Bismillahirahmanirahim...
Terpinga-pinga saya bila diajukan soalan tersebut oleh pak
Arab kedai. “Suami ada?” saat saya sedang memilih jubah untuk dibeli. Huh? Apa
kes pak Arab ni. Ok. Cepat-cepat saya
menangkap maksud beliau...macam kawan-kawan sekolah dulu selalu cakap “Ulat bulu
dah nak daun”. Scary juga la terutama bila berada di bumi asing.
Jawab saya: “Mana
ntah dia pergi jalan”. Lantas saya terus keluar dari kedai selepas membuat
pembayaran.
Di ajukan juga soalan hampir serupa di beberapa kedai. Apa
hal la pak-pak Arab ni. Ada yang saya jawab”Ooo..ada. Dia kat Malaysia”.
Pastikan anda menjawab dengan muka konfiden ya kalau terkena.
Tak pa pak syeikh. Nanti Insya Allah bila saya dah ada suami
dan keluarga sendiri nanti saya datang lagi Makkah bawa suami dan anak-anak
saya. Kalau tanya, saya tunjuk.
Bila mahu menaiki teksi juga (terutama kaum wanita) harus
lebih berhati-hati. Jika mahu masuk ke perut teksi, pastikan kaum Adam (bapak,
abang, suami) yang masuk terlebih dahulu. Bila dah sampai ke destinasi pula,
anda kaum Hawa yang keluar terlebih dahulu dari teksi tersebut. Kenapa? Sebab
ada pernah terjadi yang dilarikan dan berlaku insiden-insiden yang tidak
diingini.
Sekadar peringatan dan sedikit panduan bagi kaum wanita yang
akan menunaikan umrah/ haji. Berhati-hati. Perbanyakkan doa untuk keselamatan diri.
Mungkin ada logik juga syarat mahram untuk aplikasi visa
umrah/ haji diperketatkan.