Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 27, 2012

Nikmat Dalam Sebuah Ujian & Penantian

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah masih diberi rezeki dan nikmat untuk menghirup udara di bumi ciptaan NYA yang indah. Oh ya... sekarang ini, penulis sedang menikmati cuti pertengahan semester selama seminggu. Insya Allah hingga hujung minggu ini. Tugasan kuliah, persediaan peperiksaan semester sejurus ‘naik’ semester’ membuatkan hampir- hampir tiada istilah ‘cuti’ namun peluang yang diberi untuk bersama-sama keluarga tersayang tidak harus dilepaskan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Ujian serangan lelah@ asthma selama hampir 3 hari berturut- turut membuatkan semangat untuk melakukan tugasan sedikit luluh. Saat menghadap ubatan sebanyak 3- 4 jenis membuatkan diri berfikir sejenak “Alhamdulillah aku ada juga ubat untuk di makan kala diuji begini. Masih ada rezeki untuk mendapatkan rawatan terbaik. Juga yang paling penting sokongan yang tidak pernah putus daripada mama dan abah. Masih ada insan di luar sana yang hanya mampu terbaring menahan sakit saat mereka diuji. Malah ada antara anak- anak mereka terpaksa mengalah berhenti persekolahan untuk member peluang kepada ibubapa/ adik beradik yang sedang sakit untuk mendapatkan rawatan...”.

Saat terjaga beberapa ketika saat sedang beradu, ‘berperang’ untuk bernafas, tidak dinafikan perasaan takut menjalar dalam hati. Adakah sempat aku melafazkan taubat kepada Allah SWT? Adakah sudah cukup baktiku pada kedua ibubapa yang tidak pernah putus mendoakan anaknda sulung mereka ini? Kepada satu- satunya adik yang penulis ada...penulis sedar penulis bukanlah seorang kakak yang sempurna. Abah pernah memberi tahu bahawa ketika lahir tidak menangis. Malah tersenyum- tersengih. Tetapi, airmataku kini gugur juga ‘mengalah’ dengan kesakitan cubaan untuk bernafas.

Cuba melukis untuk mengalihkan perhatian. Menonton ‘series’ The Mentalist dan juga animasi Puss in Boots bersama-sama mama dan abah di laptop...ketawa kami bersama melegakan resah di dada. Laughter the best medicine, perhaps?

*****

Umur penulis Insya Allah tahun ini akan menginjak usia 25 tahun. Dan persoalan yang pasti tidak akan terlepas dari ditanya “Akak, bila nak bagi kad?”..”Bila nak nikah..” dan yang mempunyai maksud seumpamanya. Penulis masih lagi tersenyum saat diajukan soalan- soalan sebegitu. Dua tiga menjak ini bertalu- talu pula. Iyalah kan...ramai sahabat handai yang membuat kenduri kahwin, dan ada pula yang menerima berita gembira atas kehadiran bayi penyeri rumahtangga.

Siapa tidak mempunyai keinginan untuk memiliki dan dimiliki (ayat ‘skema’ orang), tidak begitu?

Penulis melihat keadaan masih ‘bersendirian’ ini dari beberapa sudut yang positif. Antaranya ialah:

1-Masa makan di kantin, restauran, kafetaria hatta di bilik kolej sekali pun lebih pantas kerana tidak perlu berborak- borak.

2-Jimat bil telefon. Agak-agak kalau dikumpulnya jumlah bil/ pre-paid yang digunakan, sudah boleh digunakan untuk belanja nikah.

3-Jimat duit belanja setiap bulan. Boleh menyimpan, menabung mahupun berbelanja sesuka hati tanpa perlu meminta pendapat pasangan terlebih dahulu.

4-Jadual harian yang bebas. Habis kuliah, boleh melepaskan penat dengan cara tersendri tanpa perlu memikirkan di mana mahu membawa buah hati tersayang makan, berjalan- jalan. Belum lagi pening kepala memikirkan “Baju apa nak pakai eh?’’.

Sekadar pendapat peribadi penulis sahaja. Namun penulis tumpang gembira dan mendoakan teman- teman yang telah menemui pasangan idaman kalbu masing- masing.

Penulis gembira dan bersyukur masih ada teman baik yang sudi berkongsi saat ketawa dan duka.

Suatu petikan ayat di dalam Surah An- Nur... Allah SWT ada menyebut bahawa “...lelaki yang baik untuk wanita yang baik...”. Penulis yakin bahawa Allah SWT mempunyai rancangan yang terbaik buat hamba- hambaNYA yang dikasihi. Penulis menanggap sedang diberi peluang untuk memperbaiki diri kerana pembinaan sebuah instituisi itu bukan setakat menyatakan AKU CINTA KAMU tetapi juga menguji kebijaksanaan hamba menjalankan amanah yang diberi.

*****

Astronaut: Simple Plan

Can anybody hear me?
Am I talking to myself?
My mind is running empty
In this search for someone else
Who doesn't look right through me.
It's all just static in my head
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted off
Now I'm stuck out here and the world forgot
Can I please come down, cause I'm tired of drifting round and round
Can I please come down?

I'm deafened by the silence
Is it something that I've done?
I know that there are millions
I can't be the only one who's so disconnected
It's so different in my head.
Can anybody tell me why I'm lonely like a satellite?

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted off
Now I'm stuck out here and the world forgot
[ From: http://www.elyrics.net/read/s/simple-plan-lyrics/astronaut-lyrics.html ]
Can I please come down, cause I'm tired of drifting round and round

Can I please come down?

Now I lie awake and scream in the zero gravity
And it's starting to weigh down on me.
Let's abort this mission now
Can I please come down?

So tonight I'm calling all astronauts
all the lonely people that the world forgot
If you hear my voice come pick me up
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

And tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted off
Now I'm stuck out here and the world forgot

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
To the lonely people that the world forgot
Are you out there?
'Cause you're all I've got!

Can I please come down?
'Cause I'm tired of drifting round and round.
Can I please come down? (x3)

****

Allah Knows Best

Sunday, March 18, 2012

1408- 1433: 25 sudah...=)

Bismillahirahmanirahim...

Tadi masa dalam kelas graphic design, Mr Asyraf tanya " Siapa ingat tahun hijrah dia lahir?''. Alhamdulillah dalam sijil kelahiran pendaftar hospital ada tuliskan sekali. 1408 Hijri. Jadi, kebiasaannya, saya akan meraikan ulangtahun kelahiran 2 kali setahun: Sekali masa umur hijah (4 Rabiul Awwal) dan lagi sekali masa umur tahun masihi (27 Oktober).

*****

Oh ya...
Hampir 25 tahun bernafas di muka bumi ini...
Sebanyak manakah yang telah aku sumbangkan...
Yang telah aku lakukan...

Dan...
Siapa bisa mengetahui...
Sampai bila kaki ini akan terus melangkah...

*****

Muhasabah diri agar menjadi insan yang lebih baik, lebih bertaqwa dari hari ke hari...
Insya Allah.

Thursday, March 1, 2012

Transformers...andai aku ini robot.

Bismillahirahmanirahim...

(Disclaimer: Inspired by Transformers)

Gambar Optimus Prime kat atas tu dah selamat saya selesaikan semalam. Assignment untuk kelas Certificate in Graphic Design. Need a lot of improvement still. Took me about 5 hours; 8pm- 12. Break sekejap untuk Solat Isya', ambil angin kat koridor.

Robot pun kena servis juga kan? Lama-lama guna, kalau dia penat, rosak. Tak berfungsi. Sama juga dengan kita. Tapi kita bukan robot. Kita ni manusia. Ada akal. Boleh fikir bila mana mahu berhenti sejenak andai penat melakukan tugas seharian. Ibadah. Tafakur. Zikir. Merehatkan minda menjana idea dan semangat baru.

Jom kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik dan bertaqwa...

Insya Allah =)