Menghitung hari

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, November 24, 2012

Travelog Turkey: Makan- makan.

Bismillahirahmanirahim.
(Dah sebulan lebih balik baru nak update)
Antara soalan- soalan wajib yang saya terima usai balik dari Istanbul tempohari ialah “Makanan kat sana macam mana?”. Alhamdulillah. Di sana, tidak susah untuk mencari makanan halal. Itu satu kelebihan pabila berjalan di bumi majority Muslim. Cuma terpulang pada individu. Samada boleh menerima makanan tersebut atau tidak. Ia tidak sama dengan makanan di Malaysia.
Makanan mereka, agak tawar. Bland. Kalau kita disini, kaya dengan rencah tumisan pelbagai. Bahan perisa, kicap..maaf. Tak aka nada. Atas meja ada olive oil, lemon sauce, dan tomato sauce. Kalau hendak sedikit pedas pun, mungkin boleh tabur sedikit dengan chilli powder.
*****


Sarapan di pagi pertama di sana. Di sebuah coffee shop di seberang jalan tempat kami menginap. Keju yang diapit dengan kepingan roti bakar. Beserta air kotak jus ceri. Dan Alhamdulillah. Rezeki kami hari itu, pakcik kedai memberikan makanan dan minuman kami free- of- charge. Terima kasih pakcik. Moga Allah menambahkan lagi rezeki.

Menu makanan di sana. Siapa mahu?




Kat sana, jarang la nak jumpa nasi. Kebiasaanya, makanan, tak kira la sarapan ke, makan petang ke, makan malam ke, harus ada sepinggan atau sebakul roti. Pastu, ada la salad sikit, keju skit.



Makan tengahari di hari pertama. Salad ayam. Sayur- sayuran lebih banyak dari ayam. Pertama kali makan mustard 'hidup'. Ok. Mustard yang belum kena proses jadi sos. Aduh. Pedas dia. Telan je la. Bukan nya selalu kan.

*****

Makan segera atau fast food. Kalau di Malaysia, kita akan nampak encik McD dan KFC bersepah- sepah sana sini. Jarang lagi nampak Burger King. Tapi di Istanbul, Burger King menjuarai carta. Dan juga encik McD. KFC kurang. Yang saya nampak 1- 2. Itu pun seingat saya signboard di bangunan shopping mall mereka.

Bila bertanya pada mak, mak berkata, mungkin mereka di sana 'staple food' adalah daging maka banyak la Burger King berbanding dengan KFC yang semestinya berasakan ayam.


*****

Cart ataupun peniaga menjual buah berangan bakar dan jagung akan anda temui juga banyak di sana. Siapa rindu nak makan goreng pisang atau keropok lekor petang- petang tu, lupakanlah sebentar.


*****
Kebab tak da ke? Eh. Mesti ada orang tanya sebab sinonim dengan 'orang- orang Arab'. Ada. Jangan risau.


Tengok tu. Double size dari ada kat sini. Siap ada dua pilihan.

*****

Makan malam pula macam mana? Di sebabkan saya ni agak 'hantu ikan', ikan juga la yang saya cari. Nasi, tak ada. Tapi alhamdulillah kenyang.



*****
Makan yg disediakan oleh pihak konferens... sat. Makan tengahari saya ambil ini dari meja buffet. Makaroni dan sup ayam.

Gala dinner atas boat malam terakhir di Bosphorus River Cruise. Akhirnya. Jumpa la juga nasi. Tapi nasi depa tak sama dengan kita. Macam nasi Jepun kot. Beras pendek dan tekstur agak lekit.


*****

Ada juga orang pesan, kat Istanbul cari ais krim ketuk. Eh. Pelik kan bunyi. Rupanya bila kat sana, baru tahu kenapa depa panggil ais krim ketuk. Dia ceduk, pastu ketuk penyeduk dalam bekas. Tak tahu la pa fungsi.


