Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 30, 2013

Nak Sambung Ke Tidak? Nak Sambung Ke Tidak: Part 1.



Bismillahirahmanirahim

Beberapa orang sahabat dan adik-adik junior beberapa kali menyatakan hasarat mereka untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan sebagainya. Saya bukan lah seorang the ‘cream of the pie’ tapi sekadar berkongsi beberapa tips dan perkara penting mengikut pengalaman peribadi terutama sepanjang pengajian Masters saya di UIAM. (Disclaimer: Tidak mewakili pandangan/ kenyataan rasmi mana-mana pihak atau institusi)




Bersedia untuk Satu Lagi Perjalanan dan Pengalaman Bersama Buku- Buku Tebal?
Perlukah Saya Menyambung Pengajian Saya?

Masters? Postgraduate Diploma? PhD? Macam seronok je kan tengok sahabat-sahabat kita naik semula ke pentas konvo dengan jubah konvo belang dua (Masters) dan belang 3 (PhD). Tambah koleksi frame. Dapat bunga dan coklat lagi. Tapi, adakah hasrat menyambung pengajian semata-mata untuk menambah koleksi gambar konvo di dinding rumah atau...? 

Mungkin, jika anda seorang tutor atau pensyarah di kolej atau IPT, anda berkemungkinan akan diminta oleh pihak tempat anda mengajar untuk menyambung pengajian. Lain intitusi mungkin mempunyai polisi yang berbeza- bilangan tenaga pengajar yang mempunyai kelulusan Masters dan PHD untuk berkhidmat di tempat mereka (atau tempat anda bekhidmat sekarang).

Terpulang. Bagi saya, seronok dapat peluang belajar perkara baru. Yang penting, niat kita kerana Allah SWT. 

Bila Masa Yang Sesuai?

Ada yang memilih untuk meneruskan pengajian sejurus menamatkan pengajian Degree, ada yang mungkin akan berkata “Kerja dahulu la” baru mengambil keputusan untuk menyambung kembali pengajian.

Pada pandangan peribadi saya, bagi yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan (bidang lain pun saya rasa ada keperluan juga), semoleknya, anda mempunyai sedikit pengalaman bekerja atau terlibat dalam bidang tersebut. Jadi cikgu ganti sekejap pun ada manfaat. Alasan saya...apa yang anda pelajari   (teori) adalah mungkin  berbeza dengan apa yang berlaku dalam kehidupan sebenar. 

Nak sambung terus tanpa pengalaman kerja pun boleh juga tapi harus pro aktif membaca dan mencari maklumat semasa sepanjang tempoh pengajian.

Institusi Mana? Dekat Mana Nak Sambung?

UIA? UKM? USM? UUM? UITM? Luar Negara? Anda mungkin boleh terlebih dahulu merujuk laman web rasmi IPT dan kolej (atau pergi sendiri / email untuk minta prospektus) untuk melihat program apa yang ditawarkan, struktur program, yuran, dan sebagainya. Sebagai tambahan, boleh mencari senior, ahli keluarga dan kenalan yang lain untuk bertanya kan pada mereka tentang pengalaman belajar/ menyambung pengajian di insitusi mereka.

Bidang?

Ada yang akan memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama dengan Ijazah Sarjana Muda (Degree) mereka. Saya pasti juga ada yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza. Di kuliah saya ada seorang sahabat yang semasa degree beliau mengambil Kejuruteraan tetapi memilih untuk mengambil bidang Pendidikan pada peringkat pengajian MA beliau.

Di INSTED (Kuliyyah Pendidikan) UIAM contohnya, jika pengajian anda sebelum ini bukan dalam bidang pendidikan, anda akan diminta untuk mengambil beberapa subjek (Pre Requirement Courses). Tidak rugi pun walaupun mungkin ada yang melihat sebagai mengambil masa/ perancangan pengajian.

Yuran? Perbelanjaan?

Ada teman yang mendapat tajaan dari tempat mereka berkhidmat, JPA, MARA, PTPTN. Oh ya. Kementerian Pengajian Tinggi juga ada menyediakan dana yang dipanggil MyBRAIN. Sekurang-kurangnya untuk pembayaran yuran. 

