaikum...

JULY

Aku mula menjadi tuan kepada beberapa ekor ikan yang comel dan agak nakal. 2 pasang guppy ( Bella & Anastasi ), 1 angel fish( tak semapat bagi nama coz hari ke-2 dah mati.tak tau nape) & 1 jenis lily @ si Oren. Bermulalah rutin mingguanku mencuci tank, hari2 bagi makan. Seronok setiap hari dapat memerhatikan gelagat mereka. Si Oren yang lebih pendiam, Bella & Anastasi yang suka bermain2. Opss...minggu kedua, selepas aku mencuci 'rumah' mereka, aku terkejut kerna mendapati ada kira2 10 ekor baby guppy @ fry. Tapi yela, amatur lagi, ada yang kena makan oleh yang lagi dewasa, mati & etc, sampai sekarang hanya tinggal 2 baby guppy yang makin membesardan si Oren.

Oh ya...kalau semester lepas, aku berpelaung untuk sekelas dengan senior SMIP, kak Syikin Husin dalam kelas Creative& Critical Thinking, semester ni, aku berpeluang untuk sekelas dengan Kak Mus@ Puan Muslihah, senior Al-Amin ku dalam kelas Abnormal Psychology. Seronok...buku teks yang amat berat kami gelarkan 'batu'. Hehe. Gurau aja. Tapi memang berat pun. Jalan-jalan dengan kereta. Pi pasar malam, convest, pasar Ramadhan, exam & test yang sir suka wat pukul 8 malam, presentation. Pastu, pernah tersesat sampai hampir ke Sentul mencari stesen minyak, berlari pi exam final sebab ter parking kereta jauh (Alhamdulillah sempat).. Thanx a million kak Mus. Nanti kita jalan2 lagi...lalalala.

AUGUST

Pi persembahan nasyid kat C.A.C dengan kak Mus. Ntah apa namanya, aku tak ingat sangat. Malam Simfoni something...ada Rabbani, Raihan, Hijjaz, Mirwana, Saujana, Far Easr & Syifa'. Aku memang meminati irama nasyid especially Raihan. Pernah jumpa depa masa darjah 4 dulu. Time tu, depa baru nak lancarkan album yang ke-2. Sekarang, dah mengembara jauh hampir ke sekeliling dunia. Paling aku suka lagu depa 'Kasih Sayang'. Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan itu yang sejati, sayang Tuhan janjinya pasti...

SEPTEMBER

Kembara ibadah dibulan Ramadhan...puasa, qiam, tarawikh...

OCTOBER

27 October. Alhamdulillah. Selamat menginjaki umur 21tahun. Dah dewasa rupanya aku. Makin berat tugas, amanah aku sebagai khalifah NYA. Selamat hari lahir jua untuk untuk sahabatku Una, Syieda, Chah & Zue..pstt...anyone missed out?. Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk rakan sepermainanku dari tadika-sek. rendah-menengah-uia, Nihlah bersama pasanaganya Saudara Wan Abdullah Mujahid.

NOVEMBER

Retreat 2 GG di Morib ( ada diceritakan sedikit dalam previous posting ). Ni juga lah inter-semester (bukan yang 3 bulan ) terpanjang dalam sejarah UIA. 5 minggu tu...biasanya dalam 2/ 3 minggu je. So, jalan ke Petrosains untuk ke sekian kalinya, pi Kinokuniya Bookstore, pi umah Cik kat Shah Alam...dan ntah apa2 aktiviti yang berfaedah dan tidak berfaedah yang dilakukan to fill the time. Bulan ni juga, kak Muslihah menamatkan zaman solonya bersama pasangannya Encik Mohd Faisal. Beseri-seri tengok kak Mus. Barakallahu fih...

DISEMBER

Akan datang, Insya Allah program i-Fresh untuk pelajar lepasan SPM Al-Amin di Laman Bestari pada 15-16 Disember. Moga Allah permudahkan perjalanan & urusan...Ameen.