Ais krim lain yang saya jumpa, Magnum spesial punya. Perisa raspberry double chocholate. Yummy. Ada gak jumpa versi white chocolate. Oh ya. Disebabkan cuaca sana agak dingin dan kering, maka, ais krim lambat sedikit cair. Jalan- jalan tak payah risau ais krim melekit meleleh.


*****
Manisan- manisan kat sana. Waduh. Tak tahan dek tekak. Tapi bila dah manis sangat tu, tak da la nak menelan banyak-banyak.



Rindu pula nak pergi sana balik.


Friday, October 12, 2012

Travelog Turki: Babak Pertama

Bismillahirahmanirahim...

 5/10/2012 (Jumaat)

Alhamdulillah. Akhirnya saat yang dinanti-nantikan tiba. Pagi Jumaat, menutup pintu bilik kolej. Bakal ku tinggalkan untuk tempoh seminggu lebih. Aku, dan mama ronda-ronda di kotaraya Kuala Lumpur untuk mencari barang yang perlu dibawa. Barang dalam senarai yang mungkin tiada lagi dalam bekalan.

7/10/2012 (Ahad)

Singgah di teratak cik Huda di Sungai Ramal Dalam untuk mengambil bebepa buah buku untuk dikirimkan di Turki. Oh ya. Perkenalan yang singkat melalu sahabat FB saya, akh Saed Imaduddin yang rupa- rupanya rakan sekolahku sewaktu darjah 1 di Al- Amin KL. (Ok. Masa tu kecil lagi. Mana nak kisah ingat nama kawan. Tahu peningkan kepala cikgu ada la kan? Lagi pun setahun tu je kat situ). Akh Saed boleh saya katakan 'travel planner/ agent' tak rasmi untuk perjalanan saya ke bumi Istanbul. Tempat saya menanyakan soalan- soalan berkaitan semasa merancang trip.

Tentang pemilihan penerbangan. Saya telah membulatkn hati memilih untuk terbang bersama Qatar Airways setelah membuat tinjauan (survey) di kalangan beberapa flight provider yang lain (MAS, Emirates, Etihad, KLM), saya dapati ianya menawarkan harga yang agak berpatutan untuk tambang pergi- balik. Tambahan pula stesen transit di Doha International Airport...walaupun mungkin tidak dapat keluar dari lapangan terbang, banyak perkara yang boleh saya pelajari, perhati di sekeliling kawasan lapangan terbang itu sendiri.

8/10/2012 (Isnin)

12:00am

Setelah mengisi segala bekal, bagasi di dalam kereta, kami bertolak ke KLIA. Agak ganjal mulanya apabila memakai pakaian siang hari (pakaian pergi ke kuliah/ kerja) di tengah- tengah malam. Mungkin ada yang akan berkata "Mengapa tidak menyarung/ mengenakan t-shirt panjang sahaja". Ya. Boleh sahaja tetapi memikirkan akan berada lama di dalam penerbangan dan sewaktu transit di Doha, saya mahukan pakaian yang agak tebal tetapi selesa untuk melindungi diri saya daripada kesejukkan pendingin hawa.

12:45am

Tiba di KLIA. Bertemu dengan nenek, mak ngah, cik, serta beberapa orang sepupuku yang telah menanti di sana. Untuk 'menghantar' aku, mama, dan abah. Terima kasih ku ucapkan.

1:00am- 1:45am

Beratur di kaunter daftar masuk 'check-in'. Oh..sungguh panjang barisan orang yang akan menaiki penerbangan yang sama. Timbang bagasi lalu kami meneruskan langkah ke kaunter imigresen di tingkat bawah.

 
 Di kawasan stesen imigresen KLIA
 


2:00am- 2:50am

Dengan menaiki Aerotrain untuk ke terminal pelepasan. Singgah makan. Sekadar mengalas perut yang berkeroncong di kafetaria sebelum ke tempat terakhir- boarding area. Dengan lafaz bismillah, ku menghayun langkah memasuki perut kapal terbang.