Full time? Part Time?

Perkara ini bergantung pada situasi anda. Ada syarikat/ majikan yang membenarkan pekerja mereka untuk mengambil cuti beberapa tahun/ tempoh untuk menyambung pengajian. Nah. Di sini anda boleh menggunakan peluang untuk menumpukan perhatian pada pengajian tanpa perlu memikirkan tentang kerja untuk beberapa tempoh. Jika majikan anda tidak membenarkan anda untuk mengambil cuti, boleh memilih ‘part-time mode’ tetapi anda perlu kuat, bijak untuk membahagikan masa. Kalau yang sudah berkeluarga, apatah lagi. 

Pelajar full time di benarkan untuk mengambil sehingga 15 credit hours setiap semester manakala pelajar yang mengikuti pengajian secarat separuh masa (part-time) dibenarkan untuk mengambil sehingga 9 credit hours setiap semester.

Thesis? Coursework?

Mode pengajian Masters saya tika ini ialah Full Time (Course Work + Thesis). Eh? Apa beza kalau ambil coursework sahaja? Atau ambil Thesis sahaja? 
 
Coursework merujuk pada pengajian di dalam kelas bersama pensyarah atau tutor. Kalau anda memilih Coursework- only mode, anda hanya perlu mengikuti kelas dan membuat mini paper/ directed research (DR) dan menambah 1 lagi subjek elektif+ menduduki Comprehensive Examination.

Jika ada yang berminat untul memilih mode pengajian seperti saya (Coursework+ Thesis), anda dikehandaki untuk mengikuti kelas pengajian seperti biasa tetapi perlu untuk membuat thesis/ dissertation (keperluan patah perkataan, muka surah etc). Tidak perlu ambil subjek elektif tambahan atau menduduki Comprehensive Examination (Yipeeee). Tetapi...anda harus kuat semangat untuk mengahadap computer, buku, pelbagai artikel, journal untuk menyiapkan dissertation anda (akan di terangkan dalam enrti akan datang, Insya Allah).

Thursday, January 17, 2013

1986-2013: Perginya Seorang Sahabat



Bismillahirahmanirahim...

Tanggal 13 Januari 2013/ Khamis...dikejutkan dengan khabar pemergian seorang sahabat rapat yang tercinta, Kak Nurul Hafiza Said atau saya memanggil beliau Kak Fiza. Terkebil-kebil saat ‘scroll’ wall di FB. Beberapa teman menyatakan ucapan takziah pada pihak keluarga Kak Fizah. Agak terlewat sedikit baru berita tersebut tiba ke pengetahuan saya. Malam. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 12:30 tenghari dengan asbab penyakit S.L.E yang sudah beberapa tempoh beliau hidapi.

Satu persatu memori bersama Kak Fizah menerjah ke dalam fikiran.

Tipu untuk saya katakana saya tidak berasa sekelumit perasaan sedih. Seorang sahabat, seorang kakak yang sangat baik, sangat solehah budi pekerti. Mengenali beliau tika pengajian Ijazah Sarjana Muda Psikologi di UIAM. Tidak begitu mengingati bagaimana persahabatan ini boleh bermula dan seterusnya merapatkan ukhuwah kami.

2 tahun. 2 tahun yang lalu. Saat terakhir saya bertemu dengan beliau ketika majlis konvokesyen kami pada tahun 2010. Belek-belek komputer, terjumpa beberapa keping gambar kami di hari tersebut.


Arwah Kak Fizah yang memegang handbag putih disebelah saya.



Fikiran saya melayang lagi...membawa saya ke saat beliau dan saya berada di kelas yang sama. LE 4000/ EOP....English For Occupational Purposes. Kami berada dalam kumpulan tugasan yang sama. Coklat. Menjadi ‘produk’ pilihan untuk kami promosikan untuk ‘syarikat’. Masih saya ingat, kami dijadualkan untuk membuat pembentangan pada malam Isnin dan tanpa dirancang, esok harinya (Selasa) saya dijadualkan untuk menjalani rawatan kecederaan tulang belakang saya. Tenghari Isnin itu, masih di hospitalsetelah keluar dari bilik konsultasi bersama doktor pakar, saya terus memaklumkan pada kak Fiza untuk meneruskan pembentangan malam itu tanpa kehadiran saya kerana perlu mula bermalam di wad mulai malam itu juga. Aah..sungguh saya rasa bersalah.

Bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, pastinya mengimpikan kehadiran anak sebagai penyeri namun, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Anak sulung beliau ‘dipinjamkan’ untuk tempoh 36-37 minggu dalam kandungan sebelum dipanggil untuk menemui Sang Pencipta kembali. Antara kiriman SMS arwah kepada saya saat itu, beliau tabah menerima perkhabaran tersebut. Kesabaran..penantian Kak Fizah dihadiahkan dengan anugerah terindah tidak beberapa kemudian. Kehadiran Muaz sudah pastinya mewarnai kehidupan kak Fizah dan suami.

Ya. Helmet merah yang saya juga akan menjadi kenangan saya bersama kak Fizah kerana dengan helmet itulah saya akan gunakan saat menumpang motor beliau untuk pulang ke kolej hampir setiap hari usai tamatnya kuliah kami.

Benar. Orang berkata “Usah dikenang yang sudah tiada” namun sahabat sebaik Kak Fizah memang sukar dicari ganti.

Moga Allah SWT mengirimkan ketabahan dan kesabaran buat seluruh ahli keluarga Kak Fizah.

Thursday, December 27, 2012

Kopi untuk Abah

Bismillahirahmanirahim...

Kali ni, saya dah buat record baru untuk diri..3 minggu tak balik rumah. Sob..sob. Maaf mak dan abah. Nak kena selesaikan kerja dulu. Dan adalah normal bila lama tak balik, mula teringat benda-benda yang selalu buat kat rumah.

Terutamanya rutin tiap hari..buat kopi untuk abah. Kadang-kadang je abah minta buatkan teh. Selera abah...lots of coffee powder with only tiny dash of sugar. Kalau manis, dia tak nak sangat. Jadi, sampai saya yang tak minum kopi sangat ni pun, memang kena juga la rasa dulu sebelum bagi abah minum.

Jadi, kadang kat kolej ni, ter- automatik masak air, bancuh kopi...ambil bau kopi yang tengah panas tu tapi terfikir balik...siapa nak minum ni.


Minum juga la sebab dah buat kan. Just like abah like. More to pahit than sweet.

Abah...macam tu juga  la. Walaupun kadang ada strict beliau, ada la 'sweet-sweet' atau lawak yang dia buat. Selalu share apa yang dia ngajar kat masjid/ surau dengan kami kat rumah. Dah besar-besar ni pun, still dipanggil 'baby'...agaknya semua parents macam tu juga la kot. Masih anggap anak yang sudah dewasa seperti anak kecil. Manja. Diberi perhatian, nasihat.

Beberapa hari lepas abah call. Tanya pasal assignment subjek Philosphy. Saya cakap la dah nak siap sebab abah kata dia ada buku Philospophy lagi yang mungkin boleh membantu dalam tugasan kuliah saya.

Terima kasih abah. Minta maaf tak dapat balik nak buatkan kopi macam abah selalu suruh akak buat kan tu.

Monday, December 17, 2012

AL- Qur'an: Hadiah buat hati.



Bismillahirahmanirahim...

Semalam usai solat, tadarus sedikit Qur’an... saya di pertemukan dengan ayat ini (Surah Al- Khafi: 23).
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi”.

Asbabun Nuzul ayat tersebut adalah situasi di mana orang-orang Quraisy bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W mengenai Ashabul Kahfi. Ok. Nak elaborate panjang-panjang, saya bukan pakar. Anda baca la sendiri =)

Setiap hari, habit saya, baca beberapa ayat, saya berhenti sejenak dan ‘menjeling’ sedikit pada tafsir yang ada di tepi-tepi ayat-ayat tersebut. Subhanallah. Benar. Seolah-olah Al-Qur’an sedang berbicara dengan kita. Saya ajukan persoalan ini pada seorang kakak yang saya sayangi, seorang hafizah. Kata beliau “Itu lah salah satu daripada keajaiban @ ‘mukjizat’ Al-Qur’an. Respon terhadap situasi yang kita sedang alami. 

