Baru2 ini, aku berkesempatan untuk menemani mak yang berkursus di PETRONAS Industrial Area, PAKA. Selama 4 hari di sana, kami menetap di Residence Inn Paka. Mmm..nothing much to do there. Tapi aku bersyukur kerana deruan pantai di belakang hotel serta suasana kampung yang indah mendamaikan hatiku & menyedarkanku tentang kehebatan ciptaan Illahi. Masya Allah...
Dapat ku perhatikan kambing2 yang comel berlari-lari.Cute. Walaupun haiwan tidak dikurniakan akal seperti manusia, namun, aku dapat melihat sifat kasih-sayang di antara mereka. Si anak mengekori si ibu tika melintas jalan, makan dan rehat bersama. Tetapi...manusia? Saban hari terpampang di dada akhbar bayi2 yang tidak berdosa dibuang tanpa rasa perikemanusiaan. Pada malam yang terakhir di sana, kami sekeluarga menjamah makan malam di sebuah cafe yang cukup cosy. Haa...kat sini, aku bertemu seekor kucing putih yang badanya ada kesan tumphan air sirap mungkin dan mengelarkanya "kucing sirap".Comel2. Ada juga beberapa ekor kucing yang lain meminta simpati kami untuk menghulurkan sedikit makanan sebagai alas perut. Pa selalu berpesan supaya selalu bersedekah walaupun dengan cara tidak menyinggung perasaan insan lain, mengasihi makhluk Allah yang lain...
Aku cukup mengagumi ciptaan & rekaan manusia di PETRONAS Gas Plantation. Ntah...bersimpang siur paip2 berwarna perak ku lihat di sana-sini. Terdapat juga corong2 pembakaran sisa2 petroleum yang tidak 'penat2' mengeluarkan api. Mmm...api yang sedikit di situ aku pasti panas namun, itu hanya sedikit,terlalu sedikit berbanding api neraka....
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Warung Mak Wan ( ye kot namanya ) berhadapan kuarters Bank Rakyat di Kemaman. Nyum...nyum. Sedap betul dapat makan otak- otak, ikan pais diiringi ABC. Alhamdulillah. Rambang mataku melihat gerai2 jualan keropok & hasil desa Terengganu di sepanjang jalan. Apa nak beli ya?
No comments:
Post a Comment