3:30 am- 10:50am (Waktu Malaysia): Kuala Lumpur (KUL)- Doha (DOH).

Penerbangan selama 7 jam ini agak meletihkan. Masakkan tidak. Kebanyakkan masa hanya tertumpu di tempat duduk. Mahu bergerak selalu, tempat terhad. Penggunaan tandas juga di ruang yang terhad. Mengisi masa dengan penggunaan skrin yang disediakan- filem, games...cuba juga untuk menidurkan diri tetapi misi gagal. Hanya mampu terlelap seketika. Mungkin keadaan kurang selesa.

On Air GPS/ Map. Waktu ini sudah berada di kawasan Tanah Arab.


 
Pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan ialah apabila berpeluang untuk menunaikan solat Subuh di udara. Allahu Rabbi! Sungguh ku rasa terharu. Rezeki jumpa sedikit ruang di hadapan tempat duduk sepasang suami isteri mat salleh. Terima kasih kerana membenarkan menggunakan ruang itu sebentar untuk menunaikan ibadah.
 
Makanan pertama yang diedarkan- chicken pie. Bebrapa jam kemudian, saya memilih menu nasi goreng cina berserta lauk cendwan untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Alhamdulillah.
 
10:50 am (Waktu Malaysia)/ 5:50am (Waktu Doha).
 
Alhamdulillah. Selamat mendarat di Doha International Airport untuk transit.
 
*****
 
Akan bersambung di babak seterusnya, Insya Allah.


Sunday, August 12, 2012

Road to Istanbul: Mana nak cari duit ni?


Bismillahirahmanirahim...

Awal Apri 2012

Selepas lega dan bersyukur abstrak di terima, saya mula memikirkan suatu masalah yang ‘besar’. Kalau tidak ada penyelesaian, maka, saya tidak ada rezeki untuk membuat pembentangan tersebut. Duit. Ya. Untuk registration sahaja sudah makan kira-kira EURO 430/ RM 1700. Macam mana ni? Tarikh akhir ‘standard registration’ pada 30 April. Kalau tidak, akan dikira sebagai ‘late registration’ sebanyak EURO 480..kalau ditukar kepada ‘Malaysian Currency’ pasti lebih...mahal. Allah...tunjukkan hambaMU ini jalan penyelesaian.

Hampir sebulan otak ini ligat berfikir..di mana kan ku cari duit. Kalau mahu di minta dari pihak universiti, bayaran hanya di beri setelah selesai konferens.

Hujung April 2012

Balik rumah di suatu hujung minggu, ‘slow talk’ dengan ma. Alhamdulillah atas rezekiNYA saat mama menyatakan persetujuan untuk ‘sponsor’ bayaran pendaftaran. Thanks ma! Thanks for the endless support.

Mula sahaja minggu baru, terus aku ke Bank Muamalat dalam kampus untuk membayar melalui Western Union. Ambil boring, isi boring, tunggu giliran...selamat waktu itu tidak seramai pelanggan seperti ‘musim bayar yuran’.

Di kaunter, setelah selesai ku lihat kakak kaunter key- in macam-macam:

Aku: Kak, berapa semua sekali? (tanya macam membeli belah kat kedai runcit).
Kakak Bank: RM 1950 (RM 1790 + RM 160 kos pentadbiran/charge apa ntah aku tak ingat).
Aku: Hah?!!

Dalam hati..Allah! Aku Cuma ada cukup-cukup RM 1790 + beberapa ringgit lagi di dalam wallet ni. Mana nak cekau RM 100 lagi. Kalau tangguh, pasti kena bayar ikut kadar ‘late registration’. Tidak mahu menyusahkan mama ku lagi.

Kembali ke alam realiti...

Aku: Kak, saya tak cukup duit la sekarang. Saya datang sebentar lagi..boleh tak?
Kakak Bank: Ok. Boleh. Tapi kena sebelum pukul 12 tengahari la sebab urusan Western Union sampai pukul 12 sahaja.