Berbalik pada ayat di atas. Dengan situasi di akhir-akhir semester ini..tugasan menimbun. Sampai tak tahu mana satu nak di dahulukan. Pegang satu, macam yang lain memanggil- manggil. Membaca ayat tersebut, seolah- olah member peringatan pada saya “Jangan bertangguh”. Alhamdulillah segalanya ‘on-track’ dan boleh disiapkan mengikut dateline yang diberi.

Peringatan untuk diri: Bacalah Al-Qur’an setiap hari. Usah dicari hanya apabila dilanda masalah dan gundah. 


Moga hati bertambah kuat dengan Al-Qur'an, Insya Allah


Allahu ‘alam.

Saturday, December 15, 2012

Hello? Wrong number la.


Bismillahirahmanirahim...


Alkisahnya, dalam suatu petang yang hening minggu lepas, dalam pukul 5 gitu, telefon berbunyi (buat macam WonderPETS). Disebabkan ianya terselit-selit mana dalam bag, tengah cari-cari phone, tak bunyi dah  lah dia. Tengok, number land line. Opis mana pula telefon ni? Ye la. Zaman la ni, jarang ada orang nak call guna phone rumah kan. Maka, saya pun fikir “Kalau penting, orang ni sat lagi dia telefon balik la kot”.
Maka, saya singgah la di kafe untuk tea break. Dah nak keluar tengah basuh-basuh tangan, telefon berbunyi lagi. Cepat-cepat capai. Maka terjadilah perbualan di bawah:

Me: Assalamualaikum..siapa ni ya?
Orang tu: Hello. Ishak ada? (Tak pe la. Mungkin dia nak cepat, tak berjawab salam I ya?)
Me: Siapa ni?
Orang tu: Ishak ada?
Me: Ha? (Mula dah saya punya mode blur macam biasa kan).
Orang tu: Ni nombor 012-6245XXX (betul dah nombor saya tu).
Me: Ya.
Orang tu: Boleh saya tau saya cakap dengan siapa ni? (Eh. dia pula tanya kita siapa).

Lepas tu, saya pun letak. Teringat mama cakap, kalau dapat panggilan macam tu, jangan bagi tahu kita punya nama. Ye la. Zaman la ni macam- macam. Terima kasih mama sebab pernah pesan.
 
Teringat juga masa zaman degree dapat miss call juga. Tapi itu tahap sampai saya rush in pi jumpa kaunselor (oit. mentang-mentang boleh masuk opis kaunseling tu suka hati kan borak dengan kaunselor mana sempat) and rasa nak nangis. Serious takut. Sebab...

Bisalah dia kata nak cari orang. Tak silap mamat tu konon nak cari a girl. Saya pun cakap la dengan sopan nya bahawa beliau telah tersilap nombor. Ok. Ingat dah tamat kisah. Lepas tu, dia pi hantar few voice sms (can’t remember much the contents), sms tengah malam yang harus la kan tak nak layan. Balas sekali warning, dia balas balik “Eh. Awak. Kenapa tak tidur lagi ni?”. E’ah. Dalam hati: Mak aku pun tak mesej malam-malam, ni pula ntah encik mana kan?.

Nak menangis. Takut juga la masa tu. Ye la. Mana nak mikior lagi pasal lelaki ke apa. Tup-tup sekali kena kacau gitu.  (chet).

Apa yang penting... be aware of the environment. Berita kena scam, penipuan duit. Macam- macam lagi la.

Take care of your self.

Thursday, December 13, 2012

Moga ketemu lagi 2012



Bismillahirahmanirahim...

2012 dah nak hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah. Banyak peristiwa yang boleh dikatakan..err... senang cerita, kenangan mengusik jiwa. Tapi tidak la banyak sampai boleh masuk muzium kan?

