Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 21, 2013

Nikmat Ujian Itu.



Bismillahirahmanirahim..

Baam! Bagaikan bom berbutir-butir jatuh saat telefon merah nipis berbunyi jam 6:40 pm Jumaat lalu. Dalam hati: “Siapa pula telefon maghrib-maghrib gini?”. Tidak perasan nombor yang keluar di skrin terus sahaja saya tekan ruangan ‘answer’. Berkaitan hal kertas kajian yang sudah masuk fasa-fasa akhir pembetulan. Kebetulan waktu itu dalam perjalanan ke stesen komuter untuk pulang ke teratak di Bangi. 3 orang yang terdekat menelefon untuk pujuk, bagi kata-kata semangat. Bila dirujuk semula kepada supervisor dan pihak UIA, boleh selesai pun rupanya. Ok. Saya yang emosi lebih. Apakah ini semua? Perubahan hormon mungkin saat usia nak meningkat...agaknya.

Bila difikirkan semula...kalau kurang sifat sabar dalam diri saya waktu itu, macam-macam yang kurang masuk akal saya buat. Mungkin mulut saya akan terus-terusan mengomel. Mungkin akan masuk balik dalam pejabat,duduk diam-diam, biarkan teksi yang sudah ditempah balik dan cari penumpang lain. Astaghfirullahal Azim. Dah senja. Memang makhluk-makhluk bertanduk rupa macam mana tu sedang bersuka ria. Kalau tidak istighfar banyak-banyak. Eh. Rugi juga kalau macam tu. Tak dapatlah balik cepat nak jumpa mak abah kat rumah. 

Sampai di stesen komuter Seksyen 19 dalam jam 7:10pm. Kebetulan sudah masuk waktu Maghrib bagi kawasan Shah Alam dan sekitarnya (iklan sebentar) dan masih ada wudhu, saya mencari surau dan menunaikan tanggungjawab pada Maha Esa. Benar seperti yang dikata oleh pensyarah Islamic Ethics semasa degree dahulu. Solat, memang harus dilakukan dengan sepenuh hati, khusyuk.   Tetapi, walau apa jua keadaan: sedih, kelam kabut, marah; jika didirikan solat itu, akan dirasakan sedikit ketenangan walau peratus khusyuk itu berkurangan. 

Perancangan Allah SWT begitu cantik. Saat sampai di platform seberang, tidak perlu menunggu begitu lama, kelihatan koc komuter tiba. Tidak begitu penuh, tidak memerlukan skill berdiri menahan kaki seperti selalu dan dapat tempat duduk. Alhamdulillah.

Saya tersenyum kembali saat menjejakkan kaki di stesen Bangi. Saat terlihat kelibat kereta mama sedang menunggu anaknda beliau ini, hati melonjak riang. Alaa..macam budak nak balik dari sekolah la “Yeay..yeay..mama datang. Yeay..yeay mama datang”. 

Istighfar. Diam. Berfikir.

Beberapa perkara yang mungkin boleh di ‘highlight’ kan di sini. Kaunselor pun manusia biasa. Emosi datang juga pergi.

       Peringkat 1: Diam. Berfikir. Istighfar.

Cuba hadam apa yang disampaikan.Mungkin kesilapan itu beberapa peratus dari diri kita sendiri tanpa kita sedar. Recollect your thoughts, omputeh kata la. Kalau di ngomel, bebel, sumpah pun tak selesai masalah. Kalau rasa nak menangis, menagislah sebab ia akan melegakan sedikit hati yang sedang berbolak balik. Tapi jangan lah sampai meratap. Malu di lihat oang.

        Peringkat 2: “Ingatlah dengan mengingati Allah hati-hati kan menjadi tenang”.

Marah itu api. Syaitan diciptakan daripada bahan panas itu. Padamkan ia dengan wudhu, solatlah. Insya Allah ketenangan akan datang. Doa, zikir, selawat. Walau tengah berjalan.

      Peringkat 3: “A friend in need, a friend in deed”.

Cari sahabat baik yang boleh membantu. Telefon. Atau mesej. Nak jumpa la tu juga, payah. Sekurang-kurangknya yang boleh memberi kata-kata semangat untuk bangkit kembali, meneruskan perjalanan hingga mencapai apa yang diimpi.

Yang tidak dapat dihubungi, saya cuba membayangkan apa perbualan/ kata-kata yang pernah diborak hingga membuatkan saya tersenyum.

        Peringkat 4: Pandanglah wajah ibubapa, sesungguhnya ada ketenangan di situ.

Memandang wajah kedua-dua ibubapa banyak pahalanya. Benar. Bila bersama dengan mereka, walau tidak terungkap satu patah kata, hati rasa sejuk. Seperti yang dikatakan di atas, nampak kereta milik mama pun sudah rasa cukup gembira. Yang sudah besar panjang macam ini tetap dilayan seperti anak kecil. Memujuk bertanya “Nak makan apa?” “Sihat ke tidak tu.”

Ujian dan dugaan bukanlah penghalang. Bukanlah penghabisan pada sebuah episode kehidupan. Ujian diberikan untuk mengukur sejauh mana kita boleh bertahan. Ujian untuk menguji tahap keimanan. Apa yang akan dilakukan seadandainya berada dalam keadaan genting. Merapatkan diri kepada Yang Maha Kuasa atau ujian itu membuatkan kita semakin jauh. Putus asa. Usah. Perjalanan masih jauh.

Mukmin itu tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.