Tengok jam waktu itu...sudah 10:55am! Sejam sahaja lagi (ala-ala cerita misi apa aja kan kena ikut masa).

Aku berlalu longlai...buntu. Serba tidak kena. Hanya seorang insan yang aku terfikir waktu itu...Ya. Adik! Sambil rasa kelam kabut, jampi- jampi, doa semua keluar...hampir menangis. Cuba hubungi adik. Cubaan pertama..tidak di angkat. Yang kedua..pun tidak di angkat. Aduh..berapa kali agaknya aku pun tidak pasti. Duduk sebentar di kafe Education. Buka laptop. Serba tak kena gerak- geri aku waktu itu. Pasti adik sedang dalam kelas sekarang. Tak kira! Nak call juga..

Beberapa waktu kemudian..hampir jam 11:30am. Telefonku bordering. Lihat skrin..Adik! Alhamdulillah.
Aku menyatakan pada beliau tentang masalah yang sedang aku hadapi dan beliau bersetuju untuk membantu. 

Alhamdulillah selesai membuat pembayaran dan pendaftaran konferens. Terima kasih adik. Duit beliau itu telah saya saya ganti... =).

Tidak!

Ianya tidak berakhir di situ sahaja...bagaimana pula dengan kos penerbangan dan penginapan?
Hujung minggu itu membawa kan aku khabar gembira lagi. Nenek telah menyatakan hasrat beliau untuk menaja perbelanjaan sebanyak RM 5000. Ah...ada- ada sahaja kan cucu sulung nenek ni kan. Terima kasih nek!

Entri berikutnya: Proses cari flight, tempah flight. Cari hotel, tempah hotel.

Road to Istanbul: Mukaddimah.

Bismillahirahmanirahim...


Pertengahan Mac 2012

Suatu hari, di kelas Q.R, lecturer kami mengumumkan ada konferens yang bakal diadakan di Istanbul bulan Oktober kelak. Siapa yang hendak pergi, boleh ‘try the luck’ untuk hantar abstract...mana tahu ada rezeki, diterima untuk membuat pembentangan. Aku, dalam hati “Wah...”. Siapa tak nak jalan kan. Eh..ini peluang. Cuba dulu la. Balik mahallah (kolej) , tanya-tanya kat Encik Google mengenai conference tersebut. Mmm...menarik juga ni.

Di kelas yang berikutnya, aku bersama dua orang lagi kawan kelas (PhD students) yang berminat dengan conference itu berjumpa dengan pensyarah. Ahh....kalau lah Firefly ke..AirAsia ada flight pergi Istanbul kan bagus...kami bergurau. Jimat kos. Pendaftaran (kalau Standard fees)= EURO 430/ RM 1790, flight, hotel, duit belanja..mana nak cari duit ni kalau dapat pi sana..mahunya semua nak masuk RM 7000/ 8000.

Minggu tersebut, edit abstract yang dah ada (antara 'calon' yang hendak digunak untuk thesis sebenarnya), selawat, doa, tawakkal..email kepada pihak penganjur. Selesai langkah satu. Balik rumah, tanpa memberi tahu lagi pada mak/ ayah akan apa yang sedang aku ‘usahakan’, aku sibuk tanya pada mak “Ma, passport yang ita buat tahan lima tahun kan...bla..bla..”. Di kelas graphic design pada hari Ahad, sambil-sambil tunggu, sibuk dok cari maklumat flight. Angan- angan. Terima atau tidak pun belum pasti lagi. 

Akhir Mac 2012.

