Sebuah kisah yg diperolehi tika kuliah Cognitive Psychology yg terakhir...sebagai renungan, pengajaran buat diri dan semua...
*****
10 orang kanak-kanak mengambil keputusan untuk bermain2 di landasan keretapi pada petang itu. Namun, seorang budak memilih sebuah landasan yang sudah lama dan tidak digunakan lagi manakala 9 orang lagi rakanya memilih untuk menjadikan landasan yang masih baru dan sedang digunakan.
Tika kanak-kanak itu sedang leka bermain, bunyi siren menandakan ada sebuah gerabak keretapi yang akan melalui trek tersebut. Bayangkan anda adalah petugas trek yang dipertanggunjwabkan untuk memilih samada untuk meneruskan perjalanan di trek yang baru atau mengalihkan haluan ke trek yang sudah lama tidak digunakan itu?
*****
Bila Dr Mariam mengajukan kisah ini pada kami semua, hampir 100% dari kami memilih untuk mengalihkan laluan gerabak yg sudah lama tidak digunakan itu...Alasanya? Tidak mengapalah kerana hanya ada 1 kanak-kanak yang akan terkorban berbanding 9 lagi orang kanak-kanak.
Namun, tidak sesekali terlintas dibenak fikiran kami tika itu bahawa:
1- Kanak-kanak yang 1 orang itu telah memilih jalan yang selamat dengan bermain2 di atas trek yang sudah tidak digunakan lagi.
2- Jika tren tersebut meneruskan perjalanan ditrek yang lama, berkemungkinan beratus-ratus orang di dalam trek akan terkorban berbanding dengan 9 orang kanak-kanak kerana menggunakan trek yang sudah usang dan rosak.
3- Ada tak orang akan menangis untuk seorang kanak-kanak yang malang itu? Mungkin hanya simpati...
4- 9 orang kanak-kanak itu yang bersalah kerana mereka tidak mendengar bunyi siren tren yang mendatang.
Kisah ini sering terjadi dalam hidup seharian kita apabila:
Mereka yang tidak bersalah pasti akan terkorban untuk sesuatu perkara yang tidak mereka lakukan.
No comments:
Post a Comment