Bentang kertas kerja di Istanbul, publication akademik pertama di journal, jadi cekgu ganti kat sekolah kenangan selama 2 bulan lebih. Opss. Tulis semua tak suprise la kan. (Perasan)

Apa-apa yang berlaku, saya bersyukur kerana mak abah sentiasa ada di belakang, di depan, kiri dan kanan saya untuk bagi sokongan moral, material dan seumpamanya. Tak lupa juga pada sahabat handai tercinta.

Eh. Tak perlu la nak buat ucapan macam dapat award pula.

Yang lebih awla lagi, ibadah dan doa pada Maha Pencipta kerana telah memberi peluang untuk merasakan nikmat iman dan islam. Nikmat ketenangan saat membaca kalamNYA, saat mengadu dalam sujud dan doa.

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk merasai perit getir menyiapkan tugasan kuliah.

Alhamdulillah.
Yeni Mosque, Spice Bazaar, Istanbul.

Moga 2013 dan saat mendatang membawa berita lebih gembira, Insya Allah.

Tuesday, December 4, 2012

Travelog Turkey: Getting Around

Bismillahirahmanirahim...

Antara perkara yang saya rindui usai pulang dari Istanbul ialah public transport mereka. Oleh kerana di sini kawan- kawan kata saya ni spesis lupa nak peta nak balik kolej, hampir setiap minggu saya akan pulang ke rumah di Bangi nun. Naik LRT di Terminal Putra Gombak, boleh tahan lagi. Nak tunggu komuter di KL Sentral tu la yang banyak ajar saya erti kesabaran. Siapa pernah naik, mungkin dia tahu.

*****

 Contoh tiket/ kupon naik train/ tramp depa.

Pertama sekali ialah sistem tiket depa. 3 Turkish Lira bayaran standard nak pi mana- mana destinasi. Tak payah nak fikir-fikr atau agak- agak berapa ringgit nak bayar kalau nak ke sesuatu tempat. Sediakan sahaja 3TL. Jimat masa. Bayaran yang sama kalau nak naik ferry di Goldern Horn.


Tanda arah stesen/ lokasi. Clear dan agak besar. Cuma saya sahaja tak faham & susah nak nyebutnya.


Tempat Lost & Found. Translation dalam bahasa dia punya la panjang.


Mesin token. Ala. Macam rupa cip naik LRT kat Malaysia la. Tapi yang bezanya tak ada risiko tercicir sebab sekali kita masuk gate, masuk- masuk sekali cip tu. Tak perlu di bawa sampai ke destinasi.


Pengumuman destinasi seterusnya. Ada juga drebar tu umum tapi in case tak dengar, kita boleh double- check. Yang menariknya lagi, selain meletakkan peta perjalanan di atas pintu masuk/ keluar seperti di Malaysia, mereka meletakkan tempat-tempat menarik untuk di lawati. Berguna untuk pelancong dan orang yang baru hendak mengenali Istanbul.Ok. Kat Malaysia pun kadang saya tak tahu tempat- tempat menarik nak dilawati mana lokasinya kan...kalau orang tanya >.<


Tanda "Utamakan Tempat Duduk Anda". Karikatur yang aga menarik... (macam rupa bandit pakai eye mask kadang saya tengok)

Their tramp. Sangat mudah bila hanya atas jalan. Tak perlu naik tangga. Ok. Naik platform sikit sahaja lah. mudah untuk orang yang kurang upaya, ibu mengandung, orang kurang sihat, orang berusia dan yang sewaktu dengan nya.
.
Ferry ride di Goldern Horn ke tanah seberang sana. Europe side to Asia Side. Ghalit tengok laut yang cantik. Subhanallah.

Benda yang paling best ialah tak perlu tunggu untuk naik bas, naik tramp, naik ferri sampai berpeluh-peluh sebab insya Allah kalau terlepas atau penuh, akan ada yang seterusnya datang tak sampai 1 minit. Ya. 1 minit. Seiingat saya, sekali saya naik masa peak hour (kira- kira jam 5pm waktu orang pulang dari pejabat), bas tak putus- putus.

Mungkin Malaysia boleh belajar sesuatu di sini.