Kalau diikutkan tentative, penganjur menyatakan bahawa kita akan mengetahui samada proposal diterima atau tidak dalam tempoh 2-3 hari selepas di hantar. Cek email..tak ada. Cek email...tak ada. Dalam hati, aku berkata “Tak mengapalah. Mungkin tidak ada rezeki aku kali ni. Cubaan pertama kan.”
Namun, aku seperti tidak mahu mengalah. Buka juga email hari- hari. Satu hari ntah berapa kali aku log-in email. Agaknya ramai orang hantar dan masih dalam proses untuk meneliti dokumen- dokumen yang mereka terima. Dan suatu hari yang nyaman...aku menerima email berserta dokumen berikut:

 Header surat/ email

 E-mail penganjur

Seperti yang dinyatakan, abstract/ kertas kerja ku diterima untuk dibentangkan di "3rd International Conference on Education and Educational Psychology" di Istanbul, Turkey pada awal Oktober 2012, Insya Allah.
Alhamdulillah. Syukur padaMU Ya ALLAH! Terus aku menghantar email kepada pensyarah untuk memberi tahu kepada beliau berita baik tersebut...juga kiriman SMS kepada beberapa insan- insan terdekat.

Entri seterusnya: Aduh..mana nak cari duit ni?

Tuesday, August 7, 2012

Doa ku...


Bismillahirahmanirahim...

Doa saya, suatu hari nanti, saya akan tidak lagi perlu bergantung pada kedua- dua inhaler di atas (Ventolin-Reliever & Seretide- Preventer).

Kadang timbul rasa jemu...

Penat makan ubat...

Sahur lagi la..kena telan yang pill version punya Ventolin...

Silap tarikh, tengah- tengah malam, mama dan abah kena drive about 15 minutes to Az- Zaharah Medical kat Bandar Bangi nun sebab kawasan rumah ni tak da klinik 24 jam... semata- mata nak ambil gas/ nabulizer..bila sesak nafas..

Tapi aku harus bersyukur...

Masih ada rezeki untuk dapatkan perubatan yang terbaik...

Masih ada insan- insan yang prihatin...

Terima Kasih Ya Allah atas ujian ini...

Aku belajar untuk menjadi lebih kuat.

Alhamdulillah..

One day...

Masih aku berdoa'.

Sunday, May 27, 2012

Projek Falah

Bismillahirahmanirahim...

Baru-baru ini, graphic design instructor saya meminta saya untuk menulis perkataan AL- FALAH dalam tulisan jawi a.k.a khat/ kaligrafi.Untuk logo katanya. Maka dengan kesibukan assignments dan persediaan peperiksaan akhir, saya cuba membuat beberapa design/ rekaan...

*****
Peringkat lakaran dan mencari idea:



Antara hasil- hasilnya:







Di harapkan beliau (graphic design instructor saya itu) berpuashati dengan hasil yang diterima. Tak jumpa scanner, DSLR pula tinggal di rumah, maka terpaksa shoot juga la guna kamera handphone yang tak seberapa ini.

Kalau tak puas hati, bagi tahu ya tuan? Boleh di perbetulkan lagi, Insya Allah.

Monday, April 9, 2012

About Honesty & Friends

Bismillahirahmnairahim...

Once upon a time, mum asked: Mahirah , don’t you have any close friends now?. Knowing that I have a bunch from my high school days and another lovely bunch from my bachelor study days, she expect that I would also have another bunch now.

Last weekend, my graphic instructor asked me to sms other peers for the cancellation of class and I said: I got no numbers la sir. Yeap. I am kind of hard and slow to believe in other people. I like to observe people, how they speak, walk and doing other things first before approaching them.

Why am I talking (typing la) about these things?

Finding the honest people for you to deal with everyday is not that easy as buying stuff at the shop. Being a postgraduate student is quite different from the life as a bachelor degree student. Observing the freshies/ juniors reminded me much of those days. Walking in a group of people to anywhere they go, with the same group of peers, talking quite about the same issues and topics, knowing where to have your lunch date with your peers...the list goes on.

Now, it is good enough if you managed to get to know and be close to a few number of friends. Just please do not expect to hang out and ask your friends to tag you along anywhere you are going. Most of my classmates are either working or married so I know that they would sure have other responsibilities outside class hours.

