Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, November 27, 2013

Not-So-Dummy Guide to Asthma



Disclaimer: Ini adalah sedikit panduan bedasarkan sebahagian pengalaman/ pendapat peribadi penulis dan bukan nasihat dari pakar. Maklumat lebih tepat, sila rujuk pada doktor anda.

Mati bagai hidup semula. Itu mungkin yang mampu dikatakan saat pulih dari serangan lelah yang kuat. Seksa rasanya saat batuk + cubaan bernafas pada satu masa yang sama.  Pernah juga menangis saat tidak dapat bernafas hingga sakit dada...risau. Takut. Terfikir “Adakah umur masih panjang?”. Tangan, bibir menjadi biru...sudah menjadi perkara biasa.  Hadir ke emergency room Az Zahrah Hospital atau mana-mana klinik berhampiran (mana yang sempat) tengah-tengah malam semata-mata untuk mengambil nabulizer/ gas pun dah menjadi sebahagian dari rutin...pernah 2 kali dalam seminggu. Sebulan sekali. Kalau ‘mood’ encik lelah ni tengah baik, 2 bulan sekali baru keadaan betul-betul memerlukan nabulizer.

Oh ya. Baru-baru ini seorang teman baik bertanya pada saya. Pendapat tentang apa makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap asthma ni. Di sini saya cuba member secara ringkas sedikit panduan/ maklumat berkaitan mengikut pengalaman peribadi. Mungkin pengalaman tiap individu itu berbeza. Sila rujuk pada yang pakar:

Punca (Trigger): 
  1.  Stress/ terlalu penat.
  2.   Cuaca.
  3. Pemakanan (ikut pengalaman, makanan yang penulis alah seperti kacang tanah, boleh menyebabkab batuk yang mengakibatkan lelah).
  4. Asap (rokok, asap kereta, pembakaran sampah). Ini memang seboleh-bolehnya kena elak. Skill tahan nafas itu perlu kalau selalu terpaksa keluar..pakai mask la senang.
Perawatan awal di rumah/ tempat kejadian:

  1. Bila dah mula mengesan (detect) sesak nafas/ batuk-batuk yang sukar berhenti, terus ambil inhaler yang dibekalkan oleh doktor.
  2. Cara pernafasan: Deep breathing technique ikut mulut. Tarik nafas sedalam yang boleh. Memaksimakan pengambilan udara. Perlahan-lahan. Jangan laju-laju. Makin penat nanti.
  3. Hidu sedikit minyak angin/ VICKS untuk melegakan sedikit pernafasan. Boleh juga minta bantuan orang lain untuk menyapukan sedikit di belakang badan.
  4. Elakkan berbaring secara lurus (laying flat on the back) sebab ini akan menyukarkan lagi untuk bernafas. Kalau mahu, tinggikan sedikit bahagian atas belakang badan (macam selalu dilakukan kalau selselma) menggunakan bantal.
Perawatan di klinik/ hospital (Bila perawatan awal di rumah tidak berkesan)

  1. Sampai di klinik/ emergency room, terus cakap nak ambil nabulizer/ gas. Minta bantuan orang lain (atau boleh dibuat kemudian) untuk urusan pendaftaran. Tak payah nak tunggu turn jumpa doktor. Biasanya tengah nak ambil gas, nurse akan panggilkan doktor sekejap untuk tengok kita.
  2. Sekali lagi, walau tengah pakai/ sarung nabulizer mask di muka, buka dan bernafas ikut mulut supaya ubat/ wap mudah untuk membuka laluan pernafasan.
  3. Ubat yang diletakkan  bersama alat/mesin bergantung pada keadaan pesakit waktu itu. Kalau tiada kahak tetapi sesak nafas, mungkin dos ubat dikurangkan dan sebagainya.
  4. Andai sudah tamat sesi rawatan, kebiasaan doktor akan mendengar nafas pesakit/ tanya bagaimana kita rasa. Masih rasa sesak nafas? Sedikit lega? Kalau pesakit member jawapan “Masih sakit dada” atau masih kedengaran bunyi  “wheezing” dari dada pesakit, kemungkinan rawatan ulangan akan diberikan.
Ubat-ubatan (Ini yang diberikan oleh pihak klinik pada penulis)


  1.  Ventolin (dalam bentuk tablet atau inhaler yang lebih mudah dibawa ke mana-mana).Yang inhaler berwarna biru tu.
  2. Seretide. Inhaler tube warna ungu. (Owh...ubat ini agak menaikkan selera makan secara tidak langgsung)
  3. Kadang-kala: Predinsolone, ubat untuk kahak, dan juga kalau ada sedikit jangkitan, antibiotik.
Perawatan alternatif yang pernah dicuba:

Asal dengar orang kata ‘eh. Cuba pi buat tu. Elok untuk lelah..”. Ok. Terus pi cuba. Pihak lain cadang yang lain, usaha juga. Ya la. Makan ubat klinik pun untuk jangka masa panjang bukan elok sangat untuk badan. Antara yang pernah dicuba:
  1. Pati delima yang dari Turki tu.
  2. Air suam + madu + limau untuk buang kahak.
  3.   Kaedah bekam.
  4. Susu kambing (gulp).
  5.   Dan yang sekarang baru mula: Madu kelulut & hati unta yang telah dikeringkan.
Jujur kata, kadang nak buat kelima-lima di atas ni pun nak ‘give-up’. Penat.  Ikut kesuaian badan la kalau hendak cuba.

Boleh Ke Nak Bersukan/ Aktif?

Boleh. Tidak menjadi masalah. Cuma kalau rasa/ dah ada perancangan hendak membuat kerja berat, naik bukit, masuk marathon ke, ambil Ventolin/ ubat yang di ‘prescribe’ kira-kira 10 minit sebelum aktiviti bermula. Macam penulis sendiri, masih belajar untuk menguatkan pernafasan. Masih belum ‘pandai’. Naik bukit condong sikit dah nak semput.

Tapi mak yang selalu dan tak putus-putus bagi sokongan. Abah tukang risau kalau saya kurang sihat.Kawan-kawan tukang risau dan juga bagi sokongan (tapi ada masa saya juga yang degil).

Part of test to make me stronger. Ada hikmahnya Insya Allah =)