Bismilahirahmanirahim...
Alhamdulillah hari ini genap sebulan lebih (20/10/2009) setelah aku menjalani prosedur untuk tulang belakang ku KPJ Kajang Specialist Hospital. Alhamdulillah gerak ibadah serta perjalanan harian ku kini kurang terganggu oleh kesakitan yang selama ini 'mengekoriku' ke mana sahaja aku pergi.
Pada mulanya, pada pagi 19/10/2009, aku hanya pergi untuk memenuhi appoinment bulanan dengan pakar orthopedik Dr Mazlan. Namun, setelah berbincang dan konsultasi, aku bersetuju untuk menjalani rawatan lumbar puncture injection untuk memasukkan painkiller. Agak spontan juga persetujuanku sebenarnya. Tergamamam sebentar. Dan aku perlu mendaftarkan diri untuk masuk wad hari itu juga. Sambil menanti urusan insurans selesai, aku mula sms utk memberitahu kak Pija bahawa aku tidak dapat sertai untuk pembentangan kelas LE 4500 yang telah kami lama nantikan yang dijadualkan malam itu. Kesian nya kat depa (Kak Pija dan Syu) kena bentang berdua sahaja (kak Pija kata 'Dr Zainab oncall'-kami present sebagai doktor pakar pemakanan...hehe).Aku juga mula memikirkan bahawa hari khamis (23/11) ada ujian Le 4500 dan 24/11 ada quiz Counselling. Ya Allah. Bantulah hambaMU ini...
Aku diizinkan untuk pulang sebentar untuk memgemas barang kerana tika itu tiada wad single deluxe room yang kosong dan perlu kembali petang itu. Alhamdulillah dengan bilik single/ sorang2 ini, aurat ku terpelihara. Mungkin 'rakan se-wad' aku wanita tetapi bagaimana pula dengan pelawatnya nanti yang mungkin ada lelaki yang tidak sah/ halal aurat bagi ku?. Tambahan pula, agak terjamin 'privacy' apabila diberi bilik single ini. Doktor pula, apabila mahu membuat roung check-up, akan diberitahu dahulu oleh nurse supaya aku sempat menyarung tudung. Walaupun tika aku disorong ke operation theatre(OT)...
Setelah keluar dari OT, aku disuruh untuk tidak bergerak kira-kira untuk 8-10jam kerana dari pinggang ke kaki masih kebas dan berat kesan dari ubat. Tetapi, kerana agak degil (opps..), 2jam aku dah bangun...nak pi bilik air (tapi lepas tu baring semula ok?). Alhamulillah aku masih diberi kekuatan untuk menunaikan solat walaupun dalam keadaan duduk diatas katil dan wuduk dilakukan dalam keadaan berhati-hati kerna sakitnya jarum drip yang berada di tangan.
Petang 22/10 aku dibenarkan untuk keluar dari wad. Terima kasih kepada doktor Dr Mazlan dan Dr Suresh (pakar bius) dan juga nurse yang menjaga ku siang malam.
Pagi 23/10, aku pulang semula ke UIA. Risau juga kerana petang itu selepas zohor ada ujian LE 4500. Masuk kelas lain2 dan bagi MC pada lecturer pun muka tersengih-sengih. Hik hik. Tak malu lama tak datang ;p.
24/10 sebelum quiz Counselling, jujur aku katakan rasa seperti mahu menangis dan mahu memberi tahu Madam Aminatu untuk menagguhkan quiz tersebut. Tetapi, aku kuatkan semangat juga. Alhamdulillah aku memperoleh markah 6.5/10 walaupun aku rasa hanya separuh yang aku jawab. Alhamdulillah rezeki...('',).
Rasa bersalah juga pada teman-teman kerana tidak dapat membantu mereka buat last editing untuk assigmants dan kettas projek. Terima kasih kawan-kawan (terutama Ayu) kerana memahami.Sekarang ini aku hanya perlu berserah dan berdoa dalam menantikan keputusan peperiksaan akhir yang aku buat baru-baru ini dalam keadaan masih terasa pening dan kadangkala mahu muntah akibat kesan dari prosedur tersebut.
Pesanku pada teman-teman juga diri...jangan tinggalkan solat dan ibadah walau tika sakit (selagi hayat belum ditarik hingga ke halkum). Kerana itu tanda kita bersyukur padaNYA dan memohon ampun atas dosa dan kesilapan yang kita lakukan selama hayat ini. Insya Allah akan dirasai ketenangan dan nikmat ('',).
p/s: Aku cakap kat mama 'ma..kalau nak bersalin nanti, if nak bilik single mesti kena banyak funds kan? Huih. Tinggi cita-cita ni. Yelah. Time ni lagi kena privacy. Even dalam wad untuk tidur.
-Kena simapan duit/ buat tabungan utk guna tika sakit walau ada insurans. Who knows what will happen in the future? Sekarang ni pun bilik single semalam dah RM 350. Belum kira lagi bayaran doktok pakar, ubat dan prosedur. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik. Simpati pabila membaca majalah dan surat khabar ada insan yang tidah mampu walau untuk ke klinik bila sakit.
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 9, 2009
Future planning
Bismillahirrahmanirrahim...
Semalam mama cakap..."Mahirah list kan benda2 yang hendak dibuat habis study nanti (Insya Allah April 2010 depan)" Maka, minda aku yang sekali-sekala perlu dikreatifkan ini pun berfikir...nah. Inilah hasil buah fikiran ku:
1- Sambung Master in Educational Counselling. Alhamdulillah setelah lama berfikir2 dan istikharah, dah ambil borang (borang pun kira ok lah kan?) Dimana tu? Ada lah. Jiran IRKHS building je. Sepelaung orang kata. Heha.
2- Kerja. Ini terbahagi kepada 2:
part A: Sambil sudah habis exam, sambil menuggu2,rancang nak kerja part-time di suatu office yang best ini. Dah jumpa bos/ head dia. Mana tu? (garu kepala je la...misteri2)
part B: Mengajar. Dah nampak tempat yg berpotensi dan 'bakal mendapat' seorang cikgu yang bertuah ini.
3- Yang ketiga ini, anda cari lah sendiri yea? Tugas saya, ialah berdoa & mencari ilmu untuk menampung kehidupan yang 'satu' itu.
Sekian.
Nota cuti: Exam saya sudah habis. 8/11/2009 Ahad lalu. Semua geram...lala. sabar2. Depa rata2 16/ 17/ 18 November. Tugas ku, jadi P.A Mama ke mana2. Lusa teman dia pantau outdoor session new executive PETRONAS. Tadi ikut depa program dengan special students di SMK Taman Setiawangsa. Best sangat...Alhamdulillah.

Labels:
Campus life,
Fikir-fikir,
vacation
Monday, November 2, 2009
Railway Kids
Sebuah kisah yg diperolehi tika kuliah Cognitive Psychology yg terakhir...sebagai renungan, pengajaran buat diri dan semua...
*****
10 orang kanak-kanak mengambil keputusan untuk bermain2 di landasan keretapi pada petang itu. Namun, seorang budak memilih sebuah landasan yang sudah lama dan tidak digunakan lagi manakala 9 orang lagi rakanya memilih untuk menjadikan landasan yang masih baru dan sedang digunakan.
Tika kanak-kanak itu sedang leka bermain, bunyi siren menandakan ada sebuah gerabak keretapi yang akan melalui trek tersebut. Bayangkan anda adalah petugas trek yang dipertanggunjwabkan untuk memilih samada untuk meneruskan perjalanan di trek yang baru atau mengalihkan haluan ke trek yang sudah lama tidak digunakan itu?
*****
Bila Dr Mariam mengajukan kisah ini pada kami semua, hampir 100% dari kami memilih untuk mengalihkan laluan gerabak yg sudah lama tidak digunakan itu...Alasanya? Tidak mengapalah kerana hanya ada 1 kanak-kanak yang akan terkorban berbanding 9 lagi orang kanak-kanak.
Namun, tidak sesekali terlintas dibenak fikiran kami tika itu bahawa:
1- Kanak-kanak yang 1 orang itu telah memilih jalan yang selamat dengan bermain2 di atas trek yang sudah tidak digunakan lagi.
2- Jika tren tersebut meneruskan perjalanan ditrek yang lama, berkemungkinan beratus-ratus orang di dalam trek akan terkorban berbanding dengan 9 orang kanak-kanak kerana menggunakan trek yang sudah usang dan rosak.
3- Ada tak orang akan menangis untuk seorang kanak-kanak yang malang itu? Mungkin hanya simpati...
4- 9 orang kanak-kanak itu yang bersalah kerana mereka tidak mendengar bunyi siren tren yang mendatang.
Kisah ini sering terjadi dalam hidup seharian kita apabila:
Mereka yang tidak bersalah pasti akan terkorban untuk sesuatu perkara yang tidak mereka lakukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)