The closest and the most super friend I have now (and always, Insya Allah) is Miss Nurul Zulaiha a.k.a Zulblack Widow. I have known her for about 4 years now since our training with the CSC IIUM during my degree days. Although we are trained in a different support group (I am with the Guidance & she’s with the PEERS), our common meeting place, the CSC office made it possible for us to discover that we have the potential to be best friends. The real friend.

Not just a friend who would be with me only when I am laughing but also that I know that she will always be there to lend a shoulder to cry on. She does not only praise and support, but also gave the best commentary and critiques for me to improve myself. The best thing is that she always took me to the IIUM.FM radio studio/ conti. There, I get to know with few other great people from the Communication Department while I have the chance observing how a radio station functions.

Zulmaryan a.k.a Yan...spotted her first at the Finance Department during our Masters Registration day last September. It is great to know that we met again in the Statistic subject and later we became group mate for class assignments with another friend, Raihan. This semester Alhamdulillah we are in the same class again for Qualitative Research subject. Being with a different specialization (Yan & Raihan: Curriculum while me Psychology), I shall use the fullest chance given to get to know them better (esp. Yan...maaf aku selalu je kan sakat kau =) ).

There’s another great friend, cik Syahidah Adnan. My roommate during my degree days. Even though we are now miles apart (Syida, kau kerja kat Penang je pun), I will sometimes try my best to keep in touch with her either through sms or Facebook. Now, whenever I visited any exhibition held at the Architecture Department, my thoughts are always with her as that particularly lovely friend of mine always took me to exhibitions and once to her working studio.

*****

(Outside the circle of classmate/ friends but still ‘friends’ I guess)

About twice a week, whenever I did not have the mood to make myself a light breakfast of a cup of Milo, I would surely have my morning fuel at the EDU Cafe. The ‘kakak jaga kaunter’ (yet to get to know her name) always charge me with the price of just RM 2 for a place of ‘kuew teaow goreng’ and a cup of ice Milo (don’t ask-hantu of this stuff). I always gave her the look of ‘ha...biar betul kak?’ But smiled with a big thank and praying that ‘Moga murah rezeki dia’. The Milo is the ‘real milo’ (which now priced at about RM 31 every 2 KG pack which me myself nak beli every month pun kena ‘tutup mata’ and grab). Dia jaga kaunter pun senyum je... =).

After paying for the meal, my favourite spot to seat at the cafeteria is the place directly under the fan, the place where ‘makcik cleaners’ always ‘duduk- duduk’ for their rest. Tak kisah pun borak- borak dengan diorang. Best apa. Orang- orang tua ni kata- kata mereka ada hikmat, Insya Allah. Without them, the campus would not be in a pleasant place, right?

The computer man which I sent my laptop for service sometime end of last semester...located at the Engineering Department. Repaired my laptop at a very reasonable price. Being honest with me by saying that as my laptop is still under warranty; I have not to pay hundreds of ringgit for the hardware repair. I only have to pay for the service of sending my laptop to the service centre somewhere in Damansara. The other pc repair store (also in IIUM) awal-awal cakap...ni kalau tukar dah kena RM XXX. Alhamdulillah masih ada repairman yang jujur.

*****

I am not the kind of person who is easy with words.I am a bit talkative girl (YES) but when it comes to expressing myself I would most of the times goes like ...err..aa...clueless (tak terkata gitu). But then, this semester, a lecturer could spot what I am going to say by just looking at my facial expression. Agree or disagree. Sometimes I am just too scared if my words would hurt other people’s feeling.

Finding a good friend or an honest people is just like looking for a good theory from heaps of journals and publication. Find someone who could make you into a more pious person, Insya Allah. To all my lovely friends out there, even I’ve not stated your names here, thank you so much for everything. Barakallahu fikum.

Allah Knows Best.