Some notes received from my dearest students on my last day yesterday at school. I couldn't imagined that I could be crying reading through these notes at home...as I could still smile waving goodbye at school earlier.
*****
Selamat tinggal guru. Minta maaf. Doa: Ya Allah Ya Tuhanku, bahagiakanlah guruku.-Amar.
Terima kasih muallimah kerana mengajar kami sehingga pandai dan kerana menjaga kami- Naqiyyah.
Mlmh, ana minta maaf kalau ada salah. Ana doakan muallima sihat2 sahaja. Ana juga berharap muallimah dapat jodoh yang baik. Mlmh, terima kasih atas jasa muallimah dan terima kasih mendidik ana. Itu sahaja yang ana nak pesan. Ana nak ucap selamat tinggal.- Zulfadhli.
Mlmh, ana minta maaf kalau ana ada buat salah. Ana doakan mlmh agar sihat sejahtera. Mlmh, terima kasih kerana mengajar ana. Ana akan doakan mlmh selamat sentiasa.-Syed Putra.
Terima kasih muallimah. Muallimah mengajarku dan ku mendapat A dalam peperiksaan. Saya sayang mlmh. -Zahidah.
Dear teacher, selamat tinggal muallimah Zainab. Ana akan rindu muallimah. I love muallimah Zainab. I miss you.- Sufiya.
Ana tak akan lupa jasa Mlmh Zainab. Ana sayang akan Mlmh Zainab.- Anon.
Terima kasih kerana mlmh mengajar ana. Ana harap mlmh gembira selalu. Mlmh, ana akan berusaha lagi dalam peperiksaan.- Sufiya.
Terima kasih mlmh sebab mengajar English. Walaupun ana gagal, ana akan cuba berusaha lagi semasa peperiksaan. -Aqilah.
Terima kasih mlmh kerana mengajar ana. Mlmh sungguh comel. -Nurin.
Doa untuk muallimah: Ya Allah, jagalah guruku yang bernama Zainab. -Nurhaq.
Mlmh, ana minta maaf kalau ana buat salah dengan mlmh. Contohnya ana kasar-kasar dengan mlmh ataupun degil dan lain-lain. Ana doakan mlmh semoga panjang umur dan sihat sejahtera. Assalamualaikum mlmh. -Amirul.
Muallimah, ana nak ucap SELAMAT TINGGAL. Ana harap muallimah tak payah pergi. Ana nak minta maaf kalau ada salah silap atau buat mlmh marah. Ana tak akan lupakan muallimah. Ana mesti akan rindu muallimah. Terima kasih muallimah sebab dah ajar dan didik ana.- Anon.
Muallimah, saya minta maaf atas kesalahan saya. Saya tak akan lupa jasa muallimah. Saya tak akan lupa pesanan muallimah. Saya sentiasa mengimgati muallimah.- Ain & Amirah.
Allah Knows Best
No comments:
Post a Comment