Bismillahirrahmanirrahim...
Kira2 2 minggu lagi, imtihan aakhir akan menjengukkan muka ke hidupan warga UIA. Kami sebagai pelajar tugasnya...membaca, menela'ah, dan meloret atas kertas peperiksaan. Dan para pendidik...pasti pening membaca tulisan dan hasil fikiran murid2 yg berjumlah ribuan ini.
Dan...tugasan2 akhir masih menanti.Masih. Masih belum berakhir. Penat. Tetapi perjalanan harus di teruskan jua. Segala tugasan, harus diusahakan dengan baik. Dengan sempurna.
Ibadah, sesibuk mana pun diri menghadap dunia...jangan sekali dilupa. Kerana, segala nikmat datang dariNYA. Kerana, segala ujian yang diberi adalah untuk kita menjadi hamba yg lebih bertaqwa.
Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bikhair.
Semoga dipermudahkan urusanku di dunia ini sebagai bekalan diakhirat sana.